Posted on December 6, 2023
Fotografer : Azim Mahayudin Sitting Editor / Teks : Syafiqah Alkaf Penata Gaya : Ardi Idewani
Pengarah Seni : Merrissa Emilda Pengurus Projek : Ija Rahman Solekan: El Manda Zuhairy Dandanan rambut : Diya
Pakaian & Aksesori : Onitsuka Tiger, H&M & Kate Spade
Empat gadis berbeza latar belakang dan kepercayaan namun punya tekad serta cita-cita yang sama – disatukan sebagai Coex, singkatan kepada co-exist. Gadis Coex memikul harapan menggunung mahu membina kerjaya sebagai kumpulan M-Pop wanita yang serba boleh di persada seni tanah air.
Kian dikenali sejak menyertai Big Stage, Coex yang dianggotai Mikaela Qistina, Amylia Loh, Dalini Lorhendren dan Elysha Khan boleh dikatakan sudah mula mendapat tempat di hati peminat muzik tempatan. Single sulung mereka ‘Gimme That Crown’ juga menjadi siulan ramai. Bagaimanapun, perjalanan mereka masih jauh. Tekad dan azam yang tersemat di jiwa menjadi pembakar semangat untuk terus melakar sejarah tersendiri.
Cara Sendiri – Mempertahankan Identiti Diri
Tidak peduli akan kata-kata orang, gadis Coex mahu jujur pada diri sendiri dan bebas melakukan apa yang mereka mahu, tanpa campur tangan atau ‘suara-suara’ yang memaksa mereka untuk memuaskan hati orang lain. Mengakui berdepan tekanan sebagai girls group – terutama sekali daripada segi pakaian namun ia sedikit pun tidak mematahkan semangat mereka – Coex sedar dan tahu di mana batas yang perlu di jaga dan akan terus mengekalkan identiti mereka.
“As long as we stay true to ourselves, there will eventually be people who accept and love us for who we are”
Sering dibandingkan dengan nama besar seperti Dolla, Coex tidak pernah berkecil hati. Sebaliknya, mereka menganggap Dolla sebagai senior di dalam industri ini.
“Coex punya cara tersendiri, begitu juga Dolla. Malah, kami adalah peminat yang sentiasa gembira melihat perkembangan mereka”
Kelainan yang ingin Coex bawa ke industri muzik tanah air?
Kami datang dari latar berlakang yang berbeza namun satu tekad kami adalah untuk mengetengahkan elemen tradisional melalui instrumen muzik. Kami ingin selitkan elemen ini dengan sedikit sentuhan moden untuk kebanyakan projek kami kedepannya. Bahkan dalam ‘Gimme That Crown’ juga, kami gunakan seruling Cina pada latar muzik.
Sebenarnya, besar harapan kami untuk tidak sekadar menjunjung adat dan budaya tradisional melalui muzik sahaja. Tetapi kami juga ingin menerapkannya pada pakaian serta keseluruhan konsep yang kami ketengahkan. Sebab itu, pada minggu keenam Big Stage. ketika menyanyikan lagu ‘Selamat Jalan Romeo’ kami memilih untuk menyuntik sentuhan tradisional pada persalinan yang kami gayakan di atas pentas dan kami sangat-sangat gembira dengan keputusan tersebut.
Ceritakan lebih lanjut mengenai ‘Gimme That Crown’
Struktur untuk lagu ‘Gimme That Crown’ datangnya dari kami sendiri, kami berjumpa dengan Chris M. Yong dan terangkan kepada dia bagaimana rentak lagu yang kami mahu dan ia haruslah berkisahkan tentang pemerkasaan wanita. Selebihnya kami serahkan kepada barisan komposer serta penulis lirik hebat termasuk Melisa YC, Karen Yee, Asyraf Nasir dan Mel Ramlan untuk menyempurnakan ‘Gimme That Crown’ .
Sebaik sahaja kami dengar demo pertama, kami sangat sukakanya! Ianya sangat sempurna untuk diangkat sebagai single pertama kami.
Bagaimanana pengalaman menyertai Big Stage?
It was great! Pelbagai emosi dapat kami rasakan ketika bertanding di pentas Big Stage. Pengalaman di sana menjadikan kami lebih kuat untuk co-exist bersama mengharungi cabaran dan saat sukar bersaing di pentas besar itu.
Kami belajar banyak perkara baru melalui Big Stage dan pada kami kebanyakkan peluang yang hadir pada hari ini adalah kerana Big stage.
Ceritakan tentang sesi latihan yang kamu semua jalani?
Rutin latihan kami biasanya melibatkan sesi kardio selama satu jam. Kemudian kami akan belajar asas tarian selama satu jam lagi dan diikuti latihan koreografi. Sebelum ini kami harus berlatih hampir setiap hari sehingga lewat malam, tetapi sekarang sudah sedikit kurang.
Ketika kami mula-mula berlatih dulu agak sukar untuk kami menguasai sesebuah gerak tarian, ia mengambil masa dua-tiga bulan untuk kami benar-benar mengingati koreografi tersebut namun sekarang kami hanya perlu lebih kurang sebulan untuk hafal koreografi baru.
Bagaimana kalian menangani salah faham diantara satu sama lain?
Biasanya kami akan saling berkompromi, kami duduk berbincang dan tiada siapa boleh meninggalkan perbincangan tersebut sehinggalah kami mencapai kata sepakat. Sebaih sahaja selesai berbincang kami kembali ‘kosong-kosong’ dan tidak ambil hati dengan satu sama lain.
Di mana kalian lihat Coex dalam masa lima tahun akan datang?
Still together! Terus co-existing dan semoga kami dapat lancarkan lebih banyak lagu di masa hadapan. Jika dapat buat persembahan di luar negara, itu adalah sebuah kejayaan buat kami. Namun, apa yang penting adalah kami masih mampu untuk ‘stay true to ouselves‘.
Semoga juga dalam tempoh tersebut akan ada lebih banyak girls group memeriahkan industri muzik tanah air!
Sebagai figura yang dikenali, gadis Coex perlu sentiasa menjaga penampilan diri dan tampil segar dengan haruman kegemaran mereka. Kami sempat bertanya kepada Coex akan lebih lanjut tentang haruman pilihan mereka dari Trove -koleksi Etat libre de’Orange.
Ely – You Or Someone Like You
“Baunya sangat segar dan mahal! Malah, ia digambarkan sebagai haruman ‘Hollywood’ something new and different for me!”
Dals – La Fin Du Monde
“This one is my favourite because it has an effortless smell, haruman yang tidak terlalu try hard dan sesuai dengan personaliti diri saya”
Mikayla – She Was an Anomaly
“Jujurnya saya tidak begitu tahu tentang perfume namun sejak pertama kali saya bau haruman ini saya jatuh cinta dan rasa ia sesuai dengan kulit saya”
Amy – Yes I Do
“Ini haruman kegemaran saya kerana baunya sangat segar persis bunga, sempurna untuk kegunaan harian!”
Koleksi Etat libre de’Orange tersedia secara eksklusif di Trove, The Starhill, Kuala Lumpur, Pavillion, Damansara Heights dan akan datang di The Exchange TRX. Ikuti laman Instagram rasmi Trove di SINI.
Apa pandangan anda?