SEARCH

Tukar Kepada Organic Skincare: 8 SOALAN BERSAMA PERNILLA RONNBERG, PENGASAS ESTELLE & THILD

Tukar Kepada Organic Skincare: 8 SOALAN BERSAMA PERNILLA RONNBERG, PENGASAS ESTELLE & THILD

Pernilla Ronnberg

Mungkin ramai yang masih belum didedahkan lagi dengan penggunaan produk penjagaan wajah dan badan organik. Mengapa kita harus mula mengambil berat soal ini? Ikuti temubual eksklusif STAIL.MY bersama pengasas jenama penjagaan wajah organik Estelle & Thild iaitu Pernilla Ronnberg.

 

 

Bagaimana kamu mula tergerak untuk menubuhkan jenama Estelle & Thild?

Saya mula sedar bahawa wujudnya jurang dalam pasaran produk organik yang memberikan hasil sama bak produk penjagaan kulit yang biasa. Sebagai bekas CEO kepada sebuah jenama penjagaan kulit, saya semestinya sudah tahu dan aware dengan bahan kimia yang digunakan. Jadi dengan itu, saya berazam untuk mencipta produk penjagaan kulit organik yang mempunyai manfaat efektif seperti jenama-jenama lain.

 

Apakah yang mendorong kamu menubuhkan Estelle & Thild?

Anak-anak saya iaitu Estelle dan Mathilde. Mereka yang memberi inspirasi kepada saya untuk menubuhkan jenama yang memiliki nilai sustainability yang tinggi. Nama jenama ini akan sentiasa mengingatkan diri di mana kita perlu bertanggungjawab kepada generasi yang akan datang. Saya mahu memberi sumbangan terhadap muka bumi dengan mengurangkan penggunaan bahan kimia. Kalau hendak tahu, rutin penjagaan wajah yang tipikal sahaja sudah mengandungi lebih 200 bahan kimia. Tahukah kamu, kimia yang ditambah kepada formula kosmetik ini adalah hanya semata-mata untuk tekstur, bau dan warnanya sahaja. Bukan itu sahaja, bahan kimia mampu membuatkan satu-satu produk itu tahan lebih lama. Bagi saya ini semua membahayakan. Penggunaan bahan sintetik dan tidak tulen juga mampu merosakkan kulit dan tubuh.

 

Kongsikan bersama kami falsafah Estelle & Thild…

Kami menggunakan bahan kandungan bio-aktif yang asli serta bahan mentah eksklusif. Kesemua formula kami adalah bebas daripada pesticides dan toksik serta diiktirafkan sebagai organik oleh Ecocert. Setiap produk kami memiliki kombinasi unik bahan aktif serta terbukti keberkesanannya. Sebenarnya kami ini lebih daripada sekadar sebuah jenama penjagaan kulit. Kami turut mencipta produk yang mampu menyumbang kepada nilai kemampanan menggunakan bahan organik yang mewah.

 

Apa yang membuatkan Estelle & Thild berbeza daripada jenama penjagaan kulit organik yang lain?

Kami masih mengekalkan tradisi serta asal-usul masyarakat Swedish. Jadi setiap yang kami lakukan semuanya lebih bertumpu kepada keseimbangan dalam kehidupan kita. Our heritage is present in everything we do, along with our drive to make a difference to customers and the environment. Warisan yang melambangkan usaha kami membuatkan kami ingin mendidik orang awam kepentingan bahan organik ini.

 

Apa pandangan kamu tentang pasaran Asia apabila berbicara soal kecantikan organik?

Saya percaya bahawa wanita Asia lebih menjaga kulit wajah serta yang penting ingin melalui gaya hidup yang lebih segar. Organic, vegan and cruelty products are important.

 

Boleh kongsikan apakah produk baru yang bakal menjengah pasaran dunia kecantikan?

Kami bakal mengeluarkan serum terbaru dengan penemuan poten yang cukup mengagumkan.

 

Apakah produk essential daripada Estelle & Thild yang menjadi pilihan kamu?

Saya sukakan magic duo iaitu serum dan minyak muka. Kedua-dua produk ini mampu memberikan hasil paling maksimum. Dan jika kedua-dua produk ini diadun, ia seperti mengubah rutin penjagaan wajah malah sebenarnya lebih memudahkan untuk ia target kepada kawasan kulit yang bermasalah.

 

Apakah nasihat kamu pada  seseorang yang mahu mula merubah terutama mencuba kepada produk jenis organik.

Cari jenama produk kecantikan yang memiliki pengiktirafan bahan organik. Di luar sana sudah terlalu banyak yang ‘menjual’ serta cukup berkeyakinan dalam memasarkan produk mereka yang tidak natural. Dan kepada kamu yang merujuk kepada jenama organik yang sah sebenarnya lebih memudahkan serta secara tidak langsung memberi tunjuk ajar serta memastikan kulit dapat menerima dengan selesa…

 

5 Produk Penjagaan Kulit Kegemaran Pernilla Ronnberg

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE