SEARCH

Lihat Pameran Seni Tanah Liat ‘Max Mara Art’ Oleh Emma Hart

Lihat Pameran Seni Tanah Liat ‘Max Mara Art’ Oleh Emma Hart

Emma Hart 1

Whitechapel Gallery menganjurkan pameran seni edisi keenam ‘Max Mara Art Prize for Women’ oleh artisan asal kota London, Emma Hart (43).

Berlangsung selama enam bulan, pameran seni ini bakal memperagakan hasil karya dan juga instalasi seni gergasi ukiran Hart yang diberi nama ‘Mamma Mia!’ di tiga kota Itali iaitu Milan, Todi dan Faeza, bermula dari 12 Julai hingga 3 September 2017.

Hart menghasilkan sekumpulan besar ukiran-ukiran seramik, masing-masing hadir dalam rupa bentuk unik yang tersendiri. Ada yang seperti jug, ada juga yang berbentuk mangkuk. Yang istimewa, seramik-seramik ini mempunyai ukiran seperti kepala. Misalnya, corong sebagai mulut dan pemegangnya menjadi telinga.

Hart juga merujuk artisan-artisan di ketiga-tiga kota itu bagi mengukir corak dan motif tempatan pada seramik-seramik “hidup” ini. Dengan hanya menggunakan kepakaran sepasang tangan, Hart melukis mengikut teknik tradisional Itali yang dipanggil ‘Majolika’.

Hart mengukirnya teliti. Dia mengukir secara susunan pola visual yang menyantun dengan perasaan, gerak geri dan psikologi manusia. Bagaimana untuk mengukir dan seterusnya memecahkan, kemudian mengukirnya kembali sempurna?

Kata kuncinya, pengalaman dan perasaan peribadi Hart sepanjang berkelana di Itali. Kehangatan, cahaya dan warna. Tambah pula dengan bahasa serta dakapan keluarga yang asing, memujudkan karya dalam kondisi tak terduga.

Rekayasa Emma Hart menangkap perasaan keliru, celaru dan sesat yang dialami insani. Satu perasaan yang benar, Hart menggunakan seramik sebagai pengantara bagi menyesakkan minda dan emosi setiap yang memandangnya. Tanah liat dijadikan pula sebagai medium penyejuk yang mengimbangkan.

Emma Hart 2

Emma Hart terpilih sebagai pemenang ‘Max Mara Art Prize for Women’ edisi keenam ini oleh barisan juri yang dikepalai oleh Iwona Blazwick, Pengerusi Whitechapel Gallery, Fiona Bradley, Presiden Fruitmarket Gallery (Edinburgh) dan wakil Akademi Seni Di-Raja, Alison Wilding. Anugerah ‘Max Mara Art Prize for Women’ ini dijalankan sempena menghargai bakat-bakat seni artisan wanita di United Kingdom.

“SAYA MELALUI PERKARA TERPENTING DALAM KEMBARA SENI SAYA, MUNGKIN JUGA SELURUH KEHIDUPAN SAYA. BERADA DI ITALI MEMBUKA MATA SAYA KEPADA CARA-CARA BEKERJA (DAN KEHIDUPAN) YANG BARU. YANG MEMBOLEHKAN SAYA MEMBAWANYA DALAM CARA ORANG ITALI. DAPAT MEMBUAT HASIL KARYA TERBARU, DI SAMPING MEMBUAT RAKAN-RAKAN YANG BARU. IT HAS BEEN MAGNIFICO!” – EMMA HART
Emma Hart 3

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE