SEARCH

#stailMY1 Relaunch Party: Parti Hebat Di Kaki Awan

#stailMY1 Relaunch Party: Parti Hebat Di Kaki Awan

STAIL.MY menginjak usia satu tahun. Semalam, kami tebarkan cahaya merah ke seluruh kota Kuala Lumpur dengan kehangatan parti ulang tahun #stailmy1 yang dinanti-nantikan klien, selebriti, Key Opinion Leader (KOL), pembaca yang menyokong kami sejak wujudnya portal ini. Biar bulan menjadi saksi, kehangatan malam parti bermula sejak siang hari. Kami mengadakan Exclusive Luncheon bersama klien dan KOL yang terdiri daripada Faiz Hak, Yusof Hashim (Usop), Kenny Roland dan Hazwan Yazit di Restoran Marble 8 Menara 3 KLCC. Meja diatur rapi, photowall merah menyuntik vibe STAIL.MY di sudut hadapan restoran, dekorasi meja dengan rimbunan bunga segar daripada Armani Fiori juga peranti Lenovo Yoga Tablet 2 yang memberi kemudahan langsung buat tetamu melayari portal STAIL.MY. Ia ringan dan sensitif dengan sentuhan.

#stailmy1

#stailmy1

#stailmy1

Luncheon-11-stailMY

Acara Bermula

Michael von Schlippe, Pengasas Indochine Media Ventures (IMV) membuka bicara dengan keterujaannya berkolaborasi bersama STAIL.MY dan mempercayai portal yang berkiblatkan stail, kecantikan, gaya hidup dan budaya dalam Bahasa Malaysia ini mampu memberikaan idea-idea segar dan senantiasa berbeza daripada lambakan website tempatan lain. Sebagai apresiasi kami juga memperkenalkan semula portal ini kepada klien dengan visi yang lebih segar serta mampan daripada pembentangan Azreezal Hafidz, Co-founder STAIL.MY. Diselangi pembentangan informatif lebih mendalam mengenai trafik, sasaran pembaca dan jualan daripada Rachel Chong, Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran.

Marble 8 tingkat 56 menghidangkan menu terbaik sepanjang Exclusive Luncheon antara menu yang dihidangkan adalah Marble 8 Salad, Braised Wagyu Beef Cheeks, Roasted Salmon, Panna Cotta Vanilla Flavor Flan dan Marble 8 Chocolate Praline.

Jam 4 Petang…

Tujuh selebriti/KOL yang kami senaraikan sebagai WO|MAN of STAIL.MY bersiap di hotel sambil dirakamkan gelagat mereka bersama pakaian daripada Club 21 Malaysia. Jurusolek UrbanDecay memenuhi ruang bilik hotel sambil menunggu ketibaan selebriti. Ain Edruce paling awal muncul dan kami siapkan persalinan, mekap serta rambut tajaan L’Oreal Professionnel. Nantikan video sebalik tabir sepanjang mereka bersiap pada entry akan datang.

Dan Parti #stailmy1 Pun Bermula…

Marini’s terletak di tingkat 57 di atas menara ke 3 KLCC menjadi lokasi malam parti berlangsung. Malam yang kami rancang menjadi parti ringkas bertukar gemilang dengan kehadiran tetamu jemputan daripada kalangan VVIP, selebriti papan atas serta tetamu undangan. Masing-masing tampil hebat dengan pilihan pakaian yang ringkas namun menangkap mata memandang. Lensa kamera editor fesyen kami tertumpu pada yang pakaian paling stailish.

Jam 7 malam mula dikunjungi tetamu awal yang tidak mahu ketinggalan sesaat pun. Barisan WO|MAN of STAIL.MY mula menaiki tingkat 57 tepat jam 8:15 malam. Lima minit selepas ketibaaan, Bernie Chan bertindak sebagai hos majlis mengalu-alukan kehadiran tetamu. Sorakan tetamu dari hujung ke hujung menyambut ucapan Michael Von Schlippe diikuti Azreezal Hafidz. Menariknya, tetamu memberi perhatian setiap bait kata pengarang hingga penyampaian cenderahati untuk WO|MAN of STAIL.MY. Tujuh daripada 10 orang dapat menghadirkan diri walaupun masing-masing subuk dengan kerjaya. Mereka ialah Ain Edruce, Hafizuddin Ibrahim, Syazuwan Hassan, Fahad Iman, Yusof Hashim, Alicia Amin dan Azira Syafinaz walaupun tiba sedikit lewat disebabkan ditindih jadual acara sebelumnya. Thank you for your time. Klip tarian mereka dimainkan satu persatu lantas dipanggil tampil ke pentas untuk menerima bunga daripada BloomThis. Makanan koktel ringkas yang dipilih sesuai dengan acara malam tadi antara yang ditampilkan adalah Bruschetta, Chicken Tart, Egg Frittata cukup marvelous dijamah tetamu untuk memberi sedikit tenaga sebelum berparti.

Suasana di #stailMY1 photobooth menjadi tarikan kerana penghasilan #ootd dengan efek slow-mo dengan tiga kamera pertama di Malaysia dibikin untuk acara dan dikongsikan sebagai kenangan tetamu yang hadir. Saya bakal kongsikan beberapa slow-mo dengan aksi terbaik pilihan Stail.My pada artikel akan datang.Hasil daripada gambar yang dimuat naik di Instagram dengan #stailmy1 boleh dicetak terus dariapda kiosk khas di hadapan pentas. Cukup teruja!

Walaupun parti disambung hingga lewat malam, tetamu tidak pulang dengan tangan kosong. Mereka turut dibekalkan cenderahati daripada L’Oreal Prefessionnel, wangian Karl Lagerfeld dan kad ucapan terima kasih daripada team STAIL.MY. Buat tetamu yang tidak berkesempatan untuk hadir, we’ll see you next time dan untuk pembaca setia STAIL.MY, terima kasih banyak-banyak. Kami akan pastikan entry yang lebih segar dan menarik untuk tatapan pembaca. Jumpa lagi!

Kami kongsikan gambar-gambar menarik sepanjang acara berlangsung semalam. Enjoy!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE