SEARCH

#throwback Gaya-gaya WO|MAN Of Stail Dalam Blackbarrett & DKNY Di #stailMY1 Relaunch Party!

#throwback Gaya-gaya WO|MAN Of Stail Dalam Blackbarrett & DKNY Di #stailMY1 Relaunch Party!

stail.my-relaunch-club21-2-stailMY

Belum habis lagi kami bercakap fasal Stail.MY atau #stailMY1 Relaunch Party yang berlangsung pada hujung bulan Mei yang lepas. Marini’s On 57 di KLCC menyuasanai parti besar-besaran ini dengan kehadiran juga kemunculan nama-nama besar daripada industri hiburan tanah air sehinggalah individu-individu bidang fesyen. Semuanya datang bersiap dalam persalinan terhebat dan masing-masing bagai tak kalah bergaya. Persiapan barisan WO | MAN Of Stail – pengacara Ain Edruce, model Alicia Amin, pelakon Syazuwan Hassan dan Fahad Iman, influencer Hafizuddin Ibrahim dan bintang media sosial Yusof Hashim (Ucop) – kesemuanya digayakan dalam helaian-helaian jenama Club 21 musim bunga panas 2017. Ain dan Alicia didandani dalam DKNY manakala yang lelaki seperti Syazuwan, Fahad, Hafizuddin dan Ucop semuanya menggayakan Blackbarrett. Tak ketinggalan juga hos malam itu, Bernie Chan yang turut menata dirinya dalam blaus DKNY. Thanks to Club 21 Malaysia, they all looked fabulous and stylish! 

Tonton video di sebalik tabir (video di bawah sekali) sepanjang persediaan WO | MAN Of Stail di Hotel Mandarin Oriental. Dan saksikan transformasi mereka semua dalam penggayaan dan bagaimana mereka stail-kan DKNY dan Blackbarrett sebelum bermulanya parti!

stail.my-relaunch-club21-3-stailMY

Ain dan Alicia cantik! Masing-masing dalam baju panas dan dress berhud daripada DKNY

stail.my-relaunch-club21-4-stailMY

Fahad bersahaja dalam baju panas, kemeja dan sweatpants Blackbarrett.

stail.my-relaunch-club21-5-stailMY

Sajak! Hafizuddin memilih jaket bomber dan jean Blackbarrett malam itu.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE