SEARCH

10 Karya Alena Murang, Wanita Seni Dari Bumi Kenyalang

10 Karya Alena Murang, Wanita Seni Dari Bumi Kenyalang

Membesar di pulau Borneo, Alena Murang dikelilingi alam semula jadi dan budaya Sarawak yang kaya raya. Datang dari suku Kelabit di sebelah bapa dan Inggeris-Itali di sebelah ibu, Alena berikrar menjunjung budaya kaumnya sebagai misi dalam kehidupannya.

Sesungguhnya Borneo membentuk siapa diri Alena Murang sekarang. Mengambil inspirasi dari kembara, aspirasi, pergolakan dan pertanyaan yang berkunjung sedari dini, pelukis wanita ini memuntahkan perspektif pemikiran melalui seni lukisan halus.

A post shared by Alena M (@alenamurang_art) on

Menggenggam sarjana seni dari La Salle College of the Arts, Singapura, banyak hasil seni dia yang dipamerkan secara eksklusif di pameran-pameran seni tempatan dan luar negara. Kebanyakan kerja artistiknya bermula dengan proses penjurnalan dan kajian. Kemudian dia menzahirkan pula dalam media visual dan gambar, mencuba-cuba dalam taruhan cat yang berwarna.

Perjalanan seninya tak habis sudah. Selain seni dia juga pandai bermain muzik. Jarang kita melihat seorang wanita bermain sape (alat muzik tradisional Sarawak), apatah lagi yang mahir memainkannya. Dia pelajari muzik dari orang-orang tua Kelabit yang disanjungi. Alena Murang menyanyi, menari sambil memetik sape untuk mempersembahkan seni yang hampir mati ini.

S e l f (2014)

 

She Used To Wear Brass Earings (2014)

 

Penan from 1980s: Long Lamai (2015)

 

Beneath the Sky (2016)

 

Pu’ Ayam (2014)

 

Hendrick’s Kabo’ & Ka’nid (2014)

 

Satu Ratus (2014)

 

Ba’o (2014)

 

Flying Hornbill (2014)

 

Balanglibun Tiger (2014)

 

Semua lukisan adalah hakcipta Alena Murang.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE