SEARCH

Kata Pengarang

Apakah Kita Hidup Dalam Dunia Yang Dahagakan Perhatian?

Kata Pengarang Rencana 4 December 2017 0 Comments

Saya duduk menghadap garis langit Tokyo menerusi tingkap besar di bilik hotel Capitol. Senja sedang melabuhkan tirainya. Malam bakal menjelma. Saya di sini memenuhi undangan persembahan Marc Jacobs koleksi musim bunga 2018 selain majlis Bookmarc di Omotesando. Saya tidak merenung kosong bangunan-bangunan pencakar langit Tokyo ini sebaliknya minda saya merewang jauh sehingga sampai ke isu yang saya mahu ketengahkan kali ini. Tentang perhatian yang didambakan sesetengah insan di dunia ini.

Ada banyak bangunan pencakar langit di Tokyo. Rata-rata direka sama dengan yang lain.

read more

The ‘Real Fake’: Realiti Dunia Media Sosial Hari Ini

Kata Pengarang Rencana 2 November 2017 0 Comments

Media sosial hari ini saya rasa terlalu menguasai dunia kita. Setiap setengah jam kalau tidak membuka aplikasi Instagram atau FB bagaikan tak lengkap masa yang berlalu. Sepertikan ketagih melihat foto orang di dua aplikasi ini. Atau mungkin mahu melihat engagement apa yang terbaru di laman Instagram atau FB sendiri. Itu tak termasuk lagi stalking – melihat apa yang teman-teman sedang buat atau aktiviti mereka yang kita follow.

Atau bukan itu sahaja, banyak juga yang menggunakan media sosial sebagai wadah untuk berniaga atau mengembangkan lagi jenama atau produk yang dibangunkan sendiri. Sewaktu di New York baru-baru ini saya sempat makan malam bersama model Malaysia…

read more

How Modern Is Modern? Sejauh Mana Kita Dapat Menerimanya

Kata Pengarang Rencana 27 September 2017 0 Comments

Waktu lapang saya kini lebih senang terisi dengan menonton Netflix. Alangkah mudahnya mendapat informasi dan ilmu selain keep up dengan segala program terkini di laman ini. Rancangannya pula bagus-bagus. Saya pasti sesiapa yang turut menonton, terperasan akan rancangan Black Mirror yang tersenarai dalam di Netflix. Rancangan ini memaparkan kemungkinan-kemungkinan yang bisa terjadi sekiranya kita membayangkan perkembangan teknologi yang semakin pesat hari ini.

Dalam espisod pertama musim ketiganya, menceritakan seorang wanita yang bekerjaya yang mahu membeli rumah baru. Zaman yang menjadi latar episod ini ialah zaman teknologi di mana…

read more

Sempena KLFW 2017 & Merdeka: Bebaskah Minda Pereka Fesyen Kita Berkarya?

Kata Pengarang Rencana 24 August 2017 0 Comments

Lelah juga rasanya pabila empat hari berkampung di Pavilion menghadiri Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2017. Saya harus menunjukkan sokongan terhadap teman-teman pereka yang rata-rata bertungkus-lumus menyiapkan koleksi untuk KLFWRTW 2017. Satu-satunya platform yang mengangkat karya-karya pereka fesyen tempatan untuk diketengahkan kepada masyarakat setempat juga Nusantara.

Setiap tahun juga saya meletakkan harapan kepada teman-teman pereka agar mereka dapat menghasilkan koleksi yang memberangsangkan, memberi inspirasi dan mempamerkan bakat dan kreativiti. Agar ada setitik cahaya di hujung jalan…

read more

Normal Is The New Avant Garde: Maknanya Basic Is In?

Kata Pengarang Rencana 25 July 2017 0 Comments

Bulan lalu sewaktu salah satu penggambaran yang kami laksanakan di Yipieyaya Studio, jurugambar Chuan Looi bertanya pada saya, “Mengapa you dah lama tak shoot gambar-gambar editorial hebat macam you di majalah lama dulu? Sekarang semua shoot you hanya biasa-biasa saja. Simple lighting, plain background dan padanan yang ringkas.” Saya terdiam juga sebenarnya. Terfikir sejenak sebab ada betul kata-katanya itu. “Hmmm… berdasarkan pemerhatian saya dengan keadaan sekeliling hari ini, sudah terlalu banyak yang mahu membuat penggayaan beria-ia. Solekan yang beran-beran hingga termuncullah rupa paras yang lain daripada yang original. Sehingga pabila sesiapa pun yang melihat sampai tak kenal lagi siapa yang mereka pandang itu.”

read more

Raya Lebih Moden & Seronok Tengok Kemeriahan Teman-teman Berniaga

Kata Pengarang Rencana 19 June 2017 0 Comments

Dulu-dulu waktu bekerja di tempat lama, antara banyak cerita yang saya dengar di kalangan teman-teman ialah tentang seorang model 90an yang stailnya tersekat dengan eranya. Bermakna stailnya itu kekal sama waktu zaman kegemilangannya di era 90an. Tak payah lah cakap fasal helaian yang dikenakan tetapi gayanya dikatakan masih lagi bertemakan 90an. Kemeja-kemeja Versace zaman Gianni masih dipakai bersama jean high waisted dan tali pinggang chain. Mungkin zaman kamu modeling dulu sesuailah kamu mengenakan helaian-helaian sebegini untuk penggambaran fashion spread tetapi kalau dah di zaman millennium…

read more

SUBSCRIBE