SEARCH

London Collections Men S/S 2018: Meraikan Kepelbagaian & Trend Lebih ‘Liberal’

London Collections Men S/S 2018: Meraikan Kepelbagaian & Trend Lebih ‘Liberal’

LONDON-MEN-SS-2018-2-stailMY

Charles Jeffrey Loverboy di LCM: S/S 2018, diilhamkan daripada konsep yang melampaui batas (gambar vogue.com)

London Collections Men sebagai pembuka kalendar sosial minggu fesyen menswear, bagi kami secara peribadinya, tak lepas daripada menjadi gagasan yang mengujakan. Kerana industri berbilion menswear London sentiasa mempamerkan awal-awal trend lelaki – what would men wear next season, especially now after Brexit, what would Brit fashion look like next season. Eklektik, agresif dan liberal hadir mengganasi pentas London Collections Men dan sesuatu yang klasik atau tradisional tentu gagah saja mengiringi sekali. Ia sama ada memperjudikan keberanian menswear mahupun yang lebih berpihak pada opsyen selamat. Atau mungkin terbetik lagi ‘dystopian sportswear’, istilah yang dicipta oleh Hadley Freeman? Atma pereka-pereka atau jenama-jenama London Collections Men Spring Summer 2018 memperlihatkan lelaki yang tak gentar dengan identiti sendiri, tidak takut berada di luar norma biasa dan juga yang tidak beranjak daripada paradigma tradisional.  

LONDON-MEN-SS-2018-3-stailMY

Topman Design S/S 2018 (gambar pausemag.co.uk)

Gordon Richardson, pengarah kreatif Topman menjengah masa hadapan gerobok menswear sebagai punca ilhamnya, manakala Charles Jeffrey Loverboy dalam petunjukan solonya kali ini seakan-akan memperlihatkan LGBT pride atau fiesta. ‘Nip-slip’ dan fetisy workwear-inspired di Xander Zhou melawan konsep keseragaman dan did you see Art School di pertunjukan MAN? Ia juga seperti melihat perayaan LGBT. Namun di London, tak sah kalau estetika klasik, tradisional lelaki Inggeris tidak ada. Terima kasih pada John Weston di Dunhill yang tidak akan menggubah, walau sekelonet pun, estetika English jenama tersebut. Sama juga dengan Oliver Spencer yang masih menstabilkan ensemble klasik.    

LONDON-MEN-SS-2018-4-stailMY

Oliver Spencer dan Dunhill S/S 2018, masih melestarikan classic men’s pieces dan sedikit konvensional (gambar vogue.com)

Beberapa gaya radikal sepanjang pertunjukan awal minggu fesyen London Collections Men Spring Summer 2018 yang menjadi tumpuan utama mata dunia fesyen.

LONDON COLLECTONS MEN : SPRING SUMMER 2018

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE