SEARCH

Hyundai Tucson Turbocharged 1.6L T-GDI Baru Kini Dilancarkan Pada Harga RM145,588

Hyundai Tucson Turbocharged 1.6L T-GDI  Baru Kini Dilancarkan Pada Harga RM145,588

Model Tucson Turbocharged daripada Hyundai penuh dengan ciri-ciri menarik dan terkini. Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan varian 1.6 Turbo GDI (T-GDI) Petrol Engine baru SUV ITU. Dibuka dengan harga jualan bermula RM145,588 (harga atas jalan tanpa insurans), turbocharged dengan enjin 1.6 T-GDI dipadankan dengan dwi-klac tujuh kelajuan (7DCT) dan dapat menyampaikan 177PS pada 5,500 rpm dengan tork maksimum 265NM 1,500-4,500 rpm. Hyundai 7DCT Sexowap menawarkan kemahiran tersendiri serta pantas, Transition The ALiff dan pecutan mengagumkan.

Selain enjin berkuasa baru, varian ini juga menggabungkan ciri-ciri mudah seperti kedudukan lampu hadapan LED dengan Static Bending Lights. Fungsi Auto Hold pula secara automatik  menangkap brek apabila kenderaan berhenti sepenuhnya. Ini untuk mengelak daripada ia menjalar ke hadapan atau ke belakang. Tucson  Turbocharged 1.6L T-GDI menampilkan rim baru yang direka untuk kelihatan lebih sporty.

Tucson Turbocharged

“Dengan pelancaran Tucson Turbocharged varian 1.6L T-GDI kami berharap dapat memperluaskan penawaran model SUV jenama ini dan memenuhi keperluan pasaran untuk kereta segmen ini. Kami akan memperkenalkan lebih banyak varian Tucson di bulan-bulan mendatang,” Lau Yit Mun, Pengarah Urusan HSDM

Ciri-ciri Tucson Turbocharged 1.6L T-GDI Yang Meyakinkan Ia Selamat

Struktur badan Tucson yang padu dihasilkan daripada 51 peratus kekuatan keluli berultra-tinggi. Hal ini demi menambah baik impak hentaman jika berlanggar serta pelbagai ciri-ciri keselamatan inovatif pasif dan aktif. Seperti semua model Hyundai, Tucson mempunyai sistem keselamatan state-of-the-art yang mewarkan kestabilan memandu secara optimum. Ini termasuk sistem Vehicle Stability Management (VSM), Hillstart Assist Control (HAC), Downhill Brake Control (DBC) dan Electric Parking Brake (EPB) dengan ciri-ciri Auatomatic Vehicle Hold. Ia juga dilengkapi dengan enam beg udara untuk keselamatan penumpang secara menyeluruh.

Rekaan Luar & Dalam Tucson Turbocharged 1.6L T-GDI

Tucson mengkaji ciri-ciri estetika bentuk badan agar dipahat cantik berkontur seakan atlet dan sporty, berani serta menarik. Bahagian depan Tucson dikuasai signature Hyundai iaitu jeriji heksagon yang bercantum dengan lampu LED Positioning Lamps mencipta identiti tersendiri.

Tucson Turbocharged

Bahagian dalam pula, menawarkan panel instrumen premium yang lebih lebar. Panel ini membangkitkan rasa seperti dalam bilik. Tambahan lagi, aksesori pilihan dengan kos tambahan seperti dua pakej untuk kerusi kulit dan hiasan pintu dalaman tersedia warna pilihan seperti merah dan putih. Rim 19 inci boleh juga didapatkan untuk pelanggan yang mahu meningkatkan gaya Tucson mereka.

Semua varian Tucson layak mendapat khidmat servis secara percuma untuk 50,000km sah sehingga tiga tahun. HSDM menawarkan lima tahun atau 300,000km (yang mana sampai dahulu) jaminan kepada semua kenderaan penumpang baru jenama ini. Manakala, khidmat bantuan servis boleh didapati untuk kenderaan baru Hyundai  dan sedia ada. Untuk maklumat lanjut atau tempahan, boleh kunjungi pusat jualan berdekatan atau hubungi talian khidmat pelanggan Hyundai di 1-300-13-2000

Tucson Turbocharged

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE