SEARCH

#TanyaAmiraJawab: Kembali Dalam Siri Ke-2, Saya Jawab Persoalan Milenial Tentang Kecantikan

#TanyaAmiraJawab: Kembali Dalam Siri Ke-2, Saya Jawab Persoalan Milenial Tentang Kecantikan
#TanyaAmiraJawab
(Gambar: Pinterest)

Saya kembali minggu ini dengan topik #TanyaAmiraJawab bersama menjawab persoalan yang diaju oleh milenial kini tentang kecantikan. Masih ramai yang ingin tahu tentang definisi kecantikan secara menyeluruh. Bukan sekadar soal mekap, namun juga soal penjagaan wajah. Dan masih ada yang buntu, tidak tahu apa yang perlu dibuat dan masih ada yang tidak menitik-beratkan soal penjagaan diri. Bagi saya, setiap yang bertanya (secara personal mahupun secara terbuka) pastinya saya akan memberitahu, walau apa jua sekalipun, utamakan kebersihan serta penjagaan yang rapi buat kulit wajah. Jangan sesekali diabaikan. Solekan yang sempurna bermula daripada sebuah kanvas wajah yang bersih dan bebas cela. Tanpa menulis panjang lagi, mari saya kongsikan jawapan sambungan 3 lagi persoalan dari minggu lalu yang diajukan kepada saya.

 

1)

#TanyaAmiraJawab

Secara terus-terangnya, saya tidak mahu senarai pendekkan item solekan yang perlu kamu ada terutama buat yang beginners kerana kebanyakan item adalah sama penting untuk kamu capai look yang diinginkan. Namun, apa yang boleh saya nasihatkan, perkara pertama kenali dahulu personaliti diri atau jenis look solekan yang kamu ingin tampilkan. Antara item penting yang harus ada dalam makeup pouch kamu adalah seperti pelembap wajah, primer, bedak asas (atau jika kamu tidak mahu solekan yang tebal, boleh cuma bedak asas jenis BB atau CC). Kemudian, pemerah pipi, maskara, pensil mata dan kening, pembayang mata dan gincu rona nude serta merah. Cukup!

2)

#TanyaAmiraJawab

 

Concealer dan Colour Corrector kedua-duanya berfungsi menutup segala cela pada kulit wajah. Ia boleh diformulakan dalam pelbagai bentuk daripada cecair hinggalah ke bedak tabur. Namun, ada juga sedikit perbezaan di antara kedua-dua item ini. Concealer hadir dalam rona yang hampir sama dengan bedak asas dan bertujuan menyamar cela, malah teksturnya masih berat dan membuatkan solekan tampak leboh tebal. Manakala colour corrector pula bertujuan menyamar setiap cela mengikut targetnya. Sebolehnya ia ingin meneutralkan wajah agar mekap tampil lebih sempurna. Kebiasaannya ia hadir dalam empat rona seperi rona lavensr hijau, kuning dan peach .

3)

#TanyaAmiraJawab

Paling penting sekali, sapukan primer pada wajah sebelum memulakan mekap. Primer membantu solekan tampil lebih smooth dan cantik. Mungkin kamu akan mengalami masalah solekan yang kulitnya kelihatan cakey setelah dibiarkan beberapa ketika. Mungkin di bahagian smile line atau beberapa bahagian yang lain akan cepat menjadi cakey. semburkan dahulu penyembur mist muka jenis setting spray pada bahagian yang mudah cakey, kemudian, sapunya. Baru mulakan dengan pilihan lain. Bukan itu sahaja, sesudah mekap jangan lupa untuk mengenakan setting powder untuk solekan yang tahan lebih lama,

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE