SEARCH

10 Soalan Bersama ‘.GIF’ Tentang Muzik Elektronik Di Singapura

10 Soalan Bersama ‘.GIF’ Tentang Muzik Elektronik Di Singapura

Dengan rentak beats gelap, lirik mendalam dan vokal yang langka, tersemat kugiran duo elektronik Indie yang memanggil diri mereka, .GIF

.GIF dianggotai oleh dua anak muda Singapura yang bernama Weish dan Din. Mereka memulakan kugiran ini lewat 2012, hanya sebagai sebahagian hobi yang tak tersangka menjadi sebuah kugiran hari ini.

EP pertama ‘Saudade’ dikeluarkan pada 2013, .Gif pernah melakukan persembahan di London, Manila, Kuala Lumpur dan Jakarta, antaranya. Pasangan ini selalu melakar sastera, jalan cerita yang seperti filem di dalam lagu-lagu dan album penuh pertama mereka, “Soma”.

Alang-alang berada di George Town Festival 2018, saya menemuramah mereka sementara kugiran .GIF ini menunggu giliran melangsungkan persembahan di malam hari, sempena acara #ConneXions: Passion Made Posible di China House, Sabtu lalu.

.GIF oleh STAIL.MY 1

1 – Nama kugiran kamu sangat menarik. Terangkan maksud di sebalik nama ‘.GIF’ ini?

Secara jujurnya, ia hanya jenaka antara kami berdua pada mulanya. Kami suka mengumpul GIF. Mungkin kerana muzik kami seperti GIF yang berulang-ulang dan tetap kembali ke posisi asal, kami rasa ia sesuai untuk dijadikan nama kugiran kami.

2 – Genre muzik kamu? Pengaruh terbesar dan bagaimana kamu menerangkan .GIF pada pendengar yang belum pernah mendengar?

Elektronik. Pengaruh datang dari band-band luar negara seperti Radiohead, Massive Attack, misalnya. Music for a rainy day.

3 – Inspirasi kamu berdua menubuhkan .gif?

Apa yang memberi kami inspirasi untuk menubuhkan kumpulan ini adalah kami bosan sebenarnya (ketawa). Mulanya hanya sebagai hobi dan kelarian dari rutin harian biasa yang membosankan.

4 – Siapa antara kamu yang menulis lagu? Apakah tema dan isi yang ditulis selalu?

Kalau dari sudut muzik, kami menghasilkannya bersama. Lirik pula banyak dituliskan oleh Weish. Tema muzik hanya relacks and restless.

Bayangkan kamu hidup di dalam kotak. Perasaan ingin keluar dari kotak tersebut. Gaya hidup yang rutin, yang terpaksa dijalani. Kami tuliskan dalam lagu sebagai pelepasan rohani.

5 – Cabaran terbesar muzik elektronik di Singapura?

Lebih santai. Kadang-kala festival-festival muzik mahukan muzik dan beats yang lebih keras. Cabaran kami adalah membikin lagu yang lebih bernilai komersial dan berentak ganas namun tetap mengekalkan muzik dan jati diri .GIF

 

6 – Nasihat untuk mereka yang baru ingin memulakan muzik?

Go je (ketawa). Just do it!

7 – Apa yang membuatkan .Gif unik? Dan kumpulan muzik dari Malaysia kegemaran kamu?

Suara Weish. Ramai peminat kami suka pada suaranya namun dia tidak suka suaranya sendiri (ketawa).

Ramai! Antaranya The Venopian Solitude dan Pastel Lite. Mereka sangat berbakat!

8 – Lokasi muzik yang harus dikunjungi di Singapura?

The Projector di Beach Road. Blujaz, Lithe House dan Museum of Independent Music di Little India dan Esplanade untuk konsert berskala besar dan persembahan budaya.

Jika ada rakan band dari luar negara, misalnya band-band dari Indonesia, Australia, Malaysia dan sebagainya datang bertandang ke Singapura, kami akan bawa mereka makan sup tulang di Beach Road Hawker Centre dan mee soto di Air Raja Foodcourt.

9 – Sebesar mana industri muzik elektronik di Singapura?

Kami rasa tidaklah sebesar Malaysia, tetapi kami boleh katakan ia makin berkembang. .GIF adalah antara yang pertama di bawah genre ini di Singapura. Dewasa ini, kami melihat semakin banyak band-band muda yang mula bermain muzik elektronik. Harap kami tidak ‘mati’ selepas ini (ketawa).

10 – Any last words?

Terima kasih kerana (menemuramah kami) sanggup terbang dari KL dan datang ke mari, straight from the airport! (ketawa). Kami amat menghargainya.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE