Posted on August 26, 2023
SINAR MERDEKA MENERAWANG DI BINGKAI JENDELA 31 OGOS. MEMBUAI BENDERA, MENABURKAN RASA INDAH KENIKMATAN MALAYSIA YANG SUDAH LEBIH ENAM DASAWARSA KELUAR DARIPADA CENGKERAMAN SANG PENJAJAH. UNTUK MERAYAKAN MERDEKA MALAYSIA, KAMI DI STAIL.MY MENGHIMPUN LAPAN INDIVIDU YANG BERBEZA RUPA DAN LATAR BELAKANG. MENYENTUH SEDIKIT BICARA MEREKA TENTANG KONSEP ‘SE-MALAYSIA’, PERSELISIHAN FAHAM DAN HAL-HAL YANG MEMBANGKITKAN CINTA PADA MALAYSIA.
DHAN ILLIANI, Artis Pelbagai Disiplin & Artis Seni Persembahan
Sedikit sebanyak tentang latar belakang kamu.
Saya adalah seorang artis pelbagai disiplin dan artis seni persembahan di mana saya terbabit dalam hal-hal seperti pengkonsepan fotografi, instalasi seni serta pembikinan cereka pendek. Saya juga bekerja sebagai pereka fesyen yang mengkhusus menggabungkan fesyen dengan seni halus.
Apakah nama julukan kamu masa kecil dahulu?
Nama manja saya adalah ‘Anya’ atau ‘Niya’, yakni nama pendek yang dicedok daripada nama sebenar saya, ‘Dhaniya’. Saya tidak pasti daripada mana datangnya nama julukan tersebut. Terutama sekali di kalangan orang-orang yang rapat dengan saya… barangkali ia muncul menerusi perbualan kami dan mereka selesa meringkaskan nama saya darpada ‘Dhaniya’ kepada ‘Anya’ atau ‘Niya’. Haha!
Tanggapan salah orang lain fasal kamu.
Antaranya, orang selalu ingat saya seorang Eurasia atau Serani, the fact is I am not. Namun, jika saya ke luar negara, kerap kali juga orang membuat anggapan bahawa saya ini berasal dari Jepun. Mungkin mereka membuat tanggapan tersebut kerana melihat cara saya berpakaian.
Apakah perkara yang membuatkan kamu bangga menjadi anak Malaysia?
Secara peribadinya, menjadi anak Malaysia membenarkan kita untuk menjadi lebih fleksibel dan fluid. Kerana komuniti Malaysia bersifat kepelbagaian dari aspek budaya. Kita yang dilahirkan sebagai anak Malaysia memudahkan diri kita untuk mengasimilasi. Contohnya, tidak rumit untuk kita belajar bahkan menuturkan bahasa atau dialek bangsa lain. Seperti penggunaan ‘mah’ atau perkataan yang berhujung dengan ‘-lah’, yang dituturkan hampir setiap bangsa di Malaysia. Tidak kiralah siapa pun.
Seandainya diberi pilihan, dalam banyak-banyak negeri di Malaysia, kamu mahu menjadi negeri apa?
Jika diberi pilihan, saya mahu menjadi gabungan hibrid negeri Pulau Pinang and with a little bit of Kuala Lumpur. Kerana Penang adalah kampung halaman saya, manakala Kuala Lumpur adalah tempat saya dilahirkan serta dibesarkan.
Teks & Penata Gaya : Ardi Idewani Zaini
Pengarah Seni : Merrissa Emilda
Fotografer/Konsep : Azim Mahayudin
Video : Jordi Harris
Grooming : El Manda
Rambut : Amir Aiman
Pengurus Projek : Ija Rahman
Apa pandangan anda?