SEARCH

Uniqlo Is LifeWear: Koleksi Musim Luruh 2017 Mementingkan Helaian Yang Dipakai Hari-hari

Uniqlo Is LifeWear: Koleksi Musim Luruh 2017 Mementingkan Helaian Yang Dipakai Hari-hari

uniqloNY-6-stailMY

UNIQLO Lifewear musim luruh 2017 dipersembahkan di New York lewat April lalu. Mengapa New York dipilih? Kerana kota ini dirasakan paling sesuai dan menepati tema Lifewear itu sendiri. Kota ini melambangkan UNIQLO melalui keagungan budaya, fesyen gaya hidupnya yang pelbagai. New York juga sudah menjadi ‘kediaman’ jenama ini selama 10 tahun kini. Kerana itu juga media seluruh dunia diterbangkan ke kota yang sungguh happening ini untuk memahami konsep dan tema koleksi musim luruh 2017.

Lifewear difikirkan supaya menyediakan helaian-helaian yang bisa menjadikan kehidupan harian lebih baik dan selesa. Helaian-helaian ini membawa semangat dan nilai Jepun berkisar keringkasan, kualiti dan tahan lama – refleksi kepada komitmen UNIQLO kepada kesempurnaan dalam segala segi. Rekaan kepada fabrik, jahitan, potongan dan warna.

Lifewear juga dikhususkan kepada orang dan gaya hidup yang melambangkan kepercayaan UNIQLO bahawa individualiti itu hadir bukan daripada baju tetapi daripada pemakainya. Lebih banyak rekaan dicipta dan inovasi demi inovasi teknologi disuntik bagi memenuhi keperluan perubahan dunia hari ini.

Lifewear juga beraspirasi untuk menghasilkan helaian cemerlang dan berpatutan. Hasrat UNIQLO agar penduduk dunia bisa mengalami dan seronok memakai helaian hebat.

uniqloNY-2-stailMY

HANA TAJIMA FOR UNIQLO

Masih berinspirasi sculptural drapes dan lipatan, stail kontemporari Hana Tajima for UNIQLO membawa keriangan dan elegan pada helaian hari-hari. Musim ini memperkenalkan material tekstur original seperti tweed selain rekaan baru termasuk kot labuh berpinggang. Palet warna yang dipilih pula membenarkan penggayaan satu ton selain pilihan lain yang boleh digunakan sepanjang musim.

uniqloNY-3-stailMY

INES DE LA FRESSANGE

Kolaborasi yang masuk musim kelapan ini menyaksikan tambahan helaian lelaki. Masih kekal dengan tema Parisian chic kali ini pasangan boleh sama-sama memadankan look secara stylish. Yang baru musim ini ialah sports knits dalam gaya vintaj dan sweater-sweater Nordic. Rangkaian kali ini juga menambah potongan baru termasuk kot-kot mod stail militari, kot duffle dan blouson fleece.

uniqloNY-4-stailMY
Kolaborasi seterusnya Ogos nanti bersama pereka London JW Anderson

 

uniqloNY-5-stailMY

KNITS

Helain cashmere, merino dan lamb wool UNIQLO telah menjadi essential kepada pelanggan jenama ini. Mereka sentiasa mencari sumber rare wool hinggalah memastikan proses advanced, dyeing, spinning, knitting dan kemasan agar harga berpatutan. Pada 2016, UNIQLO melancarkan kerjasama digelar INNOVATION FACTORY dengan Shima Seiki Manufacturing, mesin produksi mengait teknologi Jepun bagi membangunkan dan menghasilkan knits. Musim luruh ini turut memasukkan seamless 3D U-Knits dari INNOVATION FACTORY.

uniqloNY-7-stailMY
UNIQLO meraikan kehidupan hari-hari

 

uniqloNY-8-stailMY
Uniqlo U ilham Christophe Lemaire masih kekal stailish

 

uniqloNY-9-stailMY

DENIM

Jean sinonim sebagai helaian utilitarian original sebahagian daripada landskap budaya – dari muzik dan seni hingga sukan dicintai seluruh dunia. UNIQLO menggunakan inovasi teknologi kepada jean bagi mencipta rekaan stylish dan selesa.

PILIHAN STAIL.MY

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE