SEARCH

I Feel Love! 10 Lagu ‘The Politician’ Yang Membuat Kamu Rasa Seperti Old Hollywood B*tch

I Feel Love! 10 Lagu ‘The Politician’ Yang Membuat Kamu Rasa Seperti Old Hollywood B*tch

The Politician adalah drama remaja bergenre komedi gelap terbaru keluaran Netflix, arahan pengarah yang sama untuk ‘American Horror Story’ (AHS), Ryan Murphy.

Drama ini memberi lampu sorot kepada Payton Hobart (dimainkan oleh bintang Broadway Ben Platt), pelajar sekolah menengah sekolah swasta yang bercita-cita tinggi dan tekad untuk memenangi pilihanraya sekolah bagi menyandang jawatan presiden pelajar. Banyak drama dan tipu muslihat politik terjadi sepanjang tempoh berkempen yang terpaksa dihadapi Payton demi mencapai impiannya untuk menjadi presiden sekolah, seterusnya hasrat dia untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat suatu hari nanti.

The Politician is basicly Glee meets Wes Anderson

Sementara ‘The Politician’ bukan lah filem muzikal seperti ‘Glee’, ia tetap menampilkan beberapa babak nyanyian oleh Payton dan penampilan beberapa runut muzik yang saya kira begitu sedap didengari. Umum mengetahui Ryan Murphy memang pencinta muzikal. Lihat sahaja ‘Glee’ dan ‘AHS’ yang banyak menampilkan persembahan muzikal yang ikonik. ‘Gods & Monsters’ nyanyian Jessica Lange di ‘AHS4: Circus’, sangat saya gemari. Tidak ketinggalan, ‘The Political’ punya banyak muzik broadway, pop dan indie dimainkan sepanjang drama berlangsung, dengan tiga persembahan oleh Ben Platt sendiri.

‘The Politician’ menampilkan pelbagai lagu yang mengungkah, juga yang sangat menggembirakan. Melodi tawa, gembira dan hiba berlagu sesuai menemani sepanjang drama ini berjalan. Suka saya mendengar lagu-lagu klasik dan old Hollywood yang memberi ketenangan luar biasa romantis. Dari ‘Oh Baby’ hingga ‘River’ oleh Joni Mitchell. Lagu-lagu klasik seperi ‘I Feel Love’ oleh Donna Summer juga dimadukan sempurna ke dalam drama. Seperti siri drama lain ciptaan Murphy, semua runut muzik dipadankan dengan momen-momen penting dalam The Politician.

Berikut 10 daftar runut muzik terbaik The Politician seperti yang tertera:

 

Chicago – Sufjan Stevens

Lagu kredit pembukaan ‘The Politician’. Lagu ini turut dimainkan oleh Payton di episod ketujuh bersama ibunya (lakonan Gwyneth Paltrow) semasa mereka bersiar-siar dalam kereta selepas satu insiden bersama bapanya, Keaton Hobart (Bob Balaban).

 

River – Joni Mitchell

Payton menyanyikan rendesi emosi, ‘River’ oleh Joni Mitchell untuk majlis peringatan River (dilakonkan oleh David Corenswet), rakan dan bekas kekasih gelap, yang mati membunuh diri akibat kemurungan.

 

Yes I’m Changing – Tame Impala

Lagu ini dimainkan di episod pertama, saat Payton berjalan berselisihan dengan bekas teman wanitanya, Alice (dimainkan oleh Julia Schlaepfer), sebahagian daripada plot politik mereka bagi meraih undi simpati.

 

Where Do I Begin – Shirley Bassey

Lagu nyanyian Shirley Bassey ini dimainkan sebanyak dua kali. Pertama semasa makan malam Payton bersama Dusty Jackson (Jessica Lange) dan Infinity Jackson (Zoey Deutch), kemudian semasa Dusty menyambut cubaan Ricardo (Benjamin Barret) ‘membunuh’ Payton di episod keenam.

 

Clearest Blue – CHVCHES

Astrid (Lucy Boynton) mendengar Clearest Blue oleh CHVCHES sebelum ‘diculik’ oleh Ricardo (Benjamin Barret) di episod keempat.

 

I Feel Love – Donna Summer

Semasa Astrid bebas di New York dan semasa McAfee Westbrook (Laura Dreyfuss) dan Skye Leughton (Rahne Jones) bercumbuan di episod keempat.

 

Unworthy of Your Love – Assassins

Dinyanyikan oleh Payton dan Infinity semasa drama muzikal sekolah mereka di episod keenam.

 

Between The Bars – Elliott Smith

Babak semasa Payton berjalan di antara pelajar-pelajar dan semasa penerimaan kemasukan Payton ke Harvard University di episod ketujuh.

 

Vienna – Billy Joel

Lagu yang paling saya suka. Dinyanyikan oleh Payton selepas dia sudah berhenti harap dalam bidang politik. Payton menyanyikan dalam stail kabaret dengan piano di sebuah bar di New York.

 

Oh Baby – LCD Soundsystem

Dimainkan semasa Payton ‘berbual’ dengan bayangan River berkenaan keputusannya untuk bertanding politik di peringkat kebangsaan di episod terakhir ‘The Politician’.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE