SEARCH

10 Gambar Sony World Photography Awards 2017 Yang Menakjubkan

10 Gambar Sony World Photography Awards 2017 Yang Menakjubkan

Sony World Photography Awards 2017

Sekeping gambar bawah air yang menampilkan sekumpulan pasukan polo air wanita sedang berentap diangkat menjadi antara gambar terbaik pada Sony World Photography Awards 2017, tahun ini.

Foto spektakular ini hasil seorang jurufoto wanita warganegara Columbia yang bernama Camilo Diaz. Ia menangkapi situasi genting semasa sesi perlawanan akhir antara dua Pasukan Kebangsaan Wanita Colombia yang dramatis. Sampai-sampai gambar ini dinobatkan sebagai “Best Motion Shot” (Tangkapan “Gerakan” Terbaik) untuk 2017.

Menurut pengerusi pertandingan, jurnalis merangkap jurufoto, Damien Demolder berkata,

“Senang saya menerima ribuan penyertaan kerja-kerja seni yang diterima. Ia satu penghargaan, buat kami berkongsi masa-masa hilai dan tawa, tangis dan sendu dunia fotografi dari seluruh dunia kepada kamu” – Damien Demolder, Jurufoto Senior

Sony world photography 2017 national awards
Peter Sabol – Croatia

 

Sony World Photography Awards 2017 kali ini menyaksikan lebih 227,000 keping gambar penyertaan daripada 183 buah negara yang bertanding dan memecah rekod sebagai sebuah pertandingan fotografi terbesar buat masa ini.

Sidang juri memilih sekeping gambar terbaik untuk 10 kategori yang dipertandingkan seperti senibina, budaya, manipulasi, seni jalanan, kembara, hidupan liar dan alam semula jadi. Empat kategori yang lain seperti ‘Terbuka’ (Open), ‘Profesional’ (Professional), ‘Belia’ (Youth), ‘Pelajar’ (Student) dan sebuah lagi kategori istimewa iaitu kategori ‘Kebangsaan’ (National).

Melalui kategori ini, sekeping gambar terbaik dipilih bagi mewakili 66 buah negara yang bertanding. Sony World Photography Awards 2017 juga mendapat penyertaan buat pertama kali dari negara-negara seperti Kemboja, Pakistan, Qatar, Arab Saudi, Sri Lanka dan Emeriah Arab Bersatu (U.A.E) setelah empat tahun penganjuran.

Kira-kira 105,000 penyertaan gambar diterima untuk satu-satu kategori. Gambar-gambar pemenang akhir akan dipamerkan di Somerset House, London bermula tanggal 21 April hingga 7 Mei 2017.

Sony World Photography Awards 2017
Mustafa Jindi – UAE

 

Sony World Photography Awards 2017
Edina Csoboth – Hungary

 

Sony World Photography Awards 2017
Carloman Macidiano Cespedes Riojas – Peru

 

Sony World Photography Awards 2017
Jian Seng Soh – Malaysia

 

Sony World Photography Awards 2017
Kyaw Win Hlaing – Myanmar

 

Sony World Photography Awards 2017
Khalid Alsabt – Saudi Arabia

 

Sony World Photography Awards 2017
Mark Vicente – Filipina

 

Sony World Photography Awards 2017
Homare Hamada – Jepun

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE