SEARCH

10 Buku Feminis Terbaik & Bernas Pilihan STAIL.MY

10 Buku Feminis Terbaik & Bernas Pilihan STAIL.MY

Jadi, kamu mahu menjadi seorang feminis? Kamu singgah ke ruang artikel yang tepat. Tiada yang lebih benar daripada mendapatkan ilmu, menceduk pengetahuan, menjadi berani dan terinspirasi melainkan membaca senaskah buku.

Tiap novel, buku, memoir dan koleksi karangan yang saya rangkumkan ini bakal membawa kamu ke satu dimensi buku yang bertahtakan penulisan yang cantik dan cerita-cerita yang cakna. Tulisan-tulisan ini memberi kamu cereka, riwayat hidup dan kebenaran dari ruang lingkup perjuangan wanita.

Tidak perlu menjadi seorang wanita untuk menjadi seorang feminis. Lelaki pun boleh bergelar feminis, asalkan tidak lah menjengkelkan di atas talian atau teriak-teriak sepanjang masa di laman media sosial. Asal kamu tahu, terdapat banyak faux-feminist di luar sana. Yang mengaku diri feminis namun merungut sepanjang masa, tanpa menyedia solusi yang bernas.

Sebelum kamu terhantuk, baik lah kiranya kamu terngadah dengan 10 buku feminis terbaik pilihan kami, seperti di bawah:

 

1 – SISTER OUTSIDER

ANDRE LORDE
Perkauman & Perjuangan
1984

Ini dia tulisan-tulisan bermutu daripada penulis merangkap penyair wanita berkulit hitam, Andre Lorde. Tiada isu yang terlalu besar, yang tidak boleh dirungkai oleh Lorde. Koleksi 15 karangan yang berkisar dalam kehidupan seharian dia seperti perkauman, sexism, kasta dan homofobia. Tidak berhenti di situ, Lorde menulis juga cara-cara mengatasinya secara cerdas.

 

 2 – THE HANDMAID’S TALE

MARGARET ATWOOD
Sains fiksyen
1985

Setelah AS diserang pengganas, satu organisasi keagamaan yang memanggil diri mereka sebagai ‘Gilead’ mengambil alih tampuk pemerintahan. Gilead memerintah secara teokrasi dan kuku besi. Semenjak itu lanskap politik US berubah dan hak asasi manusia seperti tidak pernah wujud lagi.

 

3 – THE BEAUTY MYTH

NAOMI WOLF
Kecantikan
1990

Naomi mengutarakan isu dan obsesi wanita terhadap kecantikan yang membinasakan. Dia menulis tentang harapan, inspirasi tentang kecantikan yang ideal. Jangan membenci diri sehingga sanggup bersusah payah menipu diri dengan menjadi individu lain demi mencari sekelumit tempat di hati masyarakat. Jadi lah diri sendiri. Buat kamu yang selalu mencari apa itu erti kecantikan, buku ini sesuai untuk kamu.

 

4 – FEMINISM IS FOR EVERYBODY

BELL HOOKS
Ideologi
2000

Dalam dunia moden hari ini, dakyah feminisme bermula dengan satu proklamsi ringkas:

“Letakkan feminism sebagai gerakan yang melawan sexism, berat sebelah, penjarahan dan penindasan jantina”.

 

5 – MY BRILLIANT FRIEND

ELENA FERRANTE
Persahabatan
2011

Kisah Elena (penulis) dan sahabat baik bernama Lila, lewat 1950-an. Umum mengetahui wanita di era ini sangat terbatas. Lila ialah segalanya yang Elena mahu jadi. Seorang yang cantik, rupawan, pintar dan pandai berdikari. Namun, Elana berkesempatan untuk keluar dari kampung halaman (sesuatu yang tidak dikecapi oleh Lila) dan berhijrah ke bandar untuk menjadi seorang wanita yang pemberani.

 

6 – WHY BE HAPPY WHEN YOU COULD BE NORMAL?

JEANETTE WINTERSON
Identiti
2013

Kisah seorang budak perempuan bernama Jeanette Winterson yang membesar dalam keluarga alim Kristian di England. Ia tentang agama dan orientasi. Tentang pengindustrian England (semasa itu), tentang mencari ibu kandung dan tentang penerimaan. Dengan garang dan tulisan yang mendayu, Jeanette menulis memori luka.

 

7 – BAD FEMINIST

ROXANE GAY
Inspirasi & Budaya
2014

Lucu, peribadi dan bijak, Roxane Gay menulis seperti kamu bercakap dengan rakan baik yang telah lama kamu kenal. Mengajar tentang bagaimana menghadapi serangan seksual kepada topik-topik budaya yang mungkin kamu tidak sedari berlaku di sekeliling kamu.

 

8 – THE BLOODY CHAMBER

ANGELA CARTER
Dongeng
2016

Koleksi cereka pendek yang memberi sentuhan moden pada hikayat-hikayat dongeng seperti ‘Beauty and The Beast’, ‘Red Riding Hood’ dan banyak lagi. Jika kamu peminat Disney, buku ini sesuai untuk kamu.

 

9 – ALL THE LIVES I WANT

ALANA MASSEY
Selebriti
2017

Koleksi karangan yang menjengah kisah-kisah figura wanita dalam budaya pop moden yang berjaya mempengaruhi masyarakat dan penulis secara peribadi. ‘All the Lives I Want’ membariskan selebriti Hollywood yang kita kenali, dari Scarlett Johansson hinggalah ke Anna Nicole Smith.

 

10 – ATTACK OF THE 50FT. WOMEN

CATHERINE MAYER
Politik
2017

Tiada satu pun negara di dunia yang benar-benar mencapai hak kesamaan jantina. DI US, pengundi memilih Donald Trump berbanding Hillary Clinton. Kurang daripada sembilan peratus pemimpin dunia datangnya dari golongan wanita. Walaupun ada tetapi tidak ramai dan tidak benar-benar berpengaruh seperti Markela Markel (Kaunselor Jerman).

Sehingga membawa kepada persoalan, “Apakah wanita harus membesar setinggi 50 kaki, barulah dianggap serius dan layak memimpin dunia? Persoalan ini menangkap perhatian jurnalis wanita bernama Catherine Mayer. Baca persoalan-persoalan bernas dan kupasan menarik dia dalam ‘Attack of the 50ft. Women’.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE