SEARCH

Bengkel Fotografi Huawei P10 Oleh Edwin Tan Mengajar Pengguna Jelmakan Gambar Lebih Dramatik

Bengkel Fotografi Huawei P10 Oleh Edwin Tan Mengajar Pengguna Jelmakan Gambar Lebih Dramatik

Siapa saja pasti terpegun melihat foto yang dramatik, ada cerita di sebaliknya. Lihat jurugambar terkenal dunia seperti Steve McCurry, Dorithea Lange dan Robert Capa. Mereka memerlukan banyak peralatan dan usaha demi menghasilkan gambar terbaik. Namun, dengan lahirnya Huawei P10, kesan sinematik, dan visual lebih dramatik dapat dihasilkan. Mari kita ikut sesi bengkel fotografi daripada jurugambar Edwin Tan dan juruvideo, Evert Cheong di PAW Master Photography Masterclass Series.

Bengkel ini pertama kali dianjurkan oleh Huawei Malaysia dan terdapat empat sesi, dengan setiap sesi menunjukkan bagaimana pakar foto mencipta gambar-gambar menarik secara mendalam. Sesi ini turut dihadirkan bersama peranti Huawei P Series terkini.

Contoh Gambar-Gambar Diambil Menggunakan Kamera Huawei Leica P10 Plus

Huawei P10

Huawei P10

Huawei P10

Gambaran Visual Seakan Filem Dengan Huawei P10

Huawei P10 dan Huawei P10 Plus memperkenalkan dwi kamera terbaru berkolaborasi dengan jenama kamera terkenal, Leica Dual-Camera 2.0 Pro Edition. Kedua-dua peranti itu adalah yang pertama menggabungkan teknologi 3D Facial, portrait enhancements dan pencahayaan dinamik. Sensor RGB 12 Megapiksel, 20 Megapiksel Sensor Monokrom dan algoritma yang dipertingkatkan.

Tiga Subjek Huawei P10

Tetapkan Mode Dengan Pencahayaan Yang Tepat – Bosan dengan lighting yang flat, mendatar dan gambar seakan mati. Namun dengan pencahayaan dinamik Huawei, membolehkan keupayaan cahaya seakan hasil gambar studio profesional. Dibikin daripada teknologi pengesanan wajah Huawei, ia memahami kedudukan relatif setiap wajah kita dan memastikan potret dihasilkan dengan cara lebih cantik semula jadi. Di samping itu, Huawei P10 ada algoritma auto-sensing yang mengesan perubahan cahaya persekitaran dan secara automatik dapat menyesuaikan situasi dan menambah artistik pada potret.

Huawei P10

Fokus Pada Subjek – Visual sinematik adalah dua perkara berbeza. Leica Dual-Camera 2.0 Huawei P10 dan Huawei P10 Plus membolehkan fotografi menghasilkan potret artistik dengan aperture luas dan kesan bokeh semula jadi. Tambahan pula, Huawei – Leica depth-of-field algorithm, pengguna boleh menangkap gambar yang lebih sharp, jelas dan warna terang dalam setiap gambar. Manakala Leica Dual-Camera 2.0 menghasilkan foto monokrom yang cantik hadir sekali sistem suto fokus 4-dalam-1.

Huawei P10

Komposisi Visual – Visual yang jelas menunjukkan masa dan ruang di mana subjek kamu berada. Itu yang membangkitkan lagi mood sinematik. Idea ini adalah untuk meninggalkan ruang bingkai dan menambah konteks pada imej. Seperti watermark, smile capture dan pemasa. Pengguna Huawei P10 boleh menggunakan salah satu pilihan Grid yang tersedia.

Huawei P10

Sebarang infomasi lanjut mengenai bengkel fotografi Huawei P10 Masterclass Series boleh ke laman sesawang Huawei juga Facebook rasmi mereka.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE