SEARCH

Restoran Mewah Emporio Armani Caffe & Ristorante Dibuka Di Bologna

Restoran Mewah Emporio Armani Caffe & Ristorante Dibuka Di Bologna

The Armani Group dengan sukacitanya mengumumkan pembukaan restoran di Bologna diberi nama Emporio Armani Caffe e Ristorante. Terletak di Galleria Cavour, lokasi utama di bandar bersejarah dan pusat peruncitan mewah antarabangsa.

“Bologna destinasi pelancongan dan saya bangga dengan pembukaan restoran di lokasi membeli-belah terpenting di bandar ini. Emporio Armani Caffe kedua di Itali ini adalah sebahagian daripada strategi syarikat bertujuan untuk mengukuhkan restoran di negara ini. Keseimbangan rekaan antara tempatan dan antarabangsa penting bagi kita selaraskan dengan mesej Emporio, dengan gaya moden dan metropolitan.” Giorgio Armani

Konsep ini direka secara peribadi oleh Giorgio Armani bersama pasukan arkiteknya. Ruang yang meliputi 300 meter persegi dan terdiri daripada ruang kafe. Kawasan restoran kira-kira 100 meter persegi yang boleh dimuatkan dengan kapasiti 42 tetamu dan kawasan luar kira-kira 60 meter persegi dengan 25 kerusi.

Emporio Armani Caffe
Bar utama di Emporio Armani Caffe pada kawasan restoran menyuntik elemen moden
Ciri-ciri Ruang Emporio Armani Caffe & Ristorante

Ciri utama adalah penyelarasan kayu gelap dan pucat dengan naungan biru muda pada sudut tertentu. Lampu loket diletakkan di kawsan restoran. Sentuhan merah diberikan pada lampu Armani/Casa Diogene menambah accent yang tidak dijangka. Dua pintu dibikin daripada logam gangsa membawa kamu ke luar kafe hingga ke kawasan luar menuju ke restoran. Apabila pintu dibiarkan terbuka, maka ruang menjadi jadi luas terbentang.

Menu Emporio Armani Caffe & Ristorante

Senarai menu berbeza daripada makanan tengah hari dan makan malam sememangnya hidangan yang lain daripada rasa Itali sebenar. Mudah dan klasik, menu di sini disediakan daripada bahan mentah yang dipilih penuh teliti. Pada waktu malam, dijanjikan pengalaman kulinari yang sukar dilupakan  dengan penambahan menu seperti tagliatelle dan tortellini serta hidangan istimewa Milanese seperti risotto dan cotoletta alla Milanese.

Emporio Armani Caffe
Ruang makan ala retro yang klasik memainkan warna tanah dan dua warna kontra lembut

 

Emporio Armani Caffe
Lihat tiga lampu kecil menyinari ruang makan untuk dua orang ini. Walaupun digolongkan dalam ruang sekelompok namun ia tetap memberi intimasi

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE