SEARCH

10 Memoir Terbaik Sepanjang Zaman Pilihan STAIL.MY

10 Memoir Terbaik Sepanjang Zaman Pilihan STAIL.MY

opening

Sebanyak mana kita menyukai drama atau novel-novel cinta, senaskah memoir yang bagus juga tidak boleh ketinggalan dari benak fikiran.

Memoir yang dapat memainkan perasaan, mengulit mimpi dan berkisahkan kembara sebenar kehidupan. Yang ketika kamu membaca, seperti masuk ke dalamnya. Sama ada neraca hidup Maya Angelou atau Malala Yousafzai, semua orang punya cereka. Kenangan adalah memori hidup tentang kehidupan.

Tokoh-tokoh yang mendunia, daripada bekas hamba kepada selebriti. Memoir mereka sangat menyentuh hati dan merejam emosi. Adakala kisah-kisah aneh yang tak tersangka atau kisah-kisah yang melucukan.

Memoir-memoir ini benar, jujur dan ikhlas. Mengajak kamu untuk merasai sendiri pengalaman peribadi yang pernah mereka lalui. Memoir mereka penuh dengan erti kehidupan. Berikut saya sematkan sekali 10 memoir terbaik sepanjang zaman pilihan STAIL.MY, seperti di bawah:

 

7

1 – Twelve Years a Slave, Solomon Northup (1853)

Tema: Sejarah, Penghambaan dan Bangsa

Pemenang Filem Terbaik Oscar 2013, memoir ini mengikuti kisah hidup Solomon Northup, seorang lelaki kulit hitam dari New York yang diculik dan dijual menjadi hamba abdi di negeri-negeri selatan Amerika Syarikat. Ia sebuah catatan yang brutal dan mengerikan.

 

8
2 – Down and Out in Paris and London, George Orwell (1933)

Tema: Kemanusiaan

Orwell menulis pengalamannya hidup sebagai gelandangan di kota London dan Paris dalam penulisan yang sangat kreatif dan informatif. Orwell berkata kamu mungkin keresahan ketika tuan rumah menggesa kamu membayar sewa, tapi tiada yang lebih meresahkan daripada merasa pengalaman kemiskinan yang lara.

 

10
3 – Black Boy, Richard Wright (1945)

Tema: Agama, Bangsa dan Komunisme

Autibiografi Wright yang membesar di Jim Crow South. Ia tentang kemiskinan dan perkauman yang dilaluinya, termasuk minat Wright yang mendalam terhadap seni dan ideologi Komunis.

 

4
4 – Anne Frank: The Diary of a Young Girl, Anne Frank (1947)

Tema: Holocaust

Jika kamu tidak pernah membaca memoir ini, kamu dalam kerugian yang besar. ‘Anne Frank: The Diary of a Young Girl’ ditulis oleh Anne Frank, budak perempuan berketurunan Yahudi yang sedang dalam pelarian bersama keluarga ketika perang dunia kedua semasa penjajahan tentera Nazi Jerman ke atas Belanda. A heartbreaking classic.

 

1
5 – I Know Why the Caged Bird Sings, Maya Angelou (1969)

Tema: Perkauman

Memoir ini mempunyai beberapa bab yang sukar dibaca dan dihadam kerana subjek yang sedikit berat untuk difahami generasi sekarang. Maya Angelou bicara soal perkauman, keganasan seksual dan penindasan, tetapi ia juga sebuah memoir yang membuka mata tentang realiti yang menimpa rakyat kulit hitam Amerika Syarikat. Full respect to the late, great poet.

 

6
6 – The Woman Warrior: Memoirs of a Girlhood Among Ghosts, Maxine Hong Kingston (1976)

Tema: Budaya dan Wanita

Sering menjadi rujukan feminis-feminis moden, memoir ini menulis tentang hikayat-hikayat Cina yang disulam bersama peranan wanita masakini.

 

7 – memoir shamsiah fakeh: Dari awas ke rejimen ke-10 (2002)

Tema: Politik, Bangsa dan Perjuangan

“Sebenarnya penjajah Britishlah yang benar-benar pengganas. Mereka membakar rumah rakyat dan tentera-tenteranya telah memperkosa ramai wanita Melayu kita di kampung-kampung” – Shamsiah Fakeh (1924-2008)

Hasil catatan Shamsiah Fakeh (SF) sendiri yang mula dituliskan pada Mei 1991 dan selesai pada 17 Jun 2002. SF adalah ketua AWAS (Angkatan Wanita Sedar), iaitu sayap wanita Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada 1947. Penjajah British kemudiannya mengistiharkan Darurat (1948), sekaligus mengharamkan parti-parti haluan kiri dan beribu-ribu pejuang kemerderkaan ditangkap, dihumban ke penjara tanpa bicara, dibuang negeri serta dihukum gantung.

2
8 – Bossypants, Tina Fey (2011)

Tema: Komedi, Kerjaya dan Wanita

Kisah perjalanan Fey daripada seorang budak perempuan nerd kepada seorang selebriti Hollywood yang diundang ke Saturday Night Live. Seperti watak-watak yang dimainkan pelakon komedi ini, ia sangat lucu dan bijak.

 

5

9 – I Am Malala,  Malala Yousafzai (2013)

Tema: Pendidikan, Pengganas dan Hak Asasi Wanita

Jujurnya, memoir ini harus kamu baca sekali dalam seumur hidup. Ia tentang perjuangan, hak asasi dan pendidikan di Pakistan. Ia ditulis sendiri oleh Malala Yousafzai, gadis berani merangkap aktivitis bebas yang ditembak oleh pengganas Taliban. Pada 2014, Malala juga penerima Anugerah Nobel termuda dalam sejarah semasa hanya berusia 17 tahun.

 

3
10 – Priestdaddy, Patricia Lockwood (2017)

Tema : Keluarga, Perkahwinan dan Agama

Kerana krisis kewangan, Patricia dan suami berpindah ke rumah ibubapa. Namun si suami sangat bersanggah dengan bapa mertuanya (bapa kandung Patricia) yang kebetulan juga seorang paderi Katolik. Segalanya berlaku tidak kena, yang seterusnya menyedarkan Patricia tentang kehidupannya.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE