SEARCH

Tony Awards 2017 #Yay Or #Nay Moment: Gaya Yang Kurang Memberangsangkan & Yang Menyerlah

Tony Awards 2017 #Yay Or #Nay Moment: Gaya Yang Kurang Memberangsangkan & Yang Menyerlah

Radio City Music Hall New York selesai mengacarakan temasya tahunan Tony Awards dan menyaksikan kemenangan teater muzikal Dear Evan Hansen yang menang paling besar. Dear Evan Hansen turut membawa pulang anugerah Muzikal Terbaik di samping Ben Platt (pelakon utama Dear Evan Hansen) yang berjaya mengaut anugerah Pemain Lelaki Utama Terbaik Muzikal. Bette Midler pula membawa pulang anugerah Pemain Wanita Utama Terbaik Muzikal untuk pementasan Hello Dolly, dan saat dia menang saja, riuh satu dewan dengan ucapannya yang melucukan. Sayangnya, persembahan pembukaan marathon oleh Kevin Spacey di acara anugerah itu dikatakan agak teruk dan cringe juga… Itulah yang mereka bilang.

And of coursered carpet moment! Yang sudah tentunya menayangkan fesyen-fesyen kelompok selebriti, pelakon juga penggiat muzikal Broadway dan semuanya tak kalah bergaya. Anna Kendrick muncul selamat dalam gaun panjang Miu Miu dan efek penampilannya itu tidak sehebat gayanya di Golden Globes sebelum ini. Malah Scarlett Johansson nampak sangat matang (sedikit berusia) dalam blazer Michael Kors dengan skirt panjang di Tony Awards, namun keseluruhan gayanya itu boleh tahanlah juga. Tak lupa juga kedatangan Liu Wen dalam gaun besar Zac Posen ditemani pereka… Zac Posen. Sebenarnya sudah jenuh juga melihat rekaan Zac Posen yang hampir sama saja setiap kali ada temasya formal. Dia bagai sudah selalu sangat menampilkan gaya rekaan sebegini, sehingga membuatkan kami mahu melihat dia change his game bila adanya acara kapet merah pada masa akan datang. Please, Zac. Give us something else!

Gaya yang mana dan siapakah lagi yang kami rasakan yay or nay sepanjang waktu kapet merah Tony Awards 2017? Ini pilihan peribadi kami!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE