Posted on March 31, 2020
Bagaimana pula impak COVID-19 ke atas industri fesyen lokal kita? Pandemik yang berhantaran, merosak sedunia ini memberi dampak ke atas kesihatan, sosial, ekonomi serta moral dan membunuh lapangan kerja global. Turut terkesan? Industri fesyen. Minggu fesyen dibatalkan, acara fesyen ternama seperti Met Gala ditangguh, penutupan beberapa butik – contohnya Levi’s dan NIKE yang sudah menutup rangkaian di China – dan seumpamanya.
Maha dahsyat. Ngeri rasa, kerana nasib kita seperti tergantung. Apakah akan selesai? Kembali jadi normal?
Menurut Omnilytics, Zara berdepan masalah penurunan jualan sebanyak 24 peratus dan penutupan lebih 3,700 butiknya. Capri Holdings, kompeni yang ‘menjaga’ jenama mewah seperti Versace dan Michael Kors, melihat penurunan jualan sebanyak 40 peratus. Dan Tapestry Inc, menjangkakan kerugian sebanyak 200 juta dolar… semuanya adalah impak COVID – 19 ini.
Apatah lagi kita sedunia ini tengah diperintahkan untuk berkurung selama sebulan atau lebih, pasti meninggalkan kesan mendalam terhadap industri fesyen. Kami di STAIL.MY teragak atau terfikir-fikir juga, bagaimana dengan jenama-jenama lokal kita, terutama sekali young brands? Bukan sahaja jenama fesyen, malah industri stylists, model serta fotografer lokal? Impak apa yang sedang berlaku ini ke atas komuniti seni kreatif kita dan bagaimana mereka menangani senario yang di luar jangkaan sebegini menjadi persoalannya.
Makanya, bersama-sama kami, tiga nama komuniti kreatif lokal – yakni pereka fesyen Afiq M, fotografer muda Azim Mahayuddin dan penata gaya Tym Fatimah – mengupas dengan lebih lanjut lagi tentang impak pandemik COVID – 19 ini terhadap lapangan kerja masing-masing.
BERSAMA PEREKA FESYEN AFIQ M
Sebagai salah seorang pereka fesyen muda juga pemilik jenama young brand, bagaimana kamu berhadapan dengan situasi sebegini?
Sejujurnya, sekarang memang agak payah. Impak COVID – 19 ini telah menjadi salah satu punca kepada penangguhan, produksi bergerak perlahan dan seumpamanya. Bukan jenama saya sahaja, malah saya rasa, hampir kebanyakan jenama fesyen. Baik lokal mahupun antarabangsa mengalami masalah ini. Oleh itu, kami cuba untuk bekerja setakat mana yang boleh atau mampu dan memastikan bisnes sentiasa berjalan sungguhpun dalam keadaan ‘berkurung’.
Tambahan pula, bidang kami ini bukan essential service, jadi memanglah dari segi kerja, ada sedikit kerumitan. But we’ll get through it. Kami faham dengan situasi ini dan buat masa sekarang, fokus kami adalah untuk mencocokkan diri dengan suasana bekerja sebegini. Duduk di rumah, tetapi cuba yang terbaik untuk meneruskan produksi serta bisnes dan menyiapkan custom order pelanggan-pelanggan.
Adakah ia telah menukar fokus bisnes kamu?
Ya. Bercakap fasal fokus, kami sekarang lebih tertumpu kepada jualan ready-to-wear di atas talian. Itu adalah salah satu langkah yang diambil buat sementara ini, untuk sustain bisnes kami.
Difahamkan tahun ini juga, himpunan Raya kamu adalah custom order. Boleh ceritakan sedikit tentang impak Covid-19 terhadap jenama-jenama yang memfokuskan custom order?
Kerana keadaan sebegini membataskan orang dari segala aspek. Misalnya, pelanggan-pelanggan tidak dapat hadir untuk consultation dan lantaran itu, akan meninggalkan kesan ke atas jualan. Ada juga yang tidak mahu lagi berbelanja lebih dan ada juga yang tidak mahu keluar berjumpa sesiapa pun, termasuklah pereka fesyen, kerana takut pada risiko yang ditanggung (social distancing).
Kami tidak menyalahkan apa-apa atau sesiapa pun, kerana kami sedar dengan situasi yang melanda kini. Memang sudah dijangka, keadaan sebegini lambat-laun akan berlaku juga. Cuma ada yang (jenama-jenama fesyen) seperti ‘terkejut’ dan tidak menduga sama sekali ia berlaku dengan cepat. Jadi, persediaannya tidak rapi jadi mereka tidak sempat memikirkan apakah strategi yang perlu diambil.
Bercakap fasal strategi, apakah strategi jenama Afiq M sekarang ini? Setelah berlakunya COVID – 19, perintah berkurung dan seumpamanya.
This situation made us re-think of our strategy. Apa yang boleh kami buat sekarang adalah kami membuat ramalan tentang perjalanan bisnes – contohnya, forecast our sales, berdasarkan jualan-jualan sebelum-sebelum ini. Ataupun monthly sales. Daripada situ, Insya Allah, ia boleh menampung bisnes kami. Kami perlu tanam sikap positif dan optimis, tetapi pada masa sama harus realistik juga. Harus tahu atau bersedia mendepani worst-case scenario. Contohnya, apa akan terjadi seandainya perintah berkurung ini dilanjutkan sehingga Hari Raya. So, we have to think of what can we do about it. Re-strategize.
Dari segi bekerja dari rumah pula, terutama sekali untuk lapangan kerja yang membabitkan produksi?
Alhamdulillah, kami tidak mempunyai isu dan komunikasi tidak terganggu. Barangkali kerana kami adalah pasukan yang kecil dan sudah memahami fiil masing-masing, jadi WFH bukan satu masalah.
Apakah yang telah dipelajari oleh kamu apabila berlakunya hal-hal seperti ini?
Saya bercakap dari aspek bisnes, ya. Saya rasa, pengajarannya adalah persediaan digital. Hal seperti ini membuatkan saya sudah berfikir tentang bagaimana untuk mengadaptasikan digital dengan bisnes custom order. Saya tahu rata-rata jenama antarabangsa sudah melaksanakan konsep ini, cuma saya mahu lebih master atau gilap lagi ilmu digital dengan bisnes custom order. Because digital really can help to sustain. And plus, digital is the future.
BERSAMA FOTOGRAFER AZIM MAHAYUDIN
Bagaimana pula bidang fotografi lokal? Lebih-lebih lagi mereka yang seperti kamu, fotografi muda yang sudah memiliki bisnes fotografi.
Alhamdulillah, dari segi emosi, tidak ada masalah. Kami sekarang kuarantin di tempat masing-masing. Ya, saya mengaku, dari segi bisnes dan kreatif, pandemik ini meninggalkan kesan. Seperti yang semua sedia maklum, semuanya kena dihentikan buat sementara waktu. Sudah tentulah bila bisnes tidak berjalan, maka tidak ada gambar yang perlu dihasilkan. Tambahan pula, agak mustahil untuk kami bekerja dari rumah. Terutama sekali kerja-kerja fotografi yang melibatkan klien. Melainkan kerja-kerja editing, touch-up atau grafik yang boleh disiapkan dari rumah.
Kami sekarang hanya mampu bersikap positif dan menaruh harapan untuk memastikan masalah pandemik ini berakhir. Itu yang penting sekarang ini. Bersama-sama memerangi krisis ini, agar semuanya kembali kepada sediakala. Insya Allah.
Oleh kerana tidak dapat menjalankan kerja-kerja studio, apakah yang menjadi fokus kamu sekarang sebagai seorang fotografer?
Saya sedang menumpukan perhatian ke atas kerja-kerja klien yang sudah booked jobs dengan saya sebelum-sebelum ini. Contohnya (seperti yang dinyatakan tadi), kerja-kerja mengedit dan seumpamanya. Buat masa ini, saya tidak berani lagi untuk mengambil apa-apa lagi tawaran baharu daripada klien kerana saya tidak mahu menanggung risiko. Apatah lagi dengan keadaan yang unpredictable sekarang. Kerana perkara sebegini akan menyebabkan kesukaran seperti penjadualan semula, susun semula penggambaran, pembatalan dan lain-lain lagi.
Pada pendapat kamu, bagaimana pula kesan isu pandemik ini terhadap komuniti kreatif muda yang lain? Contohnya, startup fashion brands, young make-up artists atau penata gaya yang baru hendak bermula.
Saya mengambil contoh beberapa rakan saya yang juga berada dalam lapangan kreatif lokal. Mereka adalah sekelompok anak-anak muda yang kiranya baru-baru hendak berjinak. Sudah tentu keadaan ini agak perit dan memaksa mereka untuk berhadapan dengan masalah – tidak ada jobs dan tidak ada klien. Dan smaller businesses pun terkena tempias. Sedih bila mengenangkan ini yang terjadi sekarang, kerana ia ‘mengacau’ pintu rezeki masing-masing.
Ada jenama-jenama fesyen yang terpaksa menangguh atau membatalkan perancangan mereka untuk mengeluarkan himpunan Raya tahun ini. Yang akhirnya, mengambil keputusan untuk ‘carry forward’ himpunan tersebut ke tahun hadapan. Disebabkan produksi berhenti seketika. Jadi, kesannya ke atas penata gaya, artis mekap serta model yang tidak dapat any bookings. Sama nasibnya dengan fotografer. Namun, itulah… tidak ada apa-apa yang boleh dibuat sekarang pun. Dan, bayangkan big businesses pula? Yang barangkali ada lebih 50 atau 100 staf.
Jika berlakunya senario di mana tempoh kawalan ini dilanjutkan menjadi lebih lama?
Jika ini yang berlaku, saya perlu berbincang dengan team saya dan memikirkan apakah strategi yang perlu diambil, kemudian diubah untuk sustain bisnes kami. Jika kami perlu tukar modul dan ia benar-benar membantu bisnes, tidak ada salahnya.
Bercakap fasal strategi, sebagai usahawan dan fotografer muda, apakah perancangannya bagi memastikan bisnes tidak terganggu? Seandainya hal sebegini terjadi.
Sebagai pemilik bisnes fotografi, sudah tentulah saya kena ada pelan. Susun pelan A, pelan B, C dan D. Situasi saya sekarang adalah cukup sekadar memfokuskan klien yang sedia ada dan melengkapkan apa-apa yang perlu disiapkan. Satu lagi insiatif yang bakal dilaksanakan oleh saya adalah AM Studio Live – yang akan bermula esok di platform media sosial Instagram. Saya melihat potensi AM Studio Live tersebut, cuma masih belum merangkakan lagi bagaimana ia membantu dari segi kewangan. But, AM Studio Live could be an interesting platform.
Kerana banyak juga content creator sekarang, seperti BOF serta syarikat penerbitan majalah lain yang sudah berubah ke platform sebegini, bila terjadinya pandemik COVID–19. Tetapi belum ada lagi fotografer lokal yang mengusulkan idea yang sama. Jadi, saya mahu menjadi perintis kepada projek ini.
Tell us a bit about AM Studio Live. Apakah matlamatnya?
AM Studio Live menghimpun barisan-barisan kreatif lokal dan muda untuk kiranya, bersidang serta berbicara dengan pengikut-pengikut sedia ada, berkongsi cerita, idea, inspirasi dan seumpamanya. Barangkali ada juga yang berkongsi cerita peribadinya. Contohnya, menceritakan tentang permulaan karier sebagai pereka fesyen, seorang model atau penata gaya hijab. Antara yang terlibat (untuk sesi live pertama) adalah Bibo Aswan, di mana dia boleh mengupas kisah cita-citanya menjadi fotografer dan kepayahan yang dihadapinya sewaktu memulakan karier tersebut.
Saya melihat platform ini dapat mencorakkan sinergi dan kepositifan di kalangan komuniti kreatif kita. Niat saya bukan sahaja untuk mengait kerjasama, malah ia mampu menjadi ajaran kepada orang luar yang tidak tahu-menahu tentang industri fesyen, fotografi, kecantikan, modeling dan styling.
BERSAMA PENATA GAYA / PEREKA FESYEN TYM FATIMAH
Hai Tym! Sebagai seorang senior, apakah pula kesan situasi ini terhadap kelompok penata gaya? Terutama sekali, freelancers muda.
Kita semua tahu bukan, bahawa penata gaya kebanyakannya freelancers. Maka, penata gaya tidak bergaji tetap, tidak ada majikan dan bergantung kepada jobs yang ada. Jadi bila terjadinya pandemik COVID–19 yang menyebabkan kelangsungan perintah kawalan dilaksanakan, tentulah kesan ke atas penata gaya freelance agak mendalam. Tidak ada jobs dan kewangan pun sama-sama terganggu. Namun, kita faham dengan situasi yang dihadapi sekarang dan perlu menerima takdir ini. Apa yang penting adalah untuk membanteras pandemik ini terlebih dahulu. That’s our main goal now.
Dan saya tahu, malah perasan (menerusi media sosial) ada juga stylist muda-muda ini seperti terkial-kial dan tidak mampu menanggung keadaan ini. Faham, kerana kesannya dari segi kewangan. Pendek kata, mereka baru nak panaskan enjin, tiba-tiba kena shut down! Tetapi pesan saya, seperti dinyatakan tadi, kena belajar terima. Tidak semuanya berjalan seperti yang dirancang. Anggap ini sebagai satu ujian dan pengajaran. Oleh kerana kamu sudah mengalaminya sekarang, in the future, ia mengajar kamu untuk menjadi lebih matang lagi dalam menghadapi situasi sebegini. Seperti persediaan yang rapi atau buat simpanan kewangan yang secukupnya. Insya Allah.
Bagaimana kamu menghadapi situasi ini, dari segi emosi?
Alhamdulillah, saya tidak ada masalah pun. Saya tanam sikap positif dan optimis. Saya treat senario ini sebagai ‘waktu rehat’ saya. Kerana dua tiga tahun sebelum ini, saya terlampau sibuk bekerja. Boleh dikatakan tidak cukup rehat-lah. Jadi, bila terjadinya krisis ini, saya bertanggapan ia umpama satu ‘ajakan’ yang meminta saya untuk take a step back, relaks dan duduk di rumah untuk berehat sebaik-baiknya. Saya buang semua perasaan negatif.
Apakah strategi kamu, sebaik sahaja berlakunya pandemik ini yang meminta orang ramai berkurung dan tidak boleh buat apa-apa?
Kebetulan juga, jika kamu perasan, saya ‘memperlahankan sedikit’ karier saya dalam bidang penataan gaya. Lebih kurang dua bulan sebelum ini. Di mana saya lebih menjurus kepada menata gaya kempen-kempen jenama fesyen lokal. Semuanya kerana saya mahu menumpukan perhatian kepada bisnes jenama fesyen saya sendiri, yakni TymFatimah’s. Saya mahu menceburi sesuatu yang lain pula, walaupun sebenarnya sudah lama terlibat dengan bidang rekaan fesyen. Tetapi fokus kali ini lebih lagi daripada bidang penataan gaya.
Dengan adanya jenama fesyen ini, ia membantu saya untuk sustain. And that’s how I keep my business rolling. Dan yang mengejutkan, dalam keadaan perintah berkurung ini, masih ada lagi yang membeli baju-baju saya. Cuma… ya, saya sedar untuk awal-awal ini semuanya masih berjalan dengan lancar lagi. Saya tahu mungkin disebabkan lanjutan perintah kawalan ini, akan menganggu faktor kewangan dan orang pun tidak mahu berbelanja. Tambahan pula, produksi dihentikan seketika. Jadi, saya sudah menyusun rancangan untuk re-strategize – apa yang perlu saya buat, worst-case scenario jika tidak boleh restock dan tentang jaminan.
Bila kamu launch jenama ini?
Betul-betul sebelum kita diperintahkan kawalan pergerakan. Ketika itu saya agak risau juga untuk melancarkan jenama ini – yang diiringi gambar-gambar kempen sekali – pada masa berlakunya pandemik ini kerana saya memikirkan sensitivity orang. Tambahan lagi, saya fikir “Ada ke yang membeli? Lebih-lebih lagi tengah isu COVID ini.” Namun, Alhamdulillah, masih ada yang membeli dan menyokong bisnes saya. Sekurang-kurangnya, ia membantu saya untuk survive.
Apakah pesanan kamu kepada komuniti kreatif muda yang lain bila berhadapan dengan masalah sebegini?
Pesan saya, paling penting adalah kena ada simpanan! Kena beringat, walau apa pun. Jangan terlalu boros dan berbelanja lebih. Kerana, ya-lah, jika apa-apa yang terjadi di kemudian hari? Bagaimana? Dan sebagai orang kreatif, gunakan masa yang ada ini untuk menerokai bakat yang ada. Apakah kekuatan kamu, apa lagi yang boleh kamu buat atau kreativiti lain. Tidak semestinya styling sahaja. We are creative people, so don’t limit ourselves.
Apa pandangan anda?