SEARCH

10 Perkara Tentang Mawarni, Si Ibu Dalam ‘Pengabdi Setan’

10 Perkara Tentang Mawarni, Si Ibu Dalam ‘Pengabdi Setan’

Suka atau tidak, “Pengabdi Setan” (2017) layak dinobatkan sebagai filem paling seram 2017. Mengalahkan “Annabelle” (2017) oleh James Wan (penerbit dan sutradara kelahiran Malaysia), Joko Anwar selaku sutradara pandai mengolah filem ini menjadi lebih seram dengan sentuhan angker Nusantara.

Walaupun terdapat banyak babak dan formulasi mencengkam dari “Insidious” (2010) dan “The Conjuring” (2013) dicedok oleh Joko Anwar (seperti set filem 80-an, piring hitam, hantu berkerudung, loceng, rumah usang di tengah hutan, adegan mengejut-ngejut), mungkin kerana faktor hantu-hantu dan momok itu yang lebih dekat dengan kehidupan dan budaya kita, membuatkan ‘Pengabdi Setan’ menjadi lebih seram.

Perkara-perkara seperti ilmu hitam, ajaran sesat, mayat yang bangkit dari kubur dan berlumuran tanah serta bermuka pucat dan dipenuhi ulat, masakan tidak menghantui tidur kamu? Jikalau dibanding hantu kita dengan hantu barat, jauh sekali beza seramnya.

MAWARNI PENGABDI SETAN AYU LAKSMI STAIL.MY 1

Melalui filem garapan Joko Anwar ini juga, watak Mawarni Suwono yang dimainkan oleh pelakon wanita bernama Ayu Laksmi, sangat membekas. Sampai-sampai menghantui fikiran penonton sesudah menonton ‘Pengabdi Setan’.

Mawarni Suwono atau hanya dengan panggilan “Ibu” digambarkan sebagai sosok wanita berambut panjang, berwajah pucat dengan cekung yang mengerikan. Memiliki rambut ikal nan indah, dia adalah bekas penyanyi wanita yang tersohor sebelum meninggal dunia akibat sakit tenat.

Namun, tahukah kamu kalau si pemain ‘Mawarni Suwono’ itu sebenarnya memang seorang seniwati dan penyanyi yang sangat jelita dari Bali?

MAWARNI PENGABDI SETAN AYU LAKSMI STAIL.MY 2

Baiklah, baca 10 perkara tentang Ayu Laksmi yang memegang peranan sebagai Mawarni Suwono, si ibu dalam filem ‘Pengabdi Setan’, seperti berikut:

 

MAWARNI PENGABDI SETAN AYU LAKSMI STAIL.MY 3
1 – berasal dari Bali dan beragama Hindu

Ayu Laksmi Lahir pada tanggal 25 November 1967 di Singaraja, Bali dengan nama penuh Gusti Ayu Laksmiyani. Puteri bongsu kepada pasangan Gusti Putu Wiryasutha dan Gusti Ayu Sri Haryati ini tidak pernah berhenti berseni. Ayu Laksmi aktif dalam bidang seni terutamanya seni suara sejak berusia empat tahun lagi. Dia dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang cintakan seni.

2 – Bermula sebagai penyanyi Rock

Dikenali sebagai Ratu Rock di era 80-an. Juga penyanyi Bali pertama yang berjaya menembusi industri muzik Indonesia. Pada 1991, dia melancarkan album pertama yang berjudul “Istana Yang Hilang”.

 

MAWARNI PENGABDI SETAN AYU LAKSMI STAIL.MY

3 –  Menggenggam Sarjana Perundangan

Ayu melanjutkan pengajian di Universitas Udayana dan bergraduasi dengan cemerlang pada 1993. Setelah tamat kuliah, dia mula mencipta muzik. Dia seorang penulis lagu, penyanyi, penyair dan penggiat teater, dalam masa sama sangat aktif dalam lapangan seni.

 4 – Menyanyi semula dengan sederhana.

Bermula semula dari bawah. Menyanyi dari kafe ke kafe, restoran dan bar muzik. Ayu juga sempat berpetualang sebagai penyanyi kaberet di kapal-kapal persiaran mancanegara. Menyanyi pula dalam bahasa Inggeris, Sepanyol dan Perancis.

 

MAWARNI PENGABDI SETAN AYU LAKSMI STAIL.MY 5

5 – Mula menyanyi tradisional

Pada 2004, Ayu Laksmi mula berkarya dalam warna yang sangat jauh berbeza dari muzik-muzik sebelumnya. Dia mula bergiat aktif dalam muzik tradisional Bali.

“Kenapa harus mencari Inspirasi dari budaya asing? Sementara budaya sendiri begitu kaya dan anugerah serta inspirasi yang besar daripada Sang Pencipta.” – Ayu Laksmi.

6 – Mahir dalam bahasa purba

Festival-festival seni dan muzik baik di dalam mahupun luar Bali sering menjemput Ayu Laksmi untuk membuat persembahan. Dia mahir Bahasa Kawi dan Sanskrit. Ayu menyanyikan “Kakawin” yang berusia ribuan tahun dari Kitab Wiwaha. Dinyanyikan kembali oleh Ayu dengan gaya kontemporari. Persembahan dia sering menakjubkan, di mana Ayu mampu mengolah vokal dan aksi panggung yang magis.

 

MAWARNI PENGABDI SETAN AYU LAKSMI STAIL.MY 6

7 – Svara Semesta

Kembara dari panggung ke panggung telah memberinya pelajaran yang berharga. Ayu Laksmi kembali melancarkan album “Svara Semesta” (2015) yang mencampur sari antara unsur tradisi dan kontemporari. Dia berharap agar karya-karyanya mampu mencipta harmoni dan menebar kebaikan dalam kehidupan manusia dan alam semesta.

 

8 – Syair, sajak dan pujangga

Syairnya kemas dalam lima bahasa. Terdiri dari Bahasa Indonesia, Sanskrit, Kawi, Bali dan Inggeris. Sebahagian besar karya berdasarkan ketuhanan dan rohani yang berkonsep Tri Hita Karana. Bercerita pula tentang hubungan cinta kasih antara manusia dengan manusia, manusia dengan semesta dan manusia dengan tuhan.

 

MAWARNI PENGABDI SETAN AYU LAKSMI STAIL.MY 7

9 – Mula bertapak dalam bidang lakonan

Berkesenian ibarat sebuah sajian. Seperti ajaran agama, Ayu menjadikan seni sebagai persembahan. Tak berhenti di lapangan seni suara, dia mula berlakon filem pertama bertajuk “Under The Tree” arahan sutradara ternama, Garin Nugroho. Ayu Laksmi turut tercalon dalam kategori ‘Pelakon Wanita Terbaik’ di Festival Filem Indonesia 2008.

 

MAWARNI PENGABDI SETAN AYU LAKSMI STAIL.MY 8

10 – “Mesti jadi setan dulu baru dapat penghargaan”

Ayu Laksmi juga vokal memberi pendapat. Di Festival Filem Tempo 2017 , Ayu lantang berkata “Jika saja saya tahu kalau saya terpilih saya akan memakai sepatu. Serius nih dewan jurinya (saya yang menang)?”

“Saya masih perlu banyak belajar dan tambah referensi, Abang Joko Anwar. Mesti jadi setan dulu baru dapat penghargaan,” akhiri Ayu Laksmi.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE