SEARCH

Dress Dolce & Gabbana Kate Middleton & What If… Gubahkan Gayanya Jadi ‘Cool’

Dress Dolce & Gabbana Kate Middleton & What If… Gubahkan Gayanya Jadi ‘Cool’

Inilah dress yang Dolce & Gabbana reka untuk Duchess Of Cambridge, Kate Middleton sewaktu lawatannya ke Kanada September tahun lepas. Dolce & Gabbana menamainya “The Middleton” (duh, of course) dan ia menjadi butir bicara orang kerana Net-A-Porter telah mengeluarkan dress ini – ya, dress sama yang dipakai oleh Kate ini – untuk dijual! Jika kamu punya 2,675 US Dolar (lebih kurang RM 11,000), terfikir untuk ‘melaburkan’ wang tersebut ke atas sesuatu yang bisa membuatkan kamu setara dengan sosok terpenting dunia dan rasanya, beberapa dress ini sudah hampir sold out di Net-A-Porter dan, inilah masanya untuk memilikinya… by all means?

Dress yang fabriknya krep juga georgette ini, dengan perincian leher ada tali dasi dan berlengan puff diilhamkan oleh Dolce & Gabbana daripada stail era 40an. Pabila disarung oleh Kate, ia tampil regal dan composed, benar-benar menggambarkan kualiti seorang kerabat diraja. Sedikit konservatif pun ada. Namun, jika kamu membeli dress yang sama ini, tetapi gubah gayanya… jadi sedikit cool dan lebih fun? Don’t get us wrong, kami tidak ada isu dengan dress “The Middleton” ini dan tidak ada salah apa-apa. Kami hanya fikir, what if?

KATE-MIDDLETON-2-stailMY

Kaca mata hitam Emporio Armani, subang Wanderlust + Co, beanie Versace, jaket bulu Longchamp, beg silang Prada dan kasut sniker hi-cut Saint Laurent Paris

Kami tahu cadangan Net-A-Porter adalah memadankan dress ini dengan kasut tumit tinggi metalik untuk gaya malam. Tetapi cadangan kami pula adalah bermain dengan konsep high and low untuk menyerakkan versatility dress ini dan tidaklah ia terhad untuk gaya malam saja! Olah gaya dress “The Middleton” ala kasual, sporty, street-ish dan sedikit agresif. Jaket bulu Longchamp disarung bersama dan pakai lagi dengan kasut sneaker hi cut Saint Laurent Paris untuk menerbitkan estetika yang tidak konformis. Beg silang Prada Etiquette, beanie Versace dan subang hoop sebagai pelengkap untuk ‘melawan’ lagi imej konservatif itu. Cuba saja, mungkin memberi perspektif baru pada dress “The Middleton” ini? Make it your own. Atau, boleh juga inspirasikan look yang sama – dengan gabung padan high street brands – untuk stail harian kamu?

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE