SEARCH

Ban Seluar: Trend Hangat Lagi Chic Waktu Ini

Ban Seluar: Trend Hangat Lagi Chic Waktu Ini

 

Ban Seluar

Ban Seluar

 

Trend ban seluar ini membuatkan saya benar-benar mahu mencubanya. Ia bukan sahaja mengambil elemen sportswear tetapi bagi saya setelah diberikan twist oleh beberapa fesyenista seluruh dunia, trend ini nampak lebih chic berbanding sporty.

Penggunaan ban ini dapat dilihat di pentas pertunjukan beberapa jenama seperti Calvin Klein oleh Raf SImons yang menggunakan elemen band ini dalam seluruh koleksinya menyerupai pita penyita kawasan jenayah. Pada ban-ban inilah dia meletakkan mesej-mesej yang ingin disampaikannya kepada dunia. Paco Rabanne pula menggunakan ban ini untuk meletakkan jenamanya. Begitu juga dengan Off White yang turut menggunakan elemen street ini sebagai aksesori di samping penjenamaan.

Well one thing for sure, yang saya pasti penggunaan ban diselit di bawah tumit tinggi ini akan memberi lebih security kepada tumit tinggi. Tumit tinggi jadi lebih kejap pada kaki. Ia juga cara untuk memberi statement pada tumit tinggi terutamanya yang ringkas rekaan dan memerlukan uplift. Shall we try this trend this season?

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE