SEARCH

Antara Neelofa, Raya & Stail Musim Bunga/Panas Swarovski Di Bumi Paris

Antara Neelofa, Raya & Stail Musim Bunga/Panas Swarovski Di Bumi Paris
Neelofa-Swarovski-6-stailMY
Neelofa memakai Glam Rock Smartphone Incase with Bumper, Grey iPhone® 7, Gently Bangle, Gently Oval Bangle, Crystaldust Cuff dan Subtle Bracelets

 

Wanita manakan bisa tersisih dengan barang kemas. Biar jauhnya dia berkelana, aksesori sentiasa menjadi peneman yang menyempurnakan penampilan.

Selama Neelofa berpergian ke kota Paris, dia meluhurkan aksesori-aksesori Swarovski sebagai pelengkap gaya-gayanya. Neelofa memfesyenkan item-item Swarovski dalam cara yang punya ketersendirian dan optimum. “Saya mengagumi semua koleksi Swarovski. Kerana ia versatile, moden dan penuh gaya. Pasti mengutuhkan semua stail saya!”
Bersempena merayakan Syawal dan hari-hari Eid, Swarovski memperkenalkan item-item daripada himpunan musim bunga panas 2017 yang mesti ada. Swarovski musim bunga panas 2017 menjunjung tema Urban Romance, yang disimbah estetika segar, moden dan releks. Inspirasinya lahir daripada kemodenan ruang waktu urban Paris dan Los Angeles. Keanggunan feminin dan sofistikasi mencerminkan terbaru Swarovski ini.

Kami bersama dengan Neelofa, mendekati dia dan berbicara tentang Hari Raya juga menyingkap visi cintanya pada Swarovski.

Neelofa-Swarovski-7-stailMY
Neelofa memakai Gina Brooch, Crystalline Oval WhiteBracelet Watch, Crystaldust Bangle Double, Attract Round Ring dan Grey Ring
  • Bagaimana senario lazim berhari Raya di dalam rumah kamu? Dahulu dan sekarang?
    Kalau dahulu, ibu serta nenek saya biasanya menyediakan dan masak semua jenis makanan kegemaran kami. Ia bagai satu pesta menjamu selera! Sekarang, kerana kami sudah dewasa, kami pula yang masak dan mereka (ibu dan nenek) yang supervise. Tetapi yang pasti, pabila malam menjelma saja, kami semua akan bermain bunga api… tak kiralah berapa usia kami!
  • Hari Raya sudah dekat! Kongsikan bersama kami… apakah persediaan kamu kali ini?
    Persediaan Hari Raya adalah sesuatu yang paling mengujakan. Daripada mencari pakaian-pakaian Raya sehinggalah ke menentukan biskut-biskut apa yang mahu dihidang nanti. It is very exciting! Namun, saya masih belum lagi memutuskan apa tema Hari Raya kami sekeluarga tahun ini.
  • Apakah yang kamu nanti-nantikan Hari Raya nanti?
    Paling saya nanti-nantikan adalah kedatangan saudara-mara, sepupu-sepupu dan ahli-ahli keluarga yang lain, berhimpun beramai-ramai di rumah datuk dan nenek. Payah kadang-kadang hendak berjumpa dengan mereka ini pada hari-hari biasa, walaupun kami semua duduk dekat saja. Jadi Hari Raya-lah hari di mana kami akan berjumpa dan catch-up perkembangan terbaru masing-masing. Oh, paling kami suka adalah membongkar gambar-gambar lama datuk dan nenek, juga gambar-gambar lama yang lain dan mulalah sesi throwback kami.
  • Times are tough. Sesetengah orang harus, malah perlu berjimat dalam soal berbelanja dan persediaan Hari Raya boleh memakan belanja yang tinggi juga. Tetapi orang tetap mahu tampil bersiap cantik dan kacak. Bagaimana caranya untuk mengimbangi situasi ini?
    Bagi saya, Raya adalah masanya untuk kita menguji diri untuk menjadi seimbang, terutama sekali hal berbelanja. Kamu harus tahu had kamu, jangan mudah berbelanja keterlaluan. Lakukannya dengan logik akal, bukan kerana nafsu.
  • Kamu tidak hanya berdiri di atas label selebriti atau artis, malah usahanita berjaya! Kamu sangat serius dalam dunia hiburan, pengacaraan dan alam bisnes. Kamu versatil orangnya. Namun, bila datangnya Hari Raya, adakah kamu akan menjadi the plain old Neelofa?
    Saya bersyukur dan gembira dengan keadaan saya yang sekarang. Tak kisahlah saya berstatus selebriti, mahupun ahli perniagaan, saya tetap Neelofa dahulu yang orang kenal. I wouldn’t change a thing. 
  • Apakah stail kamu Hari Raya nanti?
    Sesuatu yang berwarna-warni dan terang. Barangkali, itulah tema kami tahun ini. 
  • Apakah pula yang kamu tidak berapa gemar setiap kali berhari Raya?
    Berat badan yang bertambah! Alangkah baiknya jika saya boleh makan apa saja dan berat badan saya tak naik. Haha! 
  • Bukan sahaja fan, kamu juga fam kepada Swarovski. Mengapa Swarovski menjadi pilihan kamu?
    Swarovski adalah aksesori kegemaran saya sepanjang masa, sejak dari dahulu lagi! Rekaannya sentiasa melengkapkan look saya, sama ada gaya yang kasual atau yang formal. Selain itu, rekaan Swarovski tak makan dek zaman dan kekal abadi. Never go out of style. 
  • Is there such thing as too much bling for Raya?
    A girl can never have too much bling! Bling itu memberi sentuhan elegan pada penggayaan kamu. Bagi saya, bling adalah asas.

Neelofa-Swarovski-9-stailMY(dari atas ) Neelofa memakai Grey Ring Set, Alegria Watch, Darci Rose Brooch, Gently Bangle dan Fresh Ring ; Fundamental Brooch, Gently Oval Bangle, Crystaldust Cuff, Gave Bangle dan Grey Ring

  • Apakah item Swarovski yang pastinya menjadi pilihan kamu Raya ini?
    Sukar untuk saya membuat pilihan kerana semua item Swarovski kegemaran saya. Tetapi kalau berbicara soal gaya peribadi harian, saya suka menyarung gelang-gelang serta cincin. Jika bergaya formal pula atau temasya rumah terbuka, saya akan memakai kerongsang untuk membuatkan penampilan nampak lebih menarik.
  • Mengapa Swarovski memilih kamu?
    Kerana saya menepati ciri-ciri yang Swarovski mau. Produk kami, yakni Naelofar Hijab juga mengaplikasikan manik-manik Swarovski, kerana kami mempercayai kualiti mereka. Pasaran kami sangat besar. Bilamana saya memuat naik post fasal Swarovski dalam laman media sosial, ia diterima baik oleh penggemar-penggemar kedua-dua produk ini – Swarovski dan Naelofar Hijab. 
  • Apakah harapan atau aspirasi kamu untuk kempen kerjasama ini?
    Saya mengharapkan orang lain menjadi yakin dengan diri sendiri dan yakin dengan siapa yang mereka mahu jadi. Be brilliant, be with Swarovski. 
  • Sekarang, aksesori Swarovski. Apakah projek seterusnya?
    Busana Swarovski, mungkin? 
  • Swarovski adalah kompeni antarabangsa yang berpusat di Austria. Buat masa sekarang, kolaborasi mereka bersama kamu pula di sini… di Malaysia. Adakah kamu rasa kamu bisa membawa sesuatu yang maha hebat untuk platform Swarovski?
    Ya sudah tentu! Sekarang ini, dengan kebangkitan teknologi dan media sosial, semuanya tidak mustahil. Pada hemat saya, berdasarkan pencapaian kami di sini (Malaysia), saya mampu mendukung Swarovksi ke fasa yang lebih tinggi lagi dalam mempengaruhi pasaran hijab atau muslimah terutamanya, di Timur Tengah juga United Kingdom. 
  • Selepas Eid, apa lagi projek kamu dengan Swarovski?
    Swarovski sudah menjadi signature buat Naelofar Hijab. Tak sabar rasanya untuk saya berkolaborasi dengan Swarovski lagi untuk projek-projek besar akan datang. Nantikan saja!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE