SEARCH

Nak Jadi KOL Sangat: Sampai Sanggup Beli Followers Ke Dik?

Nak Jadi KOL Sangat: Sampai Sanggup Beli Followers Ke Dik?

Crowd Art Print by Berit Lysdal Baerentsen

beli followers

Trend KOL (Key Opinion Leader) ini semakin menjadi-jadi saya lihat di kalangan social media influencer. Masing-masing berlumba-lumba terkejar-kejar sesama sendiri mahu mengumpul followers yang banyak. Bukan itu sahaja, banyak juga yang berasa rendah diri atau insecure kalau like tak banyak. Sebenarnya trend ini sudah dua tiga tahun kebelakangan ini semakin menular. Tetapi awal tahun ini terutamanya banyak yang mengambil serius perihal menjadi KOL ini.

Saya sebenarnya tidaklah menyalahkan media sosial atau pengguna media sosial sahaja kerana penularan trend ini sebaliknya pemilik-pemilik jenama dan produk juga menyumbang kepada terjadinya hal ini merebak. Sejak awal tahun lagi banyak jenama yang mula sibuk mahu menggunakan KOL. Mereka sepertinya baru diperkenalkan kepada terma ini dan berlumba-lumba juga mahu menggunakan strategi KOL bagi melakukan dan meluaskan publisiti produk dan jenama mereka. Trend KOL yang sebelum ini dipegang oleh pemilik media dan medium cetak seperti akhbar dan majalah. Trend yang sebelum ini dimiliki oleh editor-editor dan wartawan. Namun kerana berkembangnya dunia digital dan media sosial, nampaknya pemilik jenama dan produk menyedari bahawa gelaran ini tidak lagi berada di tangan editor dan wartawan sebaliknya kepada sesiapa yang memiliki banyak followers di media sosial.

Ya, kesedaran jenama itu sudah lebih dipercayai diberi kepada social media influencers kerana jumlah pengikut yang mereka miliki. Maka ini menyumbang kepada terjadinya penyakit di kalangan pengguna media sosial untuk memiliki jumlah pengikut yang banyak. Mereka mahu menjadi KOL yang diberi perhatian oleh pemilik jenama. Ya siapa tidak mahu. Ada sesetengahnya yang diberi produk tak henti oleh jenama untuk direviu. Ada sesetengahnya yang dibayar pula untuk membuat reviu. Ada yang diundang menghadiri pelancaran produk waima dalam atau luar negara. Ada pula yang diundang sekadar menghadiri pelancaran hanya semata-mata untuk merasai kehadiran mereka barang sejam dua.

Siapa tak mahu kehidupan sebegini. Dilayan bak selebriti, diberi kepercayaan, diberi pengiktirafan yang didambakan banyak orang dan diberi perhatian yang dimaukan. Maka semakin banyaklah orang yang mahu menjadi KOL. Kerana memaukan kehidupan bak selebriti. Mau diberi perhatian dan mau pandangan mereka didengari. Jadi banyaklah yang memilih membeli followers malah ada juga yang membeli likes kerana mahu tampil penting dan diberi perhatian banyak orang. Sibuklah orang mencari followers sana sini, berusaha bersungguh-sungguh tapi yang paling senang #belijelah.

Kesian juga dunia hari ini. Dalam dunia digital yang semakin menguasai, ini pula masalah yang timbul. Masalah di mana setiap orang dambakan perhatian dan mahu membuat kerjaya daripada jumlah followers dan likes.

Bagaimana pula kita tahu yang sesetengah orang membeli followersnya? Ha… begitulah kalau sudah setiap hari berurusan dengan dunia media sosial, rugilah kalau kita tak belajar satu atau dua perkara tentang dunia ini. Kata Max Martinez, Pengarah Urusan Venture Capital di General American Capital Partners, “Selalunya peratusan like berbanding followers ialah 1.5 hingga 3 peratus. Biarpun dengan sistem IG yang berlandaskan algorithm. Seandainya tak sampai atau terlalu jauh daripada peratusan ini, ada kemungkinan followers mereka itu fake/ ghost. Yang tidak engage dengan kandungan page kamu.” Ini bermakna jumlah like berbanding follower ialah 3 hingga 5 like untuk 100 followers. Kata Martinez lagi kalau mencapai 10 hingga 20 peratus adalah sesuatu yang luar biasa.

Kesian juga dunia hari ini. Dalam dunia digital yang semakin menguasai, ini pula masalah yang timbul. Masalah di mana setiap orang dambakan perhatian dan mahu membuat kerjaya daripada jumlah followers dan likes. Data daripada AdEspresso pada 2016 yang saya baca, followers boleh dibeli pada harga $2.95 untuk 100 followers dan $250 untuk 50,000 followers. Kerana itu jika kamu perasan juga, ada antara post pemegang akaun IG yang mendapat likes cepat, 500 – 1000 likes dalam masa lima minit selepas memuat turun gambar. Tetapi selepas 24 jam, jumlah likes nya hanyalah 1200 secara general. Ini pula tanda-tanda bahawa pemilik akaun IG itu membeli likes nya.

Ashley Hargrove yang menulis untuk laman web Dressed to Kill Austin, “Mereka yang membeli likes ini mahu nampak cool di kalangan teman-teman.” Saya setuju sangat dengan kenyataan Hargrove ini kerana itulah yang dimahukan banyak orang. Mahu nampak cool dan mahu orang dambakan kehadiran dan perhubungan dengan mereka misalnya. Sepertinya tersekat dalam zaman high school. Di mana yang penting ialah ‘who do you hang out with’, ‘are you friends with them’ atau ‘we must make sure they wanna be like us’. Cuma sekarang kenyataan-kenyataan ini telah berubah kepada ‘how many followers do you have’, ‘you’ve got so many likes from that post right’ atau ‘ohhh this person follows you on IG’.

Walaupun sebenarnya jika direnung-renungkan kembali, apalah yang penting sangat hal-hal followers dan like ini? Sedangkan bagi saya yang lebih penting dalam dunia ini ialah pekerjaan yang kita buat sehari-hari demi mencari rezeki untuk melangsungkan hidup. Sikap kamu dalam menjalankan kehidupan seharian. Hubungan kamu dengan insan-insan sekeliling. Layanan kamu terhadap ibu bapa kamu dan adik-beradik. Sumbangan kamu terhadap masyarakat. Perbuatan baik kamu dengan komuniti. Ini semua elemen-elemen yang semakin dilupai hari ini kerana terlalu mengejar populariti dalam laman media sosial.

Pada saya peningkatan organik dalam media sosial dan dunia digital akan lebih memberi impak dan hasil jangka masa panjang. Cara ini lebih sahih. Kalau kamu dapat mengumpul followers dan likes kerana banyak orang suka dengan sikap semulajadi kamu yang baik dan disenangi itulah yang lebih baik. Ini bermakna kamu mengumpul peminat dan likes kerana kamu benar-benar disukai dan diminati atas sebab yang sah. Mungkin good look is an exception. Yang ini mungkin perlu dikupas dalam rencananya sendiri nanti. Jadi dalam kamu menjadi pengguna media sosial dan digital itu, fikirlah sendiri ke manakah hala tuju kamu dan apakah sahih arah tuju mu itu.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE