SEARCH

Genting Highlands Premium Outlets Dibuka Hari Ini Saya Senaraikan Promosi Hebat & Jenama Yang Ada Di Sini

Genting Highlands Premium Outlets Dibuka Hari Ini Saya Senaraikan Promosi Hebat & Jenama Yang Ada Di Sini

Genting Highlands Premium Outlets dibuka kepada orang ramai bermula hari ini (Khamis) 15hb Jun, 2017. Ini menjadikan Genting Highlands Premium Outlets sebagai Premium Outlet Center kedua di Malaysia selepas Johor Premium Outlets, lantas menjadi Premium Outlet Center atas bukit yang pertama di Asia Tenggara. Kita dapat rasakan seperti bershopping di negara dingin kerana Outlet di sini bersuasana sejuk.

Telah dibangunkan dengan kos RM200 juta, Genting Highlands Premium Outlets meliputi kawasan tanah seluas 600,000 kaki persegi dan menampilkan lebih 150 stor berjenama yang menawarkan penjimatan hebat sehingga 65% setiap hari kepada pengunjung.

Genting Highlands Premium Outlets
Gambar: Hotel Seri Malaysia Genting Highlands FB Page

Untuk meraikan acara pembukaan pada jam 10 pagi nanti, pengunjung tentu tidak akan melepaskan banyak promosi seperti berikut:

50 pelanggan pertama       
Polo Ralph Lauren Potongan RM100 dengan pembelian RM1,000 dan ke atas.

100 pelanggan pertama  
Coach Penjimatan 50% + 30% + 10% untuk koleksi Coach Mickey
Hugo Boss Pemegang kad nama dengan pembelian RM200 dan ke atas.

200 pelanggan pertama  

Adidas Pakaian dan aksesori terpilih pada RM70.
Beauty Scents Ferrari Racing Red EDT 125ML pada RM15.
Fossil Potongan RM50 dengan sebarang pembelian.
Guess Kantung denim percuma dengan pembelian RM50 dan ke atas.
Superdry Selipar percuma dengan pembelian RM50 dan ke atas.
Timelab Jam tangan Superdry Urban percuma dengan    pembelian RM100 dan ke atas.
Under Armour Pakaian dan aksesori terpilih pada RM70.
Watch Station International Potongan RM50 dengan sebarang pembelian.
Xixili  Barang kedua pada RM10 dengan setiap pembelian

Di samping itu, dari 15hb – 18hb Jun, Baskin-Robbins dan Starbucks Coffee masing-masing akan menawarkan aiskrim dan kopi ice-blended percuma kepada 250 pelanggan pertama. Untuk 100 pelanggan pertama yang membelanjakan RM200 atau lebih di pusat beli-belah ini, tiket percuma untuk naik Awana Skyway akan diberi dari 15hb Jun – 24hb Jun.

Genting Highlands Premium Outlets
Gambar: blog.wonderlist.property
BARISAN JENAMA YANG ADA DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS

Adidas, Asics, Aigner, Brooks Brothers, Calvin Klein, Coach, Davidoff of Geneva, Florsheim, Furla, Godiva, Guess, Hackett London, Hamleys, Hugo Boss, Kate Spade New York, Moschino, Michael Kors, New Balance, Onisuka Tiger, Typo, Oroton, Polo Ralph Lauren, Reebok, Puma, Samsonite, Sacoor Outlet, Superdry, Swatch, TANGS Outlet, Tumi, Under Armour, Victoria’s Secret dan banyak lagi.

Makanan dan minuman juga boleh didapati antara lainnya Absolute Thai Highlands, Baskin-Robbins, Dome Cafe, George & Dragon Cafe, Juan Valdez Cafe, Kampachi Japanese Restaurant, Madame Waffle, Pao Xiang Bah Kut Teh, Starbucks Coffee, Wendy’s dan banyak lagi.

WAKTU OPERASI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS

Dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam. Untuk maklumat pelawat, sila layari www.premiumoutlets.com.my bagi senarai lengkap stor semasa, perkhidmatan pelanggan, waktu perniagaan, tarikan tempatan dan penginapan.

Genting-Highlands-PremiumOutlet-3-stailMY

Genting Highlands Premium Outlets
Gambar: business.simon.com

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE