SEARCH

‘Dear Evan Hansen’ Menang 6 Anugerah & Senarai Pemenang Lain Tony Awards 2017

‘Dear Evan Hansen’ Menang 6 Anugerah & Senarai Pemenang Lain Tony Awards 2017

Tony Awards 2017 - Intro Pic

Teater muzikal yang bertemakan media sosial, “Dear Evan Hansen” berjaya memenangi enam trofi Tony Awards 2017 termasuk kategori utama, anugerah ‘Muzikal Terbaik’.

Lima anugerah lagi seperti ‘Pemain Lelaki Utama’ dimenangi oleh Ben Platt, ‘Pemain Wanita Pilihan’ oleh Rachel Bay Jones, ‘Komposer’ dimenangi oleh Benj Pasek, ‘Skrip’ oleh Steven Levenson dan ‘Okestra’ oleh Aleh Lacomoire.

“Hello, Dolly!” pula membawa pulang trofi ‘Muzikal Pembaharuan’, ‘Rekaan Kostum’ (Santo Loquasto) dan ‘Pemain Wanita Utama’ yang dimenangi oleh Bette Midler. Pengacara majlis, Kevin Spacey sempat berseloroh tentang Midler yang sangat teruja ketika menerima anugerah dan membuat ucapan.

Tony Awards 2017 (Gambar Dalam)

“Saya mahu keluar dari sini sebelum Bette Midler mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu!” teriak Spacey dalam busana karakter Frank Underwood, watak “House of Cards” yang dimainkannya.

Nampaknya berikutan dominasi “Hamilton” pada Tony Award tahun lalu, komuniti Broadway bersetuju untuk membahagi-bahagikan Anugerah Tony untuk tahun ini. Tony Awards atau Antoinette Perry Award for Excellence in Brodway Theatre ialah anugerah yang memberi pengiktirafan kepada pencapaian persembahan pentas dan teater Broadway di Amerika Syarikat.

Berikut senarai pemenang Tony Awards 2017 mengikut kategori masing-masing:

Muzikal
“Dear Evan Hansen”
Pentas
“Oslo”
Muzikal Pembaharuan
“Hello, Dolly!”
Pentas Pembaharuan
“Jitney”
Pemain Lelaki Utama (Pentas)
Kevin Kline, “Present Laughter”
Pemain Wanita Utama (Pentas)
Laurie Metcalf, “A Doll’s House, Part 2”
Pemain Lelaki Utama (Muzikal)
Ben Platt, “Dear Evan Hansen”
Pemain Wanita Utama (Muzikal)
Bette Midler, “Hello, Dolly!”
Pemain Lelaki Pilihan (Pentas)
Michael Aronov, “Oslo”
Pemain Wanita Pilihan (Pentas)
“Oslo”Cynthia Nixon, “The Little Foxes”
Pemain Lelaki Pilihan (Muzikal)
Gavin Creel, “Hello, Dolly!”
Pemain Wanita Pilihan (Muzikal)
Rachel Bay Jones, “Dear Evan Hansen”
Skrip
“Dear Evan Hansen,” Steven Levenson
Skor 
“Dear Evan Hansen”
Muzik & Lirik
Benj Pasek
Rekaan Pemandangan (Pentas)
Nigel Hook, “The Play That Goes Wrong”
Rekaan Pemandangan (Muzikal)
“Natasha, Pierre & the Great Comet of 1812”
Rekaan Kostum (Pentas)
Jane Greenwood, “The Little Foxes”
Rekaan Kostum (Muzikal)
Santo Loquasto, “Hello, Dolly!”
Pencahayaan (Pentas)
Christopher Akerlind, “Indecent”
Pencahayaan (Muzikal)
“Natasha, Pierre & the Great Comet of 1812”
Arahan (Pentas)
Rebecca Taichman, “Indecent”
Arahan (Muzikal)
Christopher Ashley, “Come From Away”
Koreografi
Andy Blankenbuehler, “Bandstand”
Okestra
Alex Lacamoire, “Dear Evan Hansen”
Pencapaian Sepanjang Hayat 
James Earl Jones
Anugerah Penghargaan Tony
Nina Lanna
Anugerah Khas Tony 
Gareth Fry and Pete Malkin
Anugerah Khas Tony (Teater Tempatan)
Dallas Theater Center, Dallas
Isabelle Stevenson Tony Award
Baayork Lee

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE