SEARCH

5 Perkara Tentang Haruman Menurut Pereka Karl Lagerfeld Yang Perlu Kamu Tahu

5 Perkara Tentang Haruman Menurut Pereka Karl Lagerfeld Yang Perlu Kamu Tahu

Haruman adalah bagi saya bak suatu item essential yang harus dimiliki setiap wanita dan lelaki. Dan setiap minyak wangi yang disemburkan pada tubuh memiliki baunya yang tersendiri dan berbeza-beza cara ia diinterpretasikan oleh setiap individu. Pernah kamu terfikir mengapa kamu memilih bauan jenis floral berbanding maskulin atau bauan musky berbanding manis? Mungkin kamu tidak sedar, haruman sebenarnya boleh menceritakan serta melambangkan personaliti diri kamu yang sebenar. Dan mungkin haruman itu bukanlah senjata utamanya, namun hari ini pereka fesyen tersohor Karl Lagerfeld membuktikan bahawa haruman juga sama penting peranannya dalam sehari-harian lalu dia mencipta dua jenis haruman sesuai buat lelaki juga wanita. Ikuti 5 perkara tentang haruman menurut definisi Karl Lagerfeld yang perlu kamu tahu.

I love perfume. Sebelum ini saya pernah bekerjasama mencipta haruman dan kini saya begitu teruja kerana diberi peluang kembali mencipta haruman. Saya sukakan kedua-dua haruman wanita dan juga lelaki. Ia bagaikan memberi sinar kepada kehidupan yang lebih indah. Perfume is like fashion for the nose… – KARL LAGERFELD

The Karl Lagerfeld eau de parfum untuk wanita manakala eau de toilette buat lelaki ini dicipta pada musim luruh 2014 yang lalu. Di sebalik haruman ini, Karl memastikan ia dihasilkan dengan penuh berkualiti dan hanya menggunakan bahan-bahan mentah yang berkualiti tinggi, mengadun elemen signaturnya ke dalam pembikinan haruman ini seperti penggunaan rona hitam dan putih serta juga dari segi pembungkusannya, kesemuanya dilakukan penuh teliti.

Sepasang jeans, kemeja serta jaket adalah apa yang lelaki perlukan- begitu juga wanita, lelaki juga wanita tua. Sesiapa sahaja. They are the basics of today.

Karl merubah definisi stail fesyennya itu menjadi kepada suatu bentuk penampilan, attitude serta merubah menjadi sebuah kuasa. Begitu juga buat harumannya, di mana diinspirasikan oleh gaya penampilannya yang edgy namun masih memotret gaya elegan sofistikated dan klasik dengan sedikit suntikan moden.

Dan dengan itu pakar haruman Christine Nagel bersama Serge Majoullier memastikan haruman itu sendiri sepadan dengan gaya yang diinginkan Karl Lagerfeld. Buat haruman wanita, elemen bunga-bunga hijau dijadikan inspirasi. Haruman yang dibuka dengan nota lemon segar, kemudian disemarakkan lagi dengan bauan kaya buah pic kemudian diadun dengan ekstrak jambakan bunga ros, magnolia serta plumeria. Bukan itu sahaja, haruman ini turut diadun bersama ekstrak kasturi serta nota kayu-kayan sebagai nota asasnya.

Buat haruman eau de toilette yang dicipta khas buat kaum lelaki ini adalah berinspirasikan daripada bauan lavender dan buah limau mandarin kemudian diadun juga bersama buah epal yang rangup serta daun bunga violet. Pakar harumah Jean-Christophe Hérault menyuntik haruman ini dengan bau kayu-kayan, nota pedas sandalwood serta adunan ekstrak amber untuk aroma yang lebih elegan.

Kita perlukan seorang lelaki dan seorang wanita. Baptiste dan Kati, mereka berdua cukup sempurna dan melambangkan haruman saya. Tiada yang lebih layak selain mereka.

Memiliki jalan cerita yang cukup elegan dan sensual dalam menggambarkan personaliti haruman ini, maka Karl memilih kedua-dua model kegemarannya, Kati Neischer dan Baptiste Giabiconi, sebagai wajah kepada kedua-dua harumannya. Karl merakam gambar hitam putih untuk kempen ini di mana Baptiste turut menyarungkan sarung tangan studded seperti yang sering digayakan Karl.

Saya percaya haruman harus menjadi sesuatu yang melambangkan nilai sensual yang tinggi. Dan saya mahukan rakaman gambar ini membayangi idea itu. You do not wear a perfume only to smell nice, but because you want to feel handsome or beautiful.

Karl Lagerfeld

Fesyen hari ini bukan sekadar tentang busana yang disarungkan. Ia adalah tentang segalanya. Bukan juga sekadar aksesori atau kaca mata, ia adalah tentang haruman juga. Pentingnya untuk sesuatu jenama itu untuk memiliki satu haruman signatur. A fragrance is as important as a piece of clothing.

Karl Lagerfeld for Him EDT hadir dalam tiga saiz 100ml (RM279), 50ml (RM225) dan 30ml  (RM169). Manakala haruman Karl Lagerfeld for Her EDP dalam saiz 85ml (RM335), 45ml (RM225) dan 25ml (RM169). Ia boleh didapati di Sephora, SASA, Isetan Bandar Utama, Aeon Shah Alam, SOGO KL serta beberapa cawangan Parkson terpilih.

Karl Lagerfeld

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE