SEARCH

10 Lagu Latin Untuk #WeekendPlaylist Kamu Bertambah Seksi

10 Lagu Latin Untuk #WeekendPlaylist Kamu Bertambah Seksi

Lagu Latin 1

Perkara terbaik tentang lagu-lagu Latin ialah rentak nya yang catchy dan muzik video mereka yang seksi. Siapa lah yang tidak suka dengan rentak Samba? Atau alunan muzik Jazz festival yang eksentrik dan lain daripada yang lain.

Rihanna dan Dj Khaled juga turut tidak ketinggalan mengangkat tema festival untuk lagu kolaborasi terbaru mereka yang berjudul “Wild Thoughts“. Makanya benua Amerika Selatan ini memang tidak boleh lari daripada panggilan “seksi”.

Baik penyanyi lelaki mahupun wanita, mereka menari dengan rancak dan sepenuh hati dalam tiap muzik video mereka. Menyanyi pula dengan penuh perasaan dan keasyikan, penyanyi-penyanyi Latin tak pernah segan menayangkan susuk tubuh mereka yang sempurna di tepian pantai.

Saya perasan ada seorang penyanyi lelaki yang bernama Maluma, banyak sekali berkolaborasi bersama nama-nama besar Latin yang lain. Mungkin Maluma adalah Justin Bieber Latin? Boleh jadi. Apa pun, nah saya kumpulkan 10 muzik video Latin agar #WeekendPlaylist kamu minggu ini bertambah lagi seksi.

1 – Chantaje – Shakira ft Maluma

2 – I Luh Ya Papi – J.Lo ft French Montana

3 – Vente Pa’ Ca – Ricky Martin ft Maluma

4 – Todo Cambio – Becky G

5 – Loca – Maite Perroni ft Cali & El Dandee

6 – Paulina Rubio – Mi Buevo ft Morat

7 – Aire – Leslie Grace

8 – Back It Up – J.Lo ft Prince Royce & Pitbull

9 – Netflix – Brytiago ft Bad Bunny

10 – Condimente – Nosfe ft Ruby

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE