SEARCH

Versace Home Mempersembahkan 3 Koleksi Terbaru & Video Untuk Koleksi The New Shadow

Versace Home Mempersembahkan 3 Koleksi Terbaru & Video Untuk Koleksi The New Shadow

Versace Home

Versace Home memperkenalkan tiga rangkaian terkini di Salone del Mobil 2017. Keluarga terbaru jenama ini iaitu Jardin de Versace, rangkaian VM11 yang sleek dan koleksi ikonik terbaru Shadov begitu elegan yang penuh sejarah bangsawan pada pengamatan saya. Lihat semua koleksi di bawah.

Versace Home
Menarik di sebalik Le Jardin de Versace

Bagaikan mimpi yang hadir menjadi kenyataan. Le Jardin de Versace adalah cetakan Versace Home yang melambangkan kelompok keluarga baru jenama ini untuk memperindahkan lagi ruang tamu, ruang makan dan bilik tidur.

Ia kecintaan seni melalui alam semula jadi yang diimplikasikan melalui warna terang yang mewah. Bermotifkan rama-rama yang dikelilingi oleh pusaran baroque emas dan bunga-bungaan. Rama-rama berkibaran ke seluruh rekaan seakan mereka berterbangan di dalam taman. Kumbang Kepik dan Lebah Madu sebagai penambah hiasan. Warna biru dan sentuhan merah jambu dengan aksen emas dan kelabu dingin memberi sentuhan aristoktrat yang dijunjung.

Versace Home

Rama-rama yang punya maksud

Simbolik rama-rama dalam rekaan ini bukan direka kerana suka-suka atau mencuba. Tapi ada makna di sebaliknya;

Rama-rama biru Simbol penerimaan dan kehidupan yang penuh tujuan bermakna.
Rama-rama kuning Menandakan cinta dan dalam mitologi Cina, melihat rama-rama kuning bermakna kita akan mencari kebahagiaan.
Rama-rama kuning tanah Bermakna perubahan besar yang bakal berlaku pada diri kita.
Rama-rama ungu Mewakili kerohanian

Garisan di tengah-tengah sofa Le Jardin yang diliputi kain jacquard logam yang ditenun oleh Rubelli, dihadirkan dalam edisi terhad, 12 set yang ditandatangani oleh Donatella Versace.

Versace Home

Koleksi VM11

Mengambil nama daripada butik Versace di Milan – Via Montenapoleone 11 (VM11) adalah koleksi baru yang komprehensif rekaan sleek dan aerodinamik. Satu koleksi untuk ruang tamu dan ruang makan, VM11 mendefinasikan warna neutral hitam dan putih dengan bentuk yang berani dan berbeza. Siap dengan bayangan signature, Medusa seperti di meja makan VM11. Bertatahkan marmar dengan dilapiskan matt venir warna hitan dan putih di bahagian atas.

Versace Home

Sisi ikonik pada Shadov

Kerusi Shadov megambil siluet Versace yang terkenal iaitu Medusa. Idea pereka untuk meletakkan kerusi ikonik ini di ruang tengah rumah. Medusa menggariskan reka bentuk kerusi ikonik moden untuk Versace Home. Shadov boleh didapati dalam kayu juga pelbagai kemasan kulit dan warna seperti merah, army green, kelabu awan dan diletakkan di atas kaki logam. Istimewanya koleksi ini kerana turut disertakan video menarik yang dibikin untuk koleksi bayangan misteri ini, saksikan.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE