SEARCH

Burberry & Integrasi S/S 2018 Bersama Gosha Rubchinskiy – Kombo Kapsul Autentik Inggeris & Streetwear

Burberry & Integrasi S/S 2018 Bersama Gosha Rubchinskiy – Kombo Kapsul Autentik Inggeris & Streetwear

Burberry-Gosha-2-stailMY

Bahang minggu menswear musim bunga panas 2018 masih lagi berpijar-pijar – dengan kota London Collections Men yang baru saja mengatup pintunya beberapa hari sudah dan Milan pula datang mengekor. Trend-trend lelaki London bermacam-macam rupa, daripada yang cekal hati dengan klasik Inggeris sehinggalah ke gaya perarakan LGBT troops. Di Saint Petersburg pula menyaksikan pertentangan sebati esen Inggeris klasik dengan athletic streetwear. Bayangkan Burberry dan Gosha Rubchinskiy dalam satu ‘acuan’.

Ya, memang benar, itulah yang terjadi! Pengarah Kreatif juga Ketua Eksekutif Burberry, Christopher Bailey sangat mengagumi hasil karya Gosha dan saat Gosha bercadang untuk mewujudkan kolaborasi ini, ia mengujakan Christopher. “Dia menginterpretasi baru rekan-rekaan ikonik Burberry, menjadikan ia lebih menarik dan relevan dengan kehendak pasaran kini. Namun, nilai digniti kebudayaan British masih lagi dijaga,” kata Christopher. 

Burberry-Gosha-3-stailMY

“Helaian-helaian Burberry yang timeless itu mengimbangi estetika streetwear saya. Maka hasil rekaannya adalah ‘kombo’ yang saya rasakan hebat impaknya,” Gosha Rubchinskiy

Lapan helaian terpilih, termasuk kot trench signature Burberry yang diolah baru bersandarkan manifestasi idea Gosha, bukan saja terletak pada rekaan bahkan juga stail. Bentuk diperbaharui di mana Gosha menukar rekaannya kepada proportion besar, memerihalkan look kontemporari. Berbicara fasal kontemporari, jika meneliti Gosha musim bunga panas 2018 pun, dia banyak terpengaruh dengan elemen sukan yakni bola sepak dan boleh rasa aura 90s sportswear itu berpencar-pencar. Dan agaknya, Gosha terbawa-bawa lagi cabang falsafah yang sama pada koleksi kapsul Burberry ini.

Look yang menjadi tumpuan adalah gabung padan kemeja polo yang dipakai bersama jaket harrington dan jean potongan lurus senteng, yang mengingatkan kita pada pertembungan filem This Is England dan Trainspotting. Yang benar-benar menterjemahkan lelaki British. Malah ada juga look kot trench  klasik, tetapi dalam dua ton dan dipakai cara sporty bersama seluar trek. Memberi pandangan baru tentang Burberry. Jelas bahawa Gosha tak mau ‘membunuh’ estetika Inggeris itu, kerana dia sendiri akui Burberry-lah jenama yang melambangkan British style jati!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE