SEARCH

The Autobiography of Gucci Mane: Kisah Hidup Sebenar Bapa Trap Hip Hop Dunia

The Autobiography of Gucci Mane: Kisah Hidup Sebenar Bapa Trap Hip Hop Dunia

gucci mane (Opening & Intro Pic)

Tahun lalu, Gucci Mane menyatakan dia bakal menerbitkan buku autobiografi pada 19 September 2017. Pertengahan tahun ini, kita dapat melihat muka hadapan autobiografinya itu yang ditulis bersama penulis, Neil Martines-Belkin yang diberi tajuk The Autobiography of Gucci Mane.

Dalam satu kenyataan bersama penerbit buku, Simon dan Schuster sangat teruja untuk menerbitkan autobiografi ini, “Gucci Mane ialah salah satu nama besar yang sangat berpengaruh dalam industri hip-hop Amerika Syarikat mahupun dunia. Impak muzik trap terhadap hip-hop tidak terkata,” ujarnya.

Autobiografi ini bakal membawa kamu menyelami kisah kehidupan sejak dari Gucci Mane dilahirkan, kepayahan dia membesar dalam situasi serba gasar di tengah bandar Atlanta. Kisah-kisah ketagihan dadah seawal usia remaja, sehingga dia membesar menjadi seorang penyanyi rap berjaya dan membuka rumah rakamannya sendiri pada 2007.

Dia mula menulis semasa dalam penjara, ‘The Autobiography of Gucci Mane’ sebuah memoir ikhlas yang menceritakan kisah asal usul penyanyi ini dari Alabama, kisah-kisah jalanan East Atlanta, rumah-rumah perangkap dadah dan rumah studio pertama dia mencuba suara sebagai seorang rapper.

Gucci terkenangkan kerjayanya kini yang tiada tolak tandingan dengan kisah-kisah gelap kehidupan lampau – tahun-tahun dia di belakang jeruji penjara, di belakang rumah pemulihan dadah serta jatuh bangun karier – ‘The Autobiography of Gucci Mane’ selayaknya autobiografi tentang bapa trap hip hop dunia.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE