SEARCH

10 Seni Lukisan Emas Kim Il Tae: ‘Oil & Gold’

10 Seni Lukisan Emas Kim Il Tae: ‘Oil & Gold’

Menemui cara dan teknik unik dalam melukis 24 emas karat – emas paling tulen di atas selembar kanvas, Kim Il Tae pandai mencorak minyak dan melukis seni lukisan emas yang menakjubkan.

Hasil seni artisan dari Korea Selatan ini mendapat inspirasi daripada falsafah Asia Timur, sesuatu yang jarang sekali ditemui dalam arena seni halus Eropah. Pun begitu, perjalanan seni emas Kim Il Tae tak mudah, ia mengambil ratusan jam dan ribuan usaha dalam menemui teknik seni halus yang terbaru ini.

Umumnya, ia perkara yang sangat mustahil untuk melukis emas di atas kanvas. Walaupun sudah dileburkan, emas itu tetap akan tertanggal serta merta. Kim Il Tae mengambil masa selama tujuh tahun bagi menyempurnakan teknik bancuhan emas bersama minyak asli dan beberapa bahan-bahan lain ini.

Kim Il Tae bersama Prince Michael of Kent, UK. Bill Gates dan Madonna antara nama besar yang mengumpul lukisan emas Kim.

 

Melukis Emas Di Atas Kanvas

Berkat usaha dan kesabaran, akhirnya Kim Il Tae berjaya menemukan jawapan. Tekniknya ini mampu membolehkan dia melukis emas di atas selembar kanvas tanpa tertanggal, meninggalkan kesan rekahan atau memperlihatkan sebarang perubahan warna ketara.

Setelah mendalami teknik khusus tersebut, Kim Il Tae adalah satu-satunya artisan yang mampu untuk melukis dalam media yang dikenali sebagai “Seni Emas” (Gold Art) ini.

Akhirnya, Kim Il Tae hanya mahu menyimpan hasrat agar pelukis Asia lebih dikenali atas pentas seni dunia yang didominasi oleh artisan Barat. Sementara mempersembahkan seni dan tradisi Oriental, cinta adalah tunjang utama seninya.

Kim Il Tae punya sebuah visi. Visi yang bakal menyatupadukan semua penggemar serta pemuja seni tanpa mengira asal usul mereka. Dengan melukis, mengukir dan mengolah 24 emas karat di atas lembar kanvas.

Jadi yang pertama terpesona melihat pameran seni KIM IL TAE: OIL and Gold on Canvas di Art Expo Malaysia 2017 edisi ke-11 yang bakal berlangsung di Pusat Pameran & Konvension MATRADE (MECC). Untuk maklumat lanjut, layari SagedAsset.com

KIM IL TAE: OIL and Gold on Canvas 
Art Expo Malaysia 2017 
12-15 Oktober 
MECC

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE