SEARCH

#OMG Kim Kardashian Muse Pertama Pat McGrath Untuk Koleksi Terbaru Dark Star 006!

#OMG Kim Kardashian Muse Pertama Pat McGrath Untuk Koleksi Terbaru Dark Star 006!

PatMcgrath-2-stailMY

Setelah memberikan sedikit demi sedikit teaser ketika Minggu Fesyen Musim Luruh 2017 yang lalu antaranya di pentas Anna Sui, Versace, Prada, Marni serta Maison Margiela dan bermain pula dengan rona-rona biru, adunan glitters dan solekan smoky, industri kecantikan tahu bahawa satu trend terbaru dalam industri solekan ini akan tercipta. Setelah banyak desas-desus serta persoalan bermain di kepala saya, akhirnya terjawab juga setelah jurusolek in-demand, Pat McGrath menghebohkan yang dia bakal muncul dengan kit mata terbarunya, Dark Star 006.

Setiap kali McGrath mengeluarkan kit mekap terbaru, semua peminat setia kecantikan di seluruh dunia pastinya berebut-rebut melayar laman web wanita ini untuk mendapatkan mekap terbarunya itu. Walaupun koleksi kit Dark Star 006 ini sudah pun didedahkan oleh Pat McGrath beberapa bulan yang lalu, cuma baru dua hari yang lalu Pat McGrath memuat naik sebuah klip pendek di laman Instagramnya yang mempromosikan koleksi kit Dark Star 006 ini.

Lebih mendapat perhatian, klip pendek tersebut turut menampilkan Kim Kardashian sebagai wajah koleksi ini. Ternyata ia adalah satu perkara baru yang mengejutkan! Ini kerana, hanya selepas melancarkan lima koleksi kit yang terdahulu (dan menjadi item hit di seluruh dunia), ini kali pertama Pat McGrath menggunakan muse untuk jenamanya. Bagi saya, pemilihan Kim sebagai wajah koleksi sangat sempurna. Memandangkan dia juga boleh dikategorikan sebagai ikon cantik serta memiliki signatur solekan yang sepadan dengan kit Dark Star 006 ini.

DARK STAR 006

Tampil dengan tiga jenis kit Dark Star 006 berbeza. Dua daripadanya memiliki tujuh item di dalam setiap kit yang diberi nama kit UltraViolet Blue serta UltraSuede. UltraViolet Blue menampilkan rona biru yang cukup mewah dan berkemilau manakala buat koleksi kit UltraSuede pula menampilkan rona-rona tanah berserta sedikit sentuhan emas. Selain dua rona ini, setiap kit turut diisi rona asas seperti hitam, pembayang mata jenis krim serta pensel Smudgeliner melengkapkan lagi hasil solekan mata smoky menawan. Manakala sebuah kit lagi ialah Dark Matter menampilkan enam item solekan yang berinspirasikan solekan hologram.

Koleksi ini bakal dilancarkan pada 11 April di patmcgrath.com bermula 12 tengah malam (waktu U.S). Jadi, jangan berebut and let the countdown begin!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE