SEARCH

#IdeaRaya Sebagai Inspirasi Yang Mengilhami Stail Eid Kamu Tahun Ini!

#IdeaRaya Sebagai Inspirasi Yang Mengilhami Stail Eid Kamu Tahun Ini!
Raya-2017-2-stailMY
Innai Red, Raya At Home Untuk Hari Raya 2017 Menampilkan Fasha Sandha

 

Hari Raya tahun ini, kami ucapkan selamat tinggal kepada big peplums, excessive frills dan flounces. Sebaliknya kami mahu mengungkah fantasi alam Savanah di Afrika, ilham pancaran sinar bunga api, keraian tahun jubli dan estetika gender bender sebagai subjek yang mencetus idea untuk Hari Raya kamu nanti. Dan semua pilihan kami ini datangnya daripada jenama-jenama juga hasil pereka-pereka lokal dengan gaya-gaya rekaannya yang tidak dibelenggu oleh tipikal unjuran peplum yang sudah terlalu biasa kita lihat tiapkali Raya mahupun ropol-ropol maha hebat yang kadang-kadang doesn’t make sense. Apa yang mendasari opsyen atau alternatif kami buat kamu adalah daripada struktur rekaan moden optimum, ke nada gaya sukma ultra-feminin sehinggalah yang ringkas klasik. Kami kira-kira ada dalam beberapa hari lagi Eid akan melanja ‘mengetuk pintu’, sama ada kamu tuan rumah ataupun sebagai tetamu nanti, inilah gaya-gaya yang mungkin dapat menginspirasi gaya Raya kamu sepanjang minggu pertama bulan Syawal!     

CANDA WARNA & CORAK

Raya-2017-Colour-stailMY

Innai Red (kiri, Instagram @innaigroup) & Jovian Mandagie for ZALORA (kanan, jovian.com.my)

Warna atau corak tak pernah ‘lelah’ menjadi opsyen utama atau gaya hieratic masa beraya. Tidak menjadi keharusan atas bawahnya sarat dengan corak, fikirkan sesuatu yang tidak literal – fikirkan atas warna polos, manakala bawahnya corak (basis palet yang sama dengan atas). Sementelahan berbalas lagi siluet minima atau asas, keseluruhan penampilan mencadangkan exquisite manner dan subtle elegance. Contoh terbaik adalah look Raya daripada Innai Red dan himpunan Savannah daripada Jovian Mandagie untuk Zalora, yang mencerminkan estetika ini.  

GO WITH THE FLOW

Raya-2017-Flowy-stailMY

Bernard Chandran ‘Petang Raya’ (kiri, bernardchandran.com) & FZK by Fitri Zainal (kanan, fashionvalet.com)

Bila Eid menjelma saja, payah untuk mengisolir gaya berupa kaftan atau struktur rekaan flowy mahupun yang longgar besar daripada barisan-barisan gaya Raya, dari dulu lagi. Tom Abang Saufi antara yang terulung, mempertahankan kaftan selama musim bersilih ganti. Kali ini, Bernard Chandran dan Fitri Zainal ‘memulihkan’ estetika yang sama – Bernard menampilkan jubah besar dan Fitri pula menghadirkan kaftan renda – membuktikan these looks are here to stay! Bila yang lain mendandani diri dalam peplum, caped shoulder dan ropol, kamu munculkan diri dalam jubah atau kaftan longgar menegaskan sesuatu yang tak makan dek zaman! 

REVOLUSIONER

Raya-2017-Fresh-stailMY

Khoon Hooi x Min Luna (kiri, khoonhooi.com) & Ana Abu ‘Him & Her’ (kanan, anaabu.co

Menyopani Hari Raya tidak membataskan kamu untuk hadir lain daripada yang lain malah unik. Pola moden dan manipulatif bukan satu perintang untuk bergaya modest. Fikir inovasi dan kreativiti, tetapi tidak menyisih konsep Hari Raya. Look himpunan Khoon Hooi X Min Luna ini sangat moden bila meneliti nada rekaan juga dari segi aturan gayanya. Dan Ana Abu menempiaskan unconventional, sesuatu yang out of the norm. Bagi kami, kedua-duanya segar! Something that what a ‘tomorrow girl’ would wear! Malah, kedua-dua gaya ini juga boleh dipakai semula bila tamatnya Syawal, dont’t you think? 

RIMA RENDA

Raya-2017-Lace-stailMY

Nurita Harith ‘Lebaran Luxe’ (kiri, nuritaharith.com) & Rizalman for Zalora (kanan, zalora.com.my

Kami suka nian dengan cara Nurita Harith dan Rizalman mengolah renda untuk Hari Lebaran! Mereka memfesyenkan renda, mengusulkan sesuatu yang romantik dan poetic. Tambah-tambah lagi, kedua-duanya tampil dalam rona lembut, ah, sempurna! Nurita memilih top polos berupa blaus berleher bot yang dipakai dengan skirt labuh penuh renda… membangkitkan kontras. Tidak semestinya penuh padat. Sedang Rizalman pula menyarankan renda ala guipure flora yang dia olah penuh atas bawah, sehingga keseluruhan idea itu nampak cukup opulence. Yang mana satukah menjadi rujukan kamu nanti? Whichever, kedua-duanya menjadi! 

THE NEW DISRUPTION

Raya-2017-Moden-stailMY

Bernard Chandran ‘Petang Raya’ (kiri, bernardchandran.com) & Blancheur ‘Lebaran / Pre-Fall 2017’ (kanan, blancheur.co)

Fasal gaya revolusi Raya (rujuk Khoon Hooi x Min Luna dan Ana Abu), ia meruntun hati kami untuk tak henti berbicara tentang ‘revolusi’. Dan untuk gaya ini, fokus kami adalah ‘revolusi’ moden untuk Raya. Lupakan seketika siluet klasik, kata kuncinya moden. Ambil contoh Bernard Chandran dan Blancheur yang masing-masingnya keluar daripada kod normal Hari Raya. Forms dan lines memainkan peranan, menjadi poin fokus mereka. Menghamburkan estetika kasual, mendukung idea kontemporari, quikry dan menyisih ketegaran. Tidak ada renda, tiada elemen tipikal feminin, no flow. 

RAISE UP

Raya-2017-Shoulder-stailMY

Alia B. (kiri, fashionvalet.com) & Rizman Ruzaini (kanan, fashionvalet.com

We are a big fan of clean silhouette. Tapi siluet bersih dan ringkas rasanya lebih sempurna bila ada perincian sebagai penambah ‘perisa’ untuk membangkitkan sedikit tenaga. Buat yang sering menagih perincian pada setiap penampilan – baik batu, sulaman, manik atau seumpamanya – tangkis idea sarat excessive, sebaliknya cuba adaptasi aspek yang lebih moden. Cukup sekadar perincian pada bahagian bahu, leher dan lengan untuk ada elemen istimewa. Malah jika kamu orang yang berhijab, gaya yang Alia B dan Rizman Ruzaini adalah sugesti terbaik. Ia seakan-akan mencipta ‘statement’ pun ada juga.

PURETE ABSOLUE

Raya-2017-StayClassy-stailMY

Jovian Mandagie ‘JLuxe Raya’ (kiri, jovian.com.my) & Rizalman for Zalora (kanan, zalora.com.my)

Baju kurung moden Jovian Mandagie dan kebaya nyonya Rizalman, dua-dua adalah pilihan julung kami! Purer silhouette, memencarkan kelas dan gaya impeccable. Terjelma soigne elegance wanita Melayu. Tidak mustahil kedua-dua ini mampu menginspirasi gaya kamu ketika Lebaran nanti, kerana ia menyeratakan nada lembut juga romantik pada penampilan. Tak usah bentuk yang berlebih-lebih mahupun yang radikal. Dalam masa yang sama kedua-duanya tampil menggoda, tetapi tidak offensively sexy. 

PEREMPUAN NEOKLASIK

Raya-2017-Tradisional-stailMY

Maslea ‘Lebaran 2017’ (kiri, sakuramalaysia.com) & Emel by Melinda Looi (kanan, emelbymelindalooi.com)

Tidak pernah ada yang salah pabila menyentuh perihal klasik atau tradisonal. Secara peribadi, bagi kami, wanita yang menyarung busana klasik untuk Syawal adalah classy. Mengiramakan estetika klasik seperti baju kurung tradisional menegaskan dia punya prinsip stail ketersendirian dan tidak perlu dia mengikut trend-trend yang ada sekarang atau yang repetitive. She stays true to herself! Tidak gentar pada elemen ‘lama’ dan meraikan helaian yang sudah tentu ikonik ini. Terbias karakter wanita ingenue, sofistikasi dan ayu. Maslea juga Melinda Looi untuk rangkaian himpunan Emel mengkonepsikan semula baju tradisonal untuk Raya tahun ini dan adalah rujukan terbaik yang menjunjung estetika ‘klasik’!     

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE