SEARCH

Fresh Face 2016: Hanie Hidayah

Fresh Face 2016: Hanie Hidayah
Cover11_ForFeature
Gambar: Andy Ong/31 Square. Penata Gaya: Azreezal Hafidz. Solekan/Rambut: Fendi Sani. Arahan Seni: Merrissa Emilda. Penyelaras: Hafizan Mohd. Suntingan video: Hakimi Asari.
HANIE HIDAYAH, KUALA LUMPUR, 29, BLOGGER

Apa yang kamu lakukan dalam hidup dan karier? Saya penulis juga traveller untuk laman web Whatever There Was Travel. Cabarannya adalah untuk memikirkan pengisian dalam pasaran digital yang semakin pantas dan segera.

Ceritakan pada kami tentang perkara paling hebat pernah kamu lakukan. Saya baru pulang dari Koh Lanta untuk aktiviti diving yang amat menyeronokkan. Pengalaman melihat hidupan marin dan memahami betapa pentingnya untuk kita semua menjaga kebersihan laut, satu pengalaman yang amat berharga.

Apa perkara terbaik menjadi seorang gadis pada tahun 2016? Berpeluang bekerja bersama suami saya sepenuh masa. Kami berkongsi minat serupa. Melengkapkan kami sebagai pasukan yang baik adalah kepakaran masing-masing dalam bidang berbeza.

Jika diberi peluang untuk menjadi individu lain, siapa dan mengapa? Jessica Stein (Tuula Vintage) kerana saya ingin sentiasa mengembara sepertinya. Kedua Kimi Werner bagi menikmati free diving dan menghargai nature life. Yang ketiga adalah suami saya, so I know how difficult it is to handle me!

Momen yang membuatkan kamu bersyukur / rendah diri? Setiap kali saya mengembara ke negara berbeza melihat keindahan alam ciptaan tuhan. Buat saya berasa banyak benda dalam dunia ini yang masih belum saya kenali dan menjadikan diri ini sangat kerdil.

Hari yang sempurna buat kamu? Diving underwater, bersama suami di rumah dan kucing. Ya, setiap kali saya mengembara ke negara orang juga.

Pandangan kamu tentang generasi hari ini? Generasi saya boleh dikategorikan sebagai go-getters. Berbeza dengan baby boomers yang kurang berani dalam mencipta peluang untuk diri mereka sendiri. Apa yang boleh saya simpulkan generasi saya punya ekspektasi tersendiri dalam mencapai apa yang mereka mahu.

Apa yang membezakan generasi kamu dengan generasi sebelum ini? Tiada lagi standard of success. Semua boleh berjaya dengan cara mereka sendiri dan mencipta lebih banyak peluang untuk individu lain. Generasi hari ini berupaya mengejar impian tanpa sekatan with the safety nets that the baby boomers created for us.

Ketika kecil apa yang kamu bayangkan pabila berada di usia ini? Saya mahu menjadi ahli biologi marin atau ahli arkeologi.

Kamu ingin tua seperti…? Saya ingin tua seperti bapa saya. Dia bijak dalam bekerja dan berjaya mencapai apa yang dia mahu pada bila-bila masa. Dia percaya pada pendidikan dan pada masa sama menekankan untuk bijak mencipta peluang diri sendiri juga.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE