SEARCH

11 Sempadan Negara Unik Seluruh Dunia

11 Sempadan Negara Unik Seluruh Dunia

Sedekat-dekat kita sebagai seorang manusia, kita harus sedar yang kita datang dari kawasan, tempat dan negara dengan set peraturan yang berbeza-beza. Seperti mamalia dominan lain di muka bumi ini, sebagai manusia, kita juga miliki wilayah-wilayah kita sendiri yang kita tandai dengan sempadan dan seterusnya kita namakan sebagai negara.

Sejarah, politik, pengaruh atau persamaan sosio-budaya adalah antara elemen penting dalam melukis satu garisan formal/rekaan/khayalan di atas peta dunia. Kadangkala wujud satu bentuk konfrontasi dan ketidakpuasan hati sesetengah negara dengan negara yang lain. Ada juga negara yang santai dan bertindak selayaknya saudara.

Sudah adat berjiran tetangga, Malaysia juga pernah dan sedang mengalami perebutan pulau (eg; Pulau Batu Puteh & Kepulauan Semarang Peninjau ) dan Konfrontasi dengan negara serumpun soal persempadan ini. Namun sekarang kita baik-baik sahaja. Buktinya Pulau Sebatik yang kita kongsi dengan Indonesia, Tambak Johor yang menghubungkan Singapura, Padang Besar sebagai gerbang utara dan Sungai Golok yang menjadi nadi negeri Kelantan dan Selatan Thailand.

Lalu sempena Hari Kemerdekaan yang ke-59 tahun ini: mari kita lihat 11 sempadan negara di seluruh dunia yang lari dari kebiasaan, sangat kompleks dan luar biasa. Pada masa sama, bakal membuatkan kita canggung dan tertanya-tanya kenapa?

DAERAH COOCH-BEHAR (BANGLADESH-INDIA)

BANGLADESH SATU

Sempadan negara paling rumit di dunia. Terdapat 92 eksklef (47.7km2) milik Bangladesh di dalam wilayah India dan 106 eksklef (69.5km2) milik India di dalam wilayah Bangladesh. Keadaan bertambah rumit di eksklef terbesar India bernama Balapara Khagrabari. Ia dikelilingi Upanchowki Bhajni (Bangladesh) yang juga dikelilingi kembali oleh Dahala Khagrabari (India). Menjadikan ia satu-satunya kawasan yang memiliki empat lapisan eksklef di dunia (Bangladesh-India-Bangladesh-India). Kerumitan ini disebabkan oleh perjanjian Raja Cooch Behar dan Maharaja Rangpur yang berjudi tanah jajahan masing-masing beberapa abad yang lalu.

BAARLE-NASSAU-HERTOF (BELANDA – BELGIUM)

2000px-Baarle-Nassau_-_Baarle-Hertog-en.svg

Bandar dalam bandar. Baarle-Nassau sebuah bandar di Belanda. Ia berkongsi sempadan dengan bandar Baarle-Hertog milik Belgium. Terdapat 26 eksklef Baarle-Hertog di dalam bandar Baarle-Nassau. Menariknya, beberapa cebisan tanah di Baarle-Hertog juga dimiliki oleh Baarle-Nassau. Bandar ini unik kerana ditandai oleh ratusan garisan-garisan sempadan yang membelah rumah, kedai dan restoran.

Baarle-Nassau_frontière_café

18244850845_330be7107a_z_d

KOREAN DEMILITARIZED ZONE

DMZ-south-korea-army-patrol

Kawasan yang paling dikawal ketat di dunia, Zon Bebas-Tentera Korea atau Korean DMZ adalah tanah sepanjang 258km dengan lebar 4km yang memisahkan Korea Utara dan Korea Selatan. Secara teknikalnya, Semenanjung Korea masih dalam peperangan kerana kedua-dua pihak tidak pernah bersetuju dengan persempadan kawasan dan perbezaan ideologi politik masing-masing. DMZ bukanlah sebuah sempadan rasmi, ia lebih bertindak sebagai zon penampan perang (buffer zone).

borders06-650x434
Pemandangan malam Semenanjung Korea yang kontras dari imej satelit.

AMERIKA SYARIKAT – CANADA

borders11-650x487

Sempadan negara yang terpanjang di dunia. Tidak seperti sempadan Amerika-Mexico di selatan, sempadan sepanjang 8,891km ini tidak dibangunkan pagar fizikal. Ia juga dinamakan ‘No Touching Zone’, iaitu penebangan pokok bagi menandakan garisan sempadan. Garisan ini juga memotong sebuah bandar, Town of Derby Line. Sebuah Rumah Opera sengaja dibina ditengah-tengah garisan sebagai mercu tanda bandar.

76105e5bfb0dbec70047a1779d38c064
Rumah Opera

borders12-650x432

AMERIKA SYARIKAT – MEXICO

borders08-650x385

Sempadan sepanjang 3,201km ini bermula dari Laut Pasifik (barat) hingga ke Teluk Mexico (timur). Ia melewati empat negeri Amerika (California, Arizona, New Mexico,Texas) dan enam negeri Mexico (Baja California, Sonora, Chihuahua, Coahuila, Nuevo León, Tamaulipas). Sempadan negara yang sangat panjang dan merentas benua Amerika Utara ini melahirkan beberapa pemandangan yang sangat unik dan kontras antara kedua-dua negara.

international-borders-11-1

borders09

borders10

POLAND – UKRAINE

Ukiran tanaman ladang yang berbentuk dua ekor ikan yang dihasilkan oleh Yaroslav Koziaroy ini simbolis kepada keamanan dan usahasama antara dua negara.

borders19-650x422

MACAU – CHINA

international-borders-21__700
Lotus Bridge

Macau adalah bekas tanah jajahan Portugal dan dikembalikan kepada kerajaan China pada 1999. Akibat penjajahan yang berlaku sejak 1557, penduduk Macau memiliki budaya dan cara hidup yang sangat berbeza dengan rakyat tanah besar China. Penduduk Macau memandu di sebelah kiri jalan manakala penduduk China di sebelah kanan jalan. Maka sebuah jambatan khas, ‘The Lotus Bridge’ dibina bagi menyelesaikan pemasalahan lalu lintas ini.

PERSEMPADANAN NATURAL BRAZIL

international-borders-8__700
Sungai Amazon antara Brazil, Argentina dan Paraguay.

Brazil adalah negara paling besar di benua Amerika Selatan dan kelima terbesar di dunia. Tak hairan jika Brazil memiliki variasi sempadan negara yang berpandukan alam semula jadi yang sangat mempesonakan. Brazil bersempadan dengan Uruguay di Selatan; Argentina dan Paraguay di Barat Daya; Bolivia dan Peru di Barat; Colombia dia Barat Laut dan Venezuela, Guyana, Suriname dan French Guiana di Utara.

800px-Sunset_over_Iguazu2
Iguazu Falls – Argentina (Kiri) Brazil (Kanan)
oCwHV
Gunung Roraima, gunung paling rata tertinggi di dunia dikongsi Brazil, Venezuela dan Guyana.
Itaipu-Dam-4
Empangan Itaipu, Sungai Parana. Brazil (Atas) Paraguay (Bawah).

INDIA- PAKISTAN

borders16-650x391

Sebelum merdeka dari empayar British, India dan Pakistan adalah sebuah negara. India dan Pakistan berpecah kepada dua negara akibat fahaman politik yang berbeza dan perselisihan agama yang membawa kepada perang saudara yang sangat dasyat ketika ‘Pembahagian Bristish India’ pada 1947. Sejak itu hubungan dua hala dua negara ini sangat rapuh, ditambah pula dengan konflik wilayah Kashmir dan beberapa siri perang yang berlangsung antara mereka. Walaupun kedua-dua negara Asia Selatan ini berkongsi kesamaan budaya, bahasa, geografi dan sastera, hubungan mereka dibelenggu permusuhan dan syak wasangka sehingga kini.

borders15-650x432
Pagar sempadan India-Pakistan yang bercahaya sehingga boleh dilihat dari ruang angkasa.
borders34-650x974
Banjaran Himalaya. Pakistan (Kiri) India (Kanan).

HAITI – DOMINICAN REPUBLIC

borders17-650x587
Haiti (kiri) Dominican Republic (Kanan).

Kedua-dua negara ini sebenarnya berkongsi sebuah pulau yang sama iaitu Pulau Hispaniola, di Kepulauan Antilles, Laut Caribbean. Taraf hidup penduduk Dominican Republic boleh dikatakan lebih tinggi 600% daripada mereka yang tinggal di Haiti. Faktor ini menjadikan Haiti sebagai negara termiskin di negara belahan hemisfera barat. Faktor ekonomi ini juga menyebabkan pembalakan haram tidak terkawal berleluasa sehingga wujud perbezaan yang kontras di sempadan antara Haiti dan Dominican Republic.

borders18

NORWAY – SWEDEN

borders01-650x974
Norway (Kiri) Sweden (kanan).

Pada 1905, Norway keluar dari Negara Pesekutuan Sweden-Norway. Secara geografinya, Norway dan Sweden tidak banyak berbeza. Sempadan mereka ditandai dengan penebangan pokok pine sepanjang 1,630km dari utara ke selatan Semenanjung Skandinavia, lalu menghasilkan sekeping foto yang menakjubkan.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE