SEARCH

10 Soalan Bersama Najwa Mahiaddin – Tentang Evolusi Muziknya, Perasaan Gembira & Good Vibes Festival 2017

10 Soalan Bersama Najwa Mahiaddin – Tentang Evolusi Muziknya, Perasaan Gembira & Good Vibes Festival 2017

Najwa Mahiaddin antara pemuzik tempatan yang berkongsi pentas bersama barisan pemuzik-pemuzik antarabangsa yang turut membuat persembahan di Good Vibes Festival 2017.

Muziknya mendayu-dayu namun penuh bertenaga. Seperti orangnya, Najwa seorang wanita yang sangat lemah lembut tetapi menjawab soalan saya dengan penuh perasaan teruja.

Betul lah kata orang, citarasa muzik itu cerminan peribadi seseorang. Baca temuramah saya bersama Najwa Mahiaddin, berbual tentang permulaan muziknya, evolusi dalam karya, perasaan gembira dan Good Vibes Festival 2017.

1 – BILA KAMU MULA MENGARANG LAGU?

Saya mula bermain muzik jauh semenjak di bangku sekolah lagi. Saya karang lagu dan menyanyikan sendiri. Saya kira ia permulaan bagi perjalanan seni saya.

2 – PADA TINGKAT UMUR BERAPAKAH KAMU MULA BERMAIN MUZIK?

Lapan belas tahun dan ke atas, saya mula menulis lebih banyak genre lagu dan variasi muzik.

3 – LAGU JENIS APAKAH KAMU HASILKAN KETIKA ITU?

Lagu-lagu yang berjiwa remaja. Kamu sendiri tahu, bukan? Zaman remaja zaman kita mencuba-cuba. Zaman bereksprementasi, juga zaman memberontak. Lagu-lagu cinta dan patah hati, misalnya (ketawa).

4 – LAGU PERTAMA KAMU HASILKAN SECARA RASMI?

Jujurnya, saya tidak mengingati lagu-lagu yang saya tulis di zaman remaja. Yang pasti, lagu pertama yang saya karang dan terbitkan bertajuk “Got To Go” (2011).

5 – INSPIRASI KAMU KETIKA MENULIS LAGU?

Terkala pengalaman peribadi. Kadang-kadang perkara yang normal seperti persahabatan dan perhubungan. Cinta. Apa sahaja yang berkisar sekitar kehidupan saya. Segalanya boleh jadi inspirasi.

6 – GEMBIRA BAGI SEORANG Najwa Mahiaddin?

Wow. It’s a very good question.

Gembira bagi saya pabila apa yang dikerjakan saya untuk orang yang saya sayang, membuatkan mereka gembira. Melihat mereka gembira adalah kegembiraan bagi saya.

7 – KETAKUTAN ABADI KAMU?

Kehilangan insan tersayang. Terutama keluarga.

8 – CADANGKAN CARA MENANGKIS UNSUR NEGATIF DALAM KEHIDUPAN?

Dewasa ini, terdapat banyak perkara-perkara negatif yang berlaku di laman-laman media sosial utama dunia. Perkara yang paling penting adalah mengenali siapa sebenarnya diri kamu dan tidak termakan cemuhan dan cacian mereka-mereka yang tidak dikenali di atas talian. Jangan biarkan mereka meragut kegembiraan kamu.

9  – BAGAIMANA PULA  MAHU MERASA KEHADIRAN ‘GOOD VIBE’ DALAM KEHIDUPAN?

Pertama, kamu harus bermula dengan diri sendiri. Amatlah penting menjadi seorang yang positif. Sentiasa berfikiran positif dan vibe gembira itu sendiri akan hadir kepada kamu.

10 – GOOD VIBES FESTIVAL 2017 DALAM PERKATAAN KAMU SENDIRI?

Good Vibes Festival (2017) is awesome!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE