SEARCH

10 Foto BTS ‘Janji Zehan’: Gambar-Gambar Fazura Yang Mempersona Di Iran

10 Foto BTS ‘Janji Zehan’: Gambar-Gambar Fazura Yang Mempersona Di Iran

Buat julung kalinya, Nur Fazura bergandingan bersama pelakon lelaki berbakat dari Iran, Amir Rezazadeh untuk filem terbaru yang bertajuk “Janji Zehan”.

Keunikan cinta antara dua benua, ‘Janji Zehan’ mengisahkan tentang asam garam percintaan pasangan yang berbeza latar belakang, bahasa serta budaya, Zehan (Fazura) dan Arman (Amir Rezazadeh) yang baru sahaja berkahwin.

Dengan tajuk asal dalam Parsi, “Lahzeye Bi Payan” yang bermaksud “Dalam Satu Detik Masa Yang Tiada Pengakhirannya”, ‘Janji Zehan’ berdurasi selama 90 minit dengan bertemakan drama romantik serta menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan.

Filem terbitan Malaysia ini juga adalah kolaborasi pertama di peringkat antarabangsa buat Amir Rezazadeh (35). Sebelum bidang lakonan, Amir aktif sebagai peragawan yang pernah berjalan di pentas peragaan utama di sekitar negara-negara Asia Tengah dan India.

Selain Fazura dan Amir, Bront Palarae juga membuat penampilan khas dalam filem ini sebagai abang kepada Zehan yang bernama Faizal. Salah satu lagu dari album “Fazura!” yang berjudul “Cinta Langka” nyanyian duet Fazura bersama Ariadinata (Samsons) turut diangkat sebagai lagu tema ‘Janji Zehan’.

Ditambah pula dengan jalan penceritaan yang menarik, ‘Janji Zehan mengangkat keindahan lokasi-lokasi istimewa dan bersejarah – dalam hal ini Iran – serta panorama negara Timur Tengah dan keunikan budaya masyarakatnya yang masih mengekalkan tradisi dalam kehidupan moden hari ini.

Keseluruhan sesi penggambaran dijalankan di 43 lokasi utama sekitar Iran serta mendapat sokongan dari Kementerian Pelancongan Iran dan Kedutaan Besar Republik Iran di Malaysia. Air Asia sebagai rakan penaja untuk penerbitan ini.

Antara lokasi penggambaran utama termasuklah Kota Persepolis, Pink Mosque, Bandar Tua Yazd dan lokasi sepohon pokok yang dipercayai tertua di dunia, yang dianggarkan berusia lebih 4000 tahun, “The Cypress Tree of Abarkuh”.

Janji Zehan mendapat arahan daripada sutradara, Bernard Chauly dan Zabrina Fernandez dan bakal bersiaran di Astro First Eksklusif (Saluran 480) bermula 14 Februari 2018.

BTS Fazura di Set Janji Zehan by STAIL.MY 1

BTS Fazura di Set Janji Zehan by STAIL.MY 2
BTS Fazura di Set Janji Zehan by STAIL.MY 3

BTS Fazura di Set Janji Zehan by STAIL.MY 4

BTS Fazura di Set Janji Zehan by STAIL.MY 5

BTS Fazura di Set Janji Zehan by STAIL.MY 6

BTS Fazura di Set Janji Zehan by STAIL.MY 7

BTS Fazura di Set Janji Zehan by STAIL.MY 8

BTS Fazura di Set Janji Zehan by STAIL.MY 9

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE