SEARCH

Sex! Scandal! & Boys! 10 Drama Remaja Terbaik Di Netflix

Sex! Scandal! & Boys! 10 Drama Remaja Terbaik Di Netflix

10 Drama Remaja Terbaik Di Netflix

On my Block 10 Drama Remaja Terbaik di Netflix
“Dalam kehidupan ini yang terindah, melalui usia remaja. Senda gurau suka duka, sering berganti. Meninggalkan kesan abadi” – FAUZIAH Ahmad Daud

Itu dia bait-bait dalam lagu nyanyian Ogy Ahmad Daud yang tak lekang dek waktu. ‘Wajah Rahsia Hati’ dikeluarkan pada 1985 sempena runut bunyi untuk filem remaja terkenal, Ali Setan (1985). Kerana apa lagu ini tidak pernah terlupakan? Mungkin kerana ia ‘dekat’ (relatable) dengan kehidupan semua orang.

Dalam hidup ini,

Harungi semua cerita indahku,

Saat-saat remaja yang terindah,

Tak bisa terulang.

Ku ingin nikmati,

Segala jalan yang ada di hadapku,

Kan ku tanamkan cinta ‘tuk kasihku,

Agar ‘ku bahagia.

– Ku Bahagia, Melly Goeslaw

Ada Apa Dengan Cinta (2002)

Kita semua pernah remaja. Ada hari-hari ketika naik turun hormon liar yang mempengaruhi setiap keputusan; ketika ditertawa, saat pertama kali jatuh cinta atau hanya ‘malu’ saat si perjaka atau perawan pujaan lalu di hadapan kelas kamu. Faktanya, ada kala kamu bergelut untuk menyesuaikan diri, mencari-cari personaliti. Atau lemas dalam lautan pemikiran.

Tidak mengapa. Anggap sahaja ia satu tempoh pembelajaran. Pelajaran tentang kehidupan. Memang benar, ia adalah suatu masa yang memabukkan, jauh berbeza dengan kehidupan dewasa yang sedang kamu jalani sekarang. Untungnya, Netflix memudahkan kamu mengingati hari-hari kamu pernah menjadi pemuda dan pemudi tanpa meninggalkan sofa empuk di bilik kamu.

Berikut saya titip daftar 10 drama remaja terbaik di Netflix (tanpa susunan), wajib kamu tonton seperti yang tertera:

 

CHEWING GUM (2015)

‘Chewing Gum’ adalah sitkom komedi dari London, United Kingdom. Ia berkisah tentang Tracey Gordon (Michaela Coel), gadis kulit hitam dari keluarga kuat beragama, yang terdesak untuk menghilangkan daranya dan mempelajari seks serta menjelajahi dunia. Pelbagai kejadian lucu terjadi sepanjang kembara seksnya itu termasuk bercinta secara tidak sengaja dengan belia kulit putih, Connor Jones (Robert Lonsdale). Kisah percintaan berlainan bangsa ini sangat comel, lucu dan manis sekali.

 

STRANGER THINGS (2016)

Jika kamu adalah penggemar filem era 80an dan aktiviti paranormal, ‘Stranger Things’ adalah drama remaja yang tepat buat kamu. Sudah pun memasuki musim ketiga, ‘Stranger Things’ sama seperti drama remaja yang lain. Tentang eksplorasi dan kembara remaja, tetapi dengan putaran jalan cerita melawan raksasa dalam dimensi ‘The Upside Down’. Dari musim 1 hingga 3 ini kamu boleh melihat perubahan watak dari segi personaliti dan fizikal pelakon-pelakon yang sama, yang bagi saya amat menarik.

 

THE END OF F***ING WORLD (2017)

Entah bagaimana, seorang budak lelaki yang yakin dirinya adalah psikopat mendapati dirinya jatuh cinta dengan seorang gadis yang ingin dibunuhnya. Drama ini memainkan emosi, apakah kamu akan bersimpati terhadap budak lelaki dan gadis ini yang menjalani trauma sepanjang mereka membesar, sehingga menjadikan siapa diri mereka sekarang? Saya suka cara penceritaan jalan cerita drama remaja ini. Monolog dalaman seperti kamu membaca novel.

 

13 REASONS WHY (2017)

Drama remaja ini mengikuti pengembaraan Clay (Dylan Minnette), seorang pelajar di Liberty High yang menerima beberapa kaset misteri tentang 13 alasan membunuh diri oleh gadis kesukaannya, Hannah Baker (Katherine Langford). Khabarnya, Hannah membunuh diri akibat kes pembulian, gosip liar dan serangan seksual yang terjadi di sekolah mereka. Namun, apakah sebenarnya yang terjadi?

Secara dramatik, ’13 Reasons Why’ menyentuh isu-isu berat seperti kemurungan, penyalahgunaan dadah dan serangan seksual di kalangan remaja.

 

RIVERDALE (2017)

‘Riverdale’ adalah drama remaja adaptasi dari watak-watak dalam Archie Comics. Ia sinematik semesta yang sama dengan ‘Chilling Adventures of Sabrina’. Drama ini berkisahkan tentang kehidupan Archie Andrews di sebuah pekan kecil yang bernama Riverdale. Pekan yang nampaknya harmoni, tetapi menyimpan 1001 misteri termasuk pembunuhan. Setiap pelakon yang membintangi ‘Riverdale’ adalah penemuan baru pelakon generasi milenial seperti KJ Apa, Cole Sprouse, Camila Mendes dan ramai lagi.

 

CHILLING ADVENTURES OF SABRINA (2018)

Saya masih ingat saya suka menonton ‘Sabrina the Teenage Witch’ lakonan Melissa Joan Hart sebagai Sabrina Spellman di NTV7. Lagak si kucing hitam, Salem Saverhagen (Nick Bakay) yang sarkastik dan spontan sangat menggelikan hati. Ia antara sitkom barat kegemaran saya ketika di sekolah rendah.

Namun, Sabrina versi Netflix ini lebih bernada serius. Masih dengan kisah yang sama, ‘Chilling Adventures of Sabrina’ kali ini dilakonkan oleh Kiernan Shipka sebagai Sabrina. Ia tentang kehidupan seorang remaja perempuan separuh manusia separuh ahli sihir yang cuba mengimbangi antara dunia sebenar dan dunia sihir di bahunya apabila mencapai usia 16 tahun.

 

ELITE (2018)

Drama remaja ini berlangsung di sebuah sekolah swasta di Sepanyol. Ia drama remaja yang semakin mendapat perhatian ramai dan saya tidak terkejut sebenarnya. ‘ELITE’ dipenuhi dengan babak-babak seks, misteri pembunuhan dan unsur kekayaan yang luar biasa. Bukan itu sahaja, ‘ELITE’ juga memaparkan isu-isu semasa yang membelungi generasi milenial seperti kasta, perkauman, xenofobia, syak wasangka, Islamofobia dan stigma HIV. ‘ELITE’ dituturkan sepenuhnya dalam Spanish.

 

ON MY BLOCK (2018)

Saya baru sahaja tamat menonton ‘On My Block’ musim kedua dan tidak sabar menunggu musim ketiga!

‘On My Block’ bercerita tentang empat sekawan, Monse (Sierra Capri), Cesar (Diego Tinoco), Ruby (Jason Genao) dan Jamal (Brett Gray) yang membesar di kawasan kejiranan samseng di Freeridge, Los Angeles.

‘On My Block’ mengutarakan nilai persahabatan yang kental. Ia drama remaja yang memberi lampu sorot kepada komuniti Hispanik di US yang jarang sekali dipaparkan. Tentang realiti kehidupan remaja berwarna yang terpaksa mengharungi pelbagai bahaya sepanjang mereka membesar. Ia drama yang berat, tetapi masih dibawa dengan gaya yang cool. ‘On My Block’, drama remaja dengan gaya yang berlainan.

Not your typical teenage love story.

 

BONDING (2019)

Bertema komedi gelap tentang Tiff (Zoe Levin) dan sahabatnya, Pete (Brendan Scannell) yang menyediakan perkhidmatan dominatrix bagi memenuhi fantasi dan nafsu seks aneh pelanggan-pelanggan lelaki mereka di New York. ‘Bonding’ mengikuti perkembangan karaktor Tiff yang terpaksa mengimbangi kehidupan sebagai pelajar universiti di siang hari dan dominatrix di malam hari. Pete pula adalah seorang pelayan restoran yang bercita-cita menjadi pelawak terkenal. Persahabatan platonik mereka menjadikan drama ini menarik.

 

SPECIAL (2019)

‘Special’ adalah drama komedi adaptasi novel ‘I’m Special: And Other Lies We Tell Ourself’ (2015) nukilan Ryan O’Connell, yang juga berperanan sebagai penulis, penerbit dan pelakon utama, Ryan Hayes. Drama remaja ini berkenaan Hayes, seorang remaja lelaki kelainan upaya (OKU) homoseksual yang memiliki cerebral palsy. Dia nekad mencari cinta, di samping cuba menjalani kehidupan normal sebagai seorang remaja biasa.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE