SEARCH

10 Buku Terbaik Untuk Dibaca Jika Kamu Seorang ‘Introvert’

10 Buku Terbaik Untuk Dibaca Jika Kamu Seorang ‘Introvert’
10 buku Introvert terbaik

Jika kamu seorang yang selesa menyendiri atau dengan nama psikologinya – introvert, kamu harus membaca senaskah buku yang senang di hati. Tanpa gangguan, tiada yang lebih menyenangkan daripada membaca sebuah buku yang mempunyai jalan cerita yang seolah-olah bercakap dengan kamu.

Jadi, saya senaraikan 10 naskah buku yang terbaik untuk dibaca jika kamu seorang introvert. Percayalah buku-buku ini bakal membawa kamu masuk ke dalam dunia ketenangan yang tersendiri, sesuatu yang dimahukan oleh setiap introvert, seperti di bawah:

1 – INTO THE WILD

Penulis: Jon Krakauer
Tema: Sosiologi

Sebuah kisah benar tentang lelaki muda bernama Christopher McCandless, yang mempunyai hasrat untuk melepaskan diri daripada jangkaan masyarakat dengan berhijrah ke dalam hutan belantara Alaska untuk memulakan kehidupan baru. Novel ini bercerita tentang ideologi ‘pengasingan’ dan tahap kemampanan manusia dalam keadaan ekstrem dan sosiologi yang kompleks.

2 – THE MARTIAN

Penulis: Andy Weir
Tema: Desolusi

Dalam versi filem, “The Martian” dimainkan oleh Matt Damon sebagai Mark Watney. Namun jika kamu membaca novel ini, kamu akan dapati yang watak Mark Watney ini lebih mendalam dan respon-respon dia terhadap kesunyian yang lebih menarik.

 

 

 

3 – WILD

Penulis: Cheryl Strayed
Tema: Kembara

Setiap introvert dapat mempertali dan mengaitkan kisah Cheryl Strayed ini dengan kehidupan. Kisah kembara solo dia yang meredah hutan sambil mendepani “syaitan dalaman” dirinya dalam novel yang seakan memoir bertajuk “Wild” ini.

 

 

 

 

4 – The Brief Wondrous Life of Oscar Wao

Penulis: Junot Díaz
Tema: Autobiografi

“The Brief and Wondrous Life Of Oscar Wao” mengandungi elemen-elemen magis dan realiti. Kisah cinta seorang budak lelaki obesiti yang berasal dari Republik Dominika yang membesar di New Jersey, Amerika. Seperti kisah-kisah fantasi rakyat yang sering dibaca, dia menyalahkan susur galur keturunan terhadap kegagalannya dalam bercinta.

5 – Never Let Me Go

Penulis: Kazuo Ishiguro
Tema: Persahabatan

Perwatakan Kathy dalam novel tulisan penulis Jepun ini sangat kontra dengan rakan baiknya, Ruth yang lebih berperwatakan ‘extrovert’ (lawan introvert). Namun perbezaan ini lah yang lebih mengeratkan dua sahabat itu.

 

 

 

 

6 – The Girl With The Dragon Tattoo

Penulis: Stieg Larsson

Tema: Perisikan

Sebuah lagi novel yang diangkat menjadi filem. Kisah protagonis yang bernama Lisbeth Salander (Rooney Mara), seorang penyiasat yang bersifat introvert. Dia bersama Mikael Blomkvist (Daniel Craig), seorang lagi penyiasat yang sedang menyiasat kes bunuh keluarga taikun industri berat, Henrik Vanger (Christopher Plummer).

7 – Perks of Being a Wallflower

Penulis: Stephen Chbosky
Tema: Cinta

Kisah cinta senyap, perhubungan yang kekok namun bijak tulisan novelis dan pengarah asal Pennsylvania, Amerika Syarikat ini sangat comel. Sampai-sampai “Perks of Being a Wallflower” diadaptasi menjadi filem dan diarahkan oleh Chbosky sendiri. Watak utama dipegang oleh Logan Lerman dan Emma Watson.

 

8 – The Monk Who Sold His Ferrari

Penulis: Robin Sharma
Tema: Motivasi

“The Monk Who Sold His Ferrari” adalah buku motivasi hasil nukilan Robin Sharma. Buku ini berdasarkan dua watak, Julian Mantle dan rakan baiknya, John. Julian menulis tentang pengalaman kerohaniannya selepas dia terpanggil untuk mengembara sehingga ke pergunungan Himalaya, Nepal selepas menjual rumah percutian dan Ferrari merah kesayangan.

9 – Walden

Penulis: Henry David Thoreau
Tema: Memoir

Walden berkisahkan tentang kehidupan Henry semasa kecil. Kehidupan dia yang membesar dalam sebuah kabin kecil di dalam hutan pine. Pandangan terhadap kehidupan moden kotaraya daripada dia, seorang yang membesar dari keluarga sederhana, bersifat lebih alami dan berjauhan dengan masyarakat.

 

 

10 – GONE GIRL

Penulis: Gillian Flynn
Tema: Psikologi

Versi novel dan filem saling tak tumpah kerana Gillian juga berperanan sebagai penulis lakon layar. Kisah perkahwinan Amy (Rosamund Pike) dan Nick Dunne (Ben Affleck) yang goyah setelah lima tahun mendirikan rumahtangga. Bagi yang belum menonton, cuba teka apa Amy sanggup lakukan demi menyelamatkan perkahwinan mereka? Yang pasti MINDBLOWING.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE