SEARCH

#CHILLMONDAY Martin Garrix & Troye Sivan Are ‘There For You’ Untuk Memeluk Kamu

#CHILLMONDAY Martin Garrix & Troye Sivan Are ‘There For You’ Untuk Memeluk Kamu

Martin Garrix berganding bersama Troye Sivan untuk lagu berjudul There For You.

Muzik videonya sudah pun dilepaskan dalam gaya tinggi dan sinematografi menarik. Kedua-dua penyanyi lelaki milenial berusia 21 tahun ini kelihatan sangat serasi dalam muzik video ini.

Melalui rumah produksi Martin Garrix, ‘There For You’ dihasilkan dalam manipulasi vokal Troye Sivan dan rentak elektronik rancak yang damai. Sivan mengimbas kembali situasi 2016 yang membekas,

Somewhere I lost a piece of me, smoking cigarettes on balconies … Last year took a toll on me, but I made with you next to me. – Troye Sivan

Kerana lagu ini tentang persahabatan. Yang menyingkap kedua-dua perasaan sunyi dan gembira. Suka duka kehidupan sebagai ahli muzik yang mengembara.

Dalam satu saat, Sivan dan Garrix merenung ke luar jendela hotel di San Fransisco, pada saat yang lain, mereka berdua berada di atas pentas untuk membuat persembahan di Sidney, Australia.

Sivan menyanyikan tentang perasaan belia-belia dalam dunia yang serba palsu ini. Kadang-kadang kamu hanya perlukan seorang rakan baik bagi menempuhi kehidupan. Garrix adalah kawan yang Sivan perlukan, memberi Sivan rentak muzik yang sedia untuk dikeluarkan.

There For You menampilkan permainan bass masa hadapan yang jitu dari Garrix. This is one bubbly beat that won’t let you down. 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE