SEARCH

#INSTAGRAMERWELOVE Seni Fotografi Anep Zali

#INSTAGRAMERWELOVE Seni Fotografi Anep Zali

Instagram adalah medan pengumpulan gambar-gambar secara dalam talian. Begitulah misi asasnya tapi perkongsian bagaimakah yang kita mahu? #InstagramerWeLove kali ini kita selongkar akaun milik Anep Zali, Pengasas Kampong Traveller yang gemar berkongsi foto-foto sepanjang dia melancong. Selain gambar-gambar pemandangan dan dirinya, saya gemar Anep mengambil gambar potret orang tempatan yang kita sendiri dapat membayangkan emosi mereka, penuh warna-warni. Sedikit temu bual bersama Anep dan marilah kita hayati apa yang dia berjaya potretkan.

Apa yang membuatkan kamu gemar dengan fotografi?
Mengembara dan fotografi sememangnya dua aktiviti yang saya minati sejak dulu lagi. Ditambah pula merakam kenangan sepanjang penerokaan budaya baru di sesebuah negara. Selain itu, melihat alam semula jadi yang berbeza. Tambahan lagi, saya dapat mengumpul pengalaman travel untuk dikongsikan buat tatapan semua di akaun Instagram peribadi saya.

Your speed doesn't matter , forward is forward ! #workcation

A post shared by founder of kampongtraveller (@anepzali) on

Gambar-gambar yang bagaimana kamu suka ambil?
Jika melancong saya lebih suka ke tempat yang kaya dengan alam semula jadi seperti gunung-ganang, air terjun, lautan dan alam. Lebih-lebih lagi melihat budaya berbeza di negara itu. Saya gemar merakam gambar-gambar landskap yang mampu memaparkan pemandangan yang terbentang luas atau gambar yang boleh memberi impak terhadap perubahan alam sekitar. Justeru itu, saya mengambil gambar landskap yang cantik tapi untuk mendapatkan momen cantik itu kadang kala memakan masa yang lama. I wait for the right time to capture that perfect moment because I love nature!

Life is exactly what you want it to be…mines just one big adventure. ✨ #kampongtraveller #travel #london

A post shared by founder of kampongtraveller (@anepzali) on

Gambar di atas boleh dikatakan Perfect Timing hadir seekor rusa liar di Richmond Park Barat London di bawah rimbunan daun cukup mempesonakan. Suntingan Grey diberikan pada gambar untuk menaikkan mood misteri, sendirian dan samar-samar.

Siapa ambilkan gambar Anep Zali jika mengembara berseorangan?
Kadang-kala saya minta tolong orang tempatan yang berada di situ. Meet the local dan jadikan sebagai kawan.

Suntingan gambar
Selalunya saya guna Lightroom. Kebanyakan gambar-gambar Instagram saya hanya disunting melalui telefon pintar sahaja.

Gambar dua alam. Daratan dan di bawah air. Namun, efek gambar kekal jelas di kedua-dua alam ini.

Life has dark moments. But sometimes we need to be in the darkness to see the light. ✌🏻️

A post shared by founder of kampongtraveller (@anepzali) on

Anep juga berkongsi video-video percutiannya di akaun YouTube milik Kampong Traveller . Mungkin banyak lagi video menarik akan dikongsikan untuk kita turut sama meneroka dunia. Maka Hayatilah perkongsian ini.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE