SEARCH

10 Filem Disney Yang Bakal Ditayang Menjelang 2018

10 Filem Disney Yang Bakal Ditayang Menjelang 2018

Dunia tenar baru-baru ini dengan berita pembelian 21st Century Fox oleh The Walt Disney Company (Disney), yang seterusnya menjadikan Disney sebagai rumah media gergasi nombor satu di Hollywood.

Oleh itu, Walt Disney Studios telah pun mengeluarkan jadual dan mengumumkan tarikh tayangan rasmi kesemua filem-filem pecah panggung untuk 2018, termasuk filem-filem di bawah rangkaian Marvel dan Star Wars.

FILEM DISNEY 2018 BY STAIL.MY

Tahun 2018 dimulakan dengan “Black Panther” yang akan ‘mengaum’ di pawagam pada 26 Februari. Filem ini satu-satunya filem adiwira yang mengangkat hampir keseluruhan pelakon-pelakon kulit hitam bagi memegang watak-watak utama.

Seterusnya, filem adaptasi daripada novel nukilan Madeleine L’Engle (1962) yang berjudul “A Wrinkle in Time”. Arahan Ava DuVernay, ia dibarisi oleh Oprah Winfrey, Mindy Kaling, Reese Withherspoon dan Chris Pine. Lihat sahaja fesyen-fesyen avant-garde dan rambut afro Oprah yang stail-lish di pawagam pada 9 Mac.

Mei pula meletakkan rekodnya yang tersendiri untuk peminat-peminat dua filem yang terkenal dalam budaya pop ini. Tanggal 4 May untuk “Avengers: Infinity War”, manakala 25 Mei untuk “SOLO: A Star Wars Story”.

Filem instalasi ketiga Avengers kali ini diarahkan oleh Joe dan Anthony Russo, pengarah yang sama mengarahkan “Captain America” (2011) dan “Captain America: The Winter Soldier” (2014). Ron Howard pula bertanggungjawab mengarah filem pertama Hans Solo itu.

1 Jun untuk “Deadpool 2”! Sementara 15 Jun pula menyaksikan kemunculan semula filem animasi adiwira bertema keluarga keluaran Pixar Studio, “The Incredibles 2”. Untuk rekod kamu, “The Incredibles 1” keluar 14 tahun lalu pada 2004. Entah mengapa Pixar mengambil tempoh masa yang sangat lama untuk sekuelnya.

Satu lagi filem jenama Marvel, “Ant-Man and The Wasp” mengerumuni panggung wayang pada 6 Julai. Terdapat juga ura-ura filem animasi “Winnie the Pooh” bakal menjengah pawagam pada Ogos 2018. Namun masih lagi belum sahih pengumumannya.

Pada 2 November, Disney sepatutnya mengeluarkan “Mulan” tetapi atas sebab yang dirahsiakan, filem pahlawan wanita dari China ini dilajak tayang pada 2019. Filem fantasi-romantis “The Nutcraker and the Four Realms” pula mengganti tempat ‘Mulan’.

Akhir sekali, “Wreck-it Ralph 2: Ralph Breaks the Internet” akan ditayangkan pada 21 November, sedang cereka rakyat “Mary Poppins Returns” ditayangkan pada 25 Disember sempena Hari Natal 2018.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE