SEARCH

Mekarkan Silaturahim Dengan Jambangan Bunga Daripada BloomThis

Mekarkan Silaturahim Dengan Jambangan Bunga Daripada BloomThis

Aidilfitri adalah musim untuk mengikat semula hubungan antara kelaurga dan sahabat handai, maka marilah kita membina semula hubungan dengan kemaafan. BloomThis merangka satu koleksi menarik untuk meraikan perayaan agar menjadi lebih bermakna.

BloomThis

It’s a huge Tiffany Box! Istimewa Raya ini jambangan bunga hadir bersama hatboxes warna Biru Tiffany edisi terhad yang dibuat semata-mata bersempena Aidilfitri 2017.Bukan sahaja warna kotak yang menarik perhatian, bentuk heksagon juga unik dijadikan sebagai bekas bunga. Ia juga multi-fungsi, jika kamu mahu alihkan bunga ke pasu lebih besar dan jadikan kotak sebagai bingkisan simpanan lain, maka ubahlah ikut kreativiti kamu.

BloomThis

KOLABORASI BLOOMTHIS DAN ZAAHARA

Tahun ini, BloomThis turut bekerjasama dengan jenama telekung tempatan, Zaahara. Ia membangkitkan lagi keterujaan dengan kehadiran jambangan bunga dipadankan bersama helaian telekung yang cantik. Kombo menarik ini adalah yang sempurna dibuat kepada pelanggan yang buntu memikirkan hadiah apa yang mahu diberikan kepada yang tersayang. Menarik juga ditempah untuk saudara yang baru pulang Umrah/Haji bukan?

BloomThis

Selain telekung, BloomThis juga menawarkan tiga reka bentuk unik digabungkan dengan Kit Kat Rubies dan Kit Kat Bars untuk dihantarkan bingkisan bunga dan manisan istimewa ini kepada rakan-rakan. Jika kamu mahu pastikan hubungan sentiasa mekar, jambangan bunga BloomThis juga sudah memadai. Adara adalah gabungan merah jambu pastel yang dicampurkan dengan Mawar Champagne yang akan memberikan kenangan selamanya buat penerima. Koleksi Bashira pula dihiasi bunga-bunga terang yang sesuai juga dijadikan hiasan ruang tamu atau di meja makan, ia menggabungkan bunga Robina Lilies dan Red Ginger.

BloomThis

Eratkan Kekeluargaan Bersama Yang Tercinta Di Hari Raya Ini Dengan BloomThis. Koleksi Raya BloomThis dihantar pada hari yang sama tempahan. Penghantaran adalah percuma di kebanyakan kawasan Lembah Klang. Lawati website BloomThis untuk tempahan jambangan segar hasil gubangan pereka hari ini!

BloomThis

BloomThis jadi kunci item pada ruang meja yang pastinya menarik perhatian tetamu. Apa kata kamu tempah segera bunga-bunga pilihan untuk menghidupkan lagi ruang rumah Aidilfitri ini. Berbagai piihan dan koleksi juga boleh lihat senarai harga di website.

BloomThis

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE