SEARCH

10 Persembahan Billboard Music Awards 2017 Yang Kamu Tunggu-Tunggu

10 Persembahan Billboard Music Awards 2017 Yang Kamu Tunggu-Tunggu

Billboard Music Awards 2017

Ludacris dan Vanessa Hudgens bakal berganding bersama bagi mengacara Billboard Music Awards 2017 (BMA’17) yang berlangsung pada 22 Mei jam 8 malam (waktu Hollywood) di T-Mobile Arena, Las Vegas.

Ini masuk tahun keempat buat penyanyi rap itu mengacara BMA’17, sementara yang pertama kali buat pelakon dan penyanyi wanita berusia 28. BMA’17 kali ini menyajikan persembahan-persembahan berskala besar, kolaborasi yang tak terjangka dan momen-momen budaya pop yang tak boleh dilepaskan.

Vanessa Hudgens Launches "Bubble Witch 3 Saga"

Pencalonan BMA’17 sudah pun diumumkan dengan The Chainsmokers dan Drake mendahului 22 pencalonan carta, masing-masing berlumba mencipta all-time record untuk ‘pencalonan terbanyak dalam masa setahun’.

Sekiranya duo EDM dan hip-hop superstar ini berjaya membawa pulang lebih daripada sedozen anugerah BMA’17 pada malam itu, mereka juga mungkin memintas rekod Adele sebagai ‘Penerima Anugerah Terbanyak” dalam sejarah BMA.

Twenty One Pilots menerima pencalonan ketiga terbanyak (17), diikuti Rihanna yang mendapat 14 pencalonan kategori. Penerima-penerima anugerah terdahulu turut tercalon kembali. Antaranya Adele, Justin Bieber, Luke Bryan, Katy Perry, Kirk Franklin, Enrique Iglesias, Nicky Jam, Wiz Khalifa, Major Lazer, Chris Stapleton, The Weeknd dan Bruno Mars.

Pencalonan-pencalonan BMA adalah berdasarkan ranking serta interaksi antara peminat-peminat terhadap muzik, termasuk jualan album, album maya, dalam talian, pilihan radio, siri jelajah dan interaksi di lain-lain media sosial.

Penilaian dilakukan sendiri oleh pihak Billboard bersama jabatan perangkaan (bahagian muzik) iaitu Nielson Music dan Next Big Sound. Penilaian untuk BMA’17 bermula dari 18 Mac 2016 hingga 16 Mac 2017. Berikut 10 artis yang bakal membuat persembahan pada malam Billboard Music Awards 2017:

1 – Versace on the Floor – Bruno Mars

2 – Castle On The Hill – Ed Sheeran

3 – Gyalchester – Drake

4 – Issues – Julia Michaels

5 – H.O.L.Y. / Surefire – John Legend

6 – Green Light – LORDE

7- Believer – Imagine Dragons

8 – Malibu – Miley Cyrus

9 – Light My Body – David Guetta & Nicki Minaj

10 – My Heart Will Go On – Celine Dion

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE