SEARCH

Che Engku Kahwin Kerabat Diraja Guna Cara Paling Tak Senonoh

Che Engku Kahwin Kerabat Diraja Guna Cara Paling Tak Senonoh

Dunia kerabat diraja di Malaysia ni memanglah tak pernah sunyi daripada kisah skandal dan gossip panas. Ada saja cerita-cerita baru yang pasti sampai ke telinga saya dan kemudian tersebar luaslah di kalangan teman-teman saya. Nak buat macam mana dah keturunannya pelbagai dan perangainya pun aneka. Begitulah jadinya. Berduit dan berpangkat pula, jadi apa yang dibuat pun boleh semahu mereka sahaja. Nak kahwin artis ke, nak simpan perempuan ke atau nak berbelanja berjuta-juta duit rakyat ke, siapa pun tidak boleh mempersoalkan.

Cerita orang biasa yang mahu berkahwin kerabat diraja pun kedengaran normal di kalangan kita hari ini. Tentunya setiap wanita biasa banyak yang mengimpikan berkahwin dengan anak raja hanya kerana mahu menaikkan martabat, berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan golongan kerabat. Mahu digelar Tuanku atau Permaisuri atau Che Engku dan Puteri. Sampai sesetengahnya sanggup menjadi isteri kedua atau gundik dalam bahasa lamanya. Ada pula yang sanggup dimadukan dan tahu bahawa suaminya yang berdarah raja itu ada menyimpan isteri kedua… ketiga… keempat sampai ke berapa pun tak tahu, hanya kerana mahukan wang ringgit dan darjat.

Lama jugalah saya tak dengar cerita daripada Norma, sumber cerita-cerita sensasi di kalangan kerabat diraja dan society. Tapi baru-baru ini telefon pintar saya berbunyi kuat waktu tengah hari dalam minggu pertama bulan puasa. Lama pula tu, tak berhenti-henti. Saya di tingkat atas rumah jadi nak berkejar turun tu lama lah sikit. Tapi telefon pintar saya tak berhenti-henti berbunyi. Penting sangat bunyinya. Bila saya menjawab, “Hello.” “Kau ke mana? Mengapa tak berjawab-jawab telefon kau ni?” cemas sangat bunyinya suara Norma di hujung talian. “Tak ada ke mana-mana pun Ma… aku di tingkat atas. Apa yang cemas sangat ni? Macam tak sabar-sabar sangat kau nak bercerita ni,” aku menjawab.

“Ya Allah aku ada cerita panas ni. Kau lah orang pertama yang aku call,” biarpun sebenarnya saya tak percaya langsung dengan kata-kata Norma tu. Saya roll eyes dan berkata dalam hati, “Ya ya lah kau tu Ma… Dah 10 orang kau bercerita agaknya.” Norma pun berceritalah panjang tentang seorang puteri ni yang dikatakan sedang dalam proses bercerai. Saya pun peliklah sebab tak ada pula terdengar berita puteri ini tak bahagia dengan suaminya. Diperlihatkan kepada orang ramai melalu laman media sosial bahawa mereka suami isteri bahagia sangat. Walaupun banyak orang tahu kebiasaanlah kalau suami kaya dan berpangkat pasti akan ada perempuan simpanan. Tapi yang saya tahu puteri ini memang tak kisah walaupun suaminya berperempuan simpanan. Asalkan dia boleh terus-terusan membeli barang-barang berjenama kesukaannya, berumah di Paris, Cuba dan pulau Cebu – biar sampai 10 pun perempuan simpanan suaminya dia tak ambil peduli. Baginya asal hidup dia dan anak-anak terpelihara, dia cukup bahagia.

Ceritanya kata Norma disampaikan oleh anak perempuannya Saleha. Dia ternampak post di media sosial seorang pereka fesyen tempatan yang menunjukkan rekaan selendang bersulam initial puteri ini. Dikatakan selendang ini akan dipakai puteri ini ke mahkamah syariah. Dan dari situlah tercetusnya cerita bahawa puteri ini akan bercerai dengan suaminya. Saya ini sebenarnya tidak pasti puteri mana yang dimaksudkan Norma. Yelah sebab yang kenal dengan mereka ini semua dia, saya ini hanya mendengar cerita daripada dia sahaja. Dalam pada dia cuba menerangkan kerabat raja mana datangnya puteri ini, dia bercerita, “Alah yang mak mertuanya pun itu wanita biasa. Tapi berkahwin dengan bapanya suami dia lalu menjadi Che Engku.”

Saya kebingungan, entah berapa banyak Che Engku yang ada sekarang ini dalam keluarga diraja Malaysia. Bersepah-sepah. Semua wanita biasa yang berkahwin anak raja dikuarniakan Che Engku. Memang saya tak tahulah yang mana satu. “Kau tahu cerita mak mertua dia ni menangkap bapa mertuanya itu pun sensasi dan hangat juga…” lagi saya terbingung. Belum lagi habis cerita yang tadi sudah ada cerita sensasi yang baru pula. “Apa dia ni ma… cerita kau bersimpang-siur. Yang mana satu sudahnya.” “Bukan, kau jangan keliru. Aku cuma nak kau tau keluarga diraja yang mana yang aku maksudkan ini.”

Che Engku ini tadi tanpa segan silunya menanggalkan semua pakaian pada tubuhnya. Tanpa seurat benang pun, dia terus terjun ke dalam kolam renang. Semua yang memandang tercengang.

Rupanya mak mertua puteri yang dimaksudkan Norma ini tadi rupanya sama perangai dengan puteri ini. Sasarannya ialah memang nak berkahwin dengan raja-raja supaya darjatnya dalam masyarakat terangkat secara automatis. Lalu setelah beberapa lama mencuba-cuba peluang pun datang kepada dia. Nak dikatakan dia itu susah tidak juga. Asalnya dia daripada keluarga yang ada-ada. Bapanya datuk dan dia juga lama berusaha mendaki tingkat kerjaya sampai menjadi Pengarah Perhubungan Awam di salah sebuah bank di ibu kota. Kiranya kalau saya lah yang punya pangkat sebegitu sudah cukup berterima kasih dan tak perlu lagilah nak lebih kaya. Asalkan hidup saya serba cukup dan boleh membeli helaian-helaian kegemaran dan kadangkala ke luar negara berpergian, bagi saya itu kehidupan sempurna.

Tapi biasalah manusia ada yang tidak mahu settle dengan status yang begitu sahaja. Termasuklah Che Engku ini tadi. Cita-citanya ialah mahu menjadi permaisuri yang hanya bersemayam di takhta sahaja. Tak mahu lagi kerja makan gaji. Dan berpeluh bekerja keras kerana mahu kehidupan sempurna. Dapatlah dia satu hari undangan ke parti hari jadi Tengku salah satu negeri. Katanya dalam hati, “Nah inilah dia peluang aku mahu jadi permaisuri. Aku akan buka langkah malam ini dan aku akan pastikan dia masuk perangkap.” Kebetulan Tengku itu pula sudah beberapa tahun menduda. Nasib juga tidak merampas daripada isteri Tengku. Lebih buruklah reputasi dia kalau begitu kan.

“Kau tahulah parti-parti Tengku ni, kadang-kadang boleh bertukar liar dan menjadi-jadi. Apa lagi bila semua dah mabuk dan tak sedarkan diri,” cerita Norma. Dikatakan pada pertengahan majlis, Tengku ini sengaja mengumumkan, “I will marry the girl who dares to take my challenge…” Apakah cabarannya? Banyak yang tertanya-tanya. “Wanita mana yang berani menanggalkan kesemua pakaiannya dan terjun ke dalam kolam renang, beta akan kahwini dia.”

Dah pabila cita-cita dan kehendak diri menguasai, semua batasan luruh dan terhapuslah maruah diri, nak nak pula pabila alkohol dan mempengaruhi. “Che Engku ini tadi tanpa segan silunya menanggalkan semua pakaian pada tubuhnya. Tanpa seurat benang pun, dia terus terjun ke dalam kolam renang. Semua yang memandang tercengang. Tak kurang ada yang bersorak ria dengan keberanian Che Engku ini tadi.” “Kau biar betul Ma…” tanya saya tak percaya. “Memang itulah yang dilakukannya dan bukan seorang dua yang bercerita. Banyak tetamu malam itu sampai hari ini masih bercerita tentangnya.”

Che Engku dikatakan tak keluar dari istana itu sampailah esok pagi. Walaupun semua tetamu sudah meninggalkan majlis. Mereka tidak berkahwin segera-segera selepas peristiwa telanjang dan terjun ke dalam kolam renang itu. Tapi tak lama selepas itu, memang wanita ini tadi diwartakan sebagai Che Engku, suri kepada Tengku itu. Kata Norma, yang bezanya antara mak mertua dan puteri ini ialah Che Engku kekal berkahwin sampai Tengku itu mangkat. Tetapi puteri ini nampaknya tidak mampu mempertahankan perkahwinannya dengan anak raja ini sampai bercerai mati.

Walaupun dia dapat menerima sikap mata keranjang suami, biasalah anak raja ada-ada sahaja yang mahu dibuktikannya biarpun sampai menceraikan isteri dan berkahwin baru biarpun rumah tangga itu tak ada cacat celanya. Tapi memang begitulah ada berkahwin anak raja. Kamu takkan menjadi diri kamu sendiri lagi. Semua gerak-geri diperhatikan dan menjadi tatapan. Kekangan istana harus dipatuhi dan sikap suami biar baik apalagi yang buruk harus diterima dan ditelan sahaja. Biar pedih mencengkam dan menghiris sanubari. Kerana mahu mempertahankan darjat dan kekayaan saya tahu banyak yang sanggup mendepani. Cuma bagi saya sayang kerana apakah darjat dan kekayaan itu bisa mengganti kebebasan diri yang kamu tak punya lagi.

Sampai ke sudah saya tak pasti puteri dan Che Engku yang mana Norma maksudkan yang saya mampu hanya simpati dengan kedua-dua wanita ini. “Oklah sampai nanti kalau ada cerita panas, aku call kau lagi…” Norma mengakhiri perbualan kami.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE