SEARCH

Gucci Florence: 8 ‘Highlight’ Sepanjang Pertunjukan Cruise 2018

Gucci Florence: 8 ‘Highlight’ Sepanjang Pertunjukan Cruise 2018

Dengan pertunjukan cruise yang bercempera ke mana-mana lokasi – Los Angeles, Milan, Paris yang mereplikakan Greece – Gucci pula merodong langit selama tiga jam dari kota asalnya dan mengembarai Florence. Berlangsung ketika post-Memorial Day pada minggu lepas, Alessandro Michele dan seluruh pasukan Gucci-nya membawa sekali 115 looks, semuanya mencedok sandiwara antara gaya Renaissance dan rock. Bagi kami, Gucci Cruise 2018 agak personal buat Alessandro, kerana cabang Renaissance yang dia suntik menebarkan cintanya pada keindahan atau sesuatu yang bersifat decorative . dan ‘ekstravaganza’.

Dan rock? Kerana Alessandro has always loved indie rock. Berlangsung di Palatine Gallery, Florence, Gucci Cruise 2018 (seperti biasa) semuanya fasal berlebih-lebih – bersepuh dengan emas, excessive styling, aksesori mahkota, mutiara penuh di kepala, Gucci GG yang dipinjamkan semula dalam rekaan puffed sleeve besar juga pada sut (penuh motif GG atas bawah) dan ada tempias gaya hip hop Harlem 80an. Selain rekaan-rekaannya yang sentiasa menjadi butir bicara semua orang, ada lapan lagi perkara yang menjadi bualan dan kami ‘pelajari’ daripada pentas cruise Gucci kali ini.    

1. PEMUZIK & VOKALIS KUGIRAN BERJALAN DI ATAS PENTAS GUCCI CRUISE 2018

Look 22! 🙌🏼 Gucci Cruise 2018 @gucci #alessandromichele walking casual in my gold cape 🌞no big

A post shared by Jehnny Beth (@jehnnybeth) on

Love & Renaissance. #guccicruise18 #lamoreelaviolenza

A post shared by Francesco Bianconi (@franciosa73) on

Alessandro mahu menyimbah elemen rock and roll, dan atas sebab itulah dia memikirkan penyanyi-penyanyi juga pemuzik-pemuzik rock ini – Jehnny Beth daripada kugiran Savages, James Righton daripada Klaxons, penyanyi rock asal Itali Lucio Corsi, Arun Roberts daripada Dirt Hand dan frontman Baustelle, Francesco Bianconi. Malah, Alessandro sendiri juga peminat muzik rock, jadi kira tercapailah hajatnya menampilkan genre muzik kegemarannya di atas pentas.

2. AKSESORI UNTUK TANGAN? YA, BUKAN GELANG ATAU CINCIN, TETAPI UNTUK TANGAN

Cuff untuk tapak tangan. Pernah terfikir? Nah! Mungkin, the only aksesori untuk tangan yang kami tahu (bukan cincin)… literally, untuk tangan adalah sarung tangan. Rekaan cuff ini juga berupa barang kemas dan agak unik!

3. SELEBRITI-SELEBRITI YANG HADIR BUKAN SEMBARANGAN

gucci

Jared Leto, Dakota Johnson, Beth Ditto, Salma Hayek, Sir Elton John, Saoirse Ronan, Kirsten Dunst… and the list goes on. Sehinggakan kemunculan Jared leto ke acara Gucci Cruise 2018 hampir membuatkan kami tidak cam itu adalah dia. Jared tampil scruffy, bersahaja dan ‘berwarna-warni’.

4. LEARN THESE WORDS : “GUCCY, GUCCIFICATION & GUCCIFY”

gucci

Alessandro memperkenalkan dan mendaftarkan terma juga perkataan baru dalam kamus fesyen: Guccy, Guccification dan Guccify. Kami terfikir juga perkataan-perkataan ini barangkali adalah mantera baru Alessandro. ‘Guccy’ itu pula mungkin ada kena-mengena dengan Dapper Dan – something to do dengan meniru mahupun rujukan. Entahlah.

5. TIRU, RUJUK, PENGHORMATAN ATAU SAJA ‘MENGENA’ DAPPER DAN

gucci

Dalam laman Instagram Dapper Dan, ada penggemar jenama Dapper Dan memberi komen, “Gucci copied your a**”. Yang menjadi topik hangat Gucci Crusie 2018 adalah dakwaan rekaan ceraiannya sama ada meniru, merujuk, memberi penghormatan atau saja menjerat Dapper Dan. Contohnya, ceraian yang puffed sleeve besar hampir menyamai ceraian yang pernah Dapper Dan tampil pada 1989 dahulu. Let’s just say that its a tribute, ya. 

6. ASALNYA, MAHU KE GREECE TETAPI…

gucci

Alessandro tidak berkias-kias dalam mengutarakan kisah di sebalik himpunan cruise kali ini. Di mana dia mengadaptasikan mitologi Yunani dan Roman – itu menjelaskan aksesori kepala ala Greek. Namun, something came up, dia beralih ke Renaissance. Barangkali juga kerana Chanel sudah mengeluarkan himpunan cruise yang berpandukan Yunani. Malah, Alessandro mengimpikan pertunjukan Gucci Cruise 2018 berlangsung di Greece tetapi, Florence akhirnya menjadi pilihan lokasi muktamad.

7. SIR ELTON JOHN MENCIUM TANGAN ALESSANDRO?

gucci

 

Sir Elton John antara tetamu barisan hadapan pertunjukan Gucci Cruise 2018. Kita semua sudah sedia maklum, Elton John has always been a big fan of Gucci, lebih-lebih lagi apa yang dihasilkan oleh Alessandro. Dan ketika finale, Sir Elton John mencium tangan Alessandro. Yasss! Betapa hormat dan kagumnya Elton dengan Alessandro.

8. KEPALA ADALAH ‘FOCAL POINT’

gucci

Gucci Cruise 2018 banyak bermain dengan mengkonsepsikan aksesori atau hiasan untuk kepala. Daripada turban, ke topi ke olive wreath dan juga mutiara penuh menutupi kepala!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE