SEARCH

Andre Amir Tunjukkan Enam Gaya Dalam Satu Video Gerak Menarik Memakai Jam Tangan Ball Watch Edisi Terhad

Andre Amir Tunjukkan Enam Gaya Dalam Satu Video Gerak Menarik Memakai Jam Tangan Ball Watch Edisi Terhad

Ball Watch Engineer Master II Aviator warna hijau eksklusif yang kali pertama dibuat jenama ini membuatkan ia versatil untuk dipakai dalam apa jua situasi. Magisnya Ball Watch Engineer Master II Aviator meneruskan tradisi Ball Watch dengan penampilan nombor Arab highlight pada dial. Tiada masalah dilihat dalam keadaan terang mahupun apa jua situasi. Saksikan aksi gerak menarik Andre Amir dengan jam Ball Watch Engineer Master II Aviator dalam enam penampilan berbeza. Ia membuktikan bahawa jam tangan ini boleh disesuaikan pada apa juga majlis atau momen menarik hidup kamu.

10 Soalan Tentang Andre Amir & Ball Watch Engineer Master II Aviator Edisi Terhad

1. Apakah jenis jam yang kamu lebih gemari: sporty, klasik, bertatah berlian? Model bagaimanakah paling kamu suka dan mengapa?

Saya menggemari kesemuanya, tetapi semestinya yang terbaik adalah yang bersesuaian dipakai pada bila-bila masa sahaja.

2. Kamu wajah projek/kempen STAIL.MY X Ball Watch. Apakah ia punya makna tersendiri pada kamu?

Saya teruja berselang gembira apabila diberikan peluang sebegini kerana Ball Watch bukan sahaja melambangkan detik penting dalam hidup saya, malahan jenama ini sangat mencerminkan personaliti diri saya juga. Terima kasih kepada Ball dan juga STAIL.MY di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya.

3. An advertising usually tells a story. Apakah cerita di sebalik kempen ini?

To me, it’s all about freedom of movement. Dari siang ke malam, seharian hidup kita tak kira apa jua aktiviti kita lakukan, we have to be comfortable with ourselves.

4. Manakah watak yang terinspirasi kepada kamu?

Daripada pengayaan kasual ke sports, formal hingga ke acara rasmi di malam hari – semua karakter ini melambangkan diri saya yang sebenar. This is who I am.

5. Kamu sememangnya dikenali sebagai antara sosok yang berketerampilan cukup baik di mata followers kamu di laman sosial. Apakah yang memberi inspirasi kamu dalam dunia fesyen?

Oh, terima kasih! Saya memang mementingkan gaya sejak dahulu lagi. Selain daripada tugas saya sebagai seorang KOL, saya sudah 15 tahun berkhidmat sebagai Perunding Jenama Korporat. Jadi, tugas yang menjadi penyebab utama saya mula menjaga keterampilan diri sebab apa yang kita tampilkan kepada orang luar, ia menjadi jenama diri kita. Pada saya, fesyen adalah perolahan masa, namun gaya ataupun stail itulah yang mewakili diri kita. Inspirasi untuk stail dan fesyen itu ada di mana-mana dan berubah-ubah, tiada yang tepat, jadi saya mengambil sahaja apa yang sesuai untuk diri saya. Yang penting, kita pilih untuk menjadi diri sendiri dan bukan orang lain. Sama seperti misi Ball Watch – to be your best self.

6. How essential is being on time in your routine?

Dengan jadual saya yang padat, saya harus menepati masa kerana masa itu penting bagi saya dan kita perlu sentiasa move forward. Time waits for no man.

7. Bagaimana pengalaman sepanjang penggambaran hari ini?

It was fun! Berubah dari satu look ke look yang lain – tapi semuanya boleh dibuat dengan hanya satu jam tangan Ball Watch. That’s amazing! Mula-mula memang saya agak gementar, tapi tidak sangka semuanya berjalan dengan lancar. And you guys (STAIL.MY), memang the best!

8. Apakah aktiviti yang kamu suka lalukan pabila tidak bekerja? Apakah minat kamu?

Jadual saya sekarang amat padat. Mengimbangi di antara kerja di pejabat dan juga sebagai seorang KOL, dari satu acara ke acara yang lain. Most of my time, it’s all work. Jadi, apabila saya ada peluang – rehat adalah yang paling penting. Saya lebih gemar meluangkan masa di rumah menonton rancangan TV series terkini, antaranya Suits, Scandal, Supernatural (dan macam-macam lagi) dan yang paling best, anime jepun!

9. Apakah faktor yang membuatkan kamu menggemari model jam tangan edisi terhad ini?

Apa yang kamu lihat sepanjang penggambaran ini sememangnya jam kegemaran saya. Saya memang suka jam yang fleksibel. Sebab jadual saya sentiasa memerlukan saya ‘berkhidmat’ untul pelbagai kerja, aktiviti dan acara dalam seharian, jadi jam yang macam ni memang saya suka!

10. Apakah item gaya paling penting bagi Andre Amir yang membuatkan kamu kekok jika tidak memakainya?

Tidak kira fesyen apa pun, jam tangan dan bracelets adalah yang paling penting. Kalau tak memakainya, tangan saya berasa kosong… haha! Menariknya model Ball Watch ini ia didatangkan bersama tali getah berwarna hijau dan pembeli turut mendapat bracelet keluli untuk menukar gaya yang lebih formal atau ke acara yang bersesuaian.

Video Di Sebalik Tabir Pengambaran “Satu Jam Enam Gaya” Andre Amir & Ball Watch

Jam Tangan : Ball Watch Engineer Master II Aviator Edisi Terhad
Gambar: Chuan Looi / Yipieyaya Studio
Suntingan Video: Merrissa Emelda
Model: Andre Amir
Grooming: Shahir Sabri
Penyelaras: Ryan Mohamad
Penata Gaya: Azreezal Hafidz

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE